Wednesday, February 05, 2020

Berjubah Tapi 'Telanjang' Pula.. Ini..



KINI heboh pula jubah untuk wanita atau muslimah yang disifatkan sebagai jubah ‘telanjang’.

Menerusi foto yang tersebar, ia mula menjadi perdebatan berikutan jubah yang digayakan oleh seorang ‘model’ Muslimah itu kelihatan begitu ketat dan sendat.

“Perhatian kaum hawa. Walaupun nak promote (promosi) barangan bussines (perniagaan), tak kesah laa baju ke, tudung ke, alatan make up ke atau ape saja… tolong berpakaian sopan… pemakaian sebegini sangat laa tidak sesuai sebagai seorang (yang beragama) Islam… pakaian di sangka menutup aurat tapi hakikatnya sama saja seperti berbogel,” tulis status tersebut yang kini disebarkan pengguna media sosial, sejak semalam.


Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan gambar berkenaan samada ia digayakan untuk tujuaan perniagaan ataupun sebaliknya.

Fenomena fesyen dalam kalangan Muslimah dan lelaki kini dilihat semakin menjadi trend apabila banyak sentuhan moden diterapkan dalam menghasilkan busana termasuk penghasilan jubah, baju Melayu, mahupun baju kurung.

Terdahulu, pelancaran 'Jubah Pahlawan' oleh Farbel Exclusive mengundang kritikan dalam kalangan orang ramai berikutan jubah tersebut dikatakan terlalu ketat dan seolah menyerupai ‘dress’ wanita.
Sumber: h2m9363

Imej untuk 'Jubah Pahlawan' oleh Farbel Exclusive

3 comments:

Anonymous said...

Berjubah tapi telanjang pula
adalah sinonim untuk PAS

Anonymous said...

Satu statemen yang jahat mengaitkan dengan pas. Sedangkan pas bukan setakat amal yg baik, bahkan perkataan juga baik. Bukan macam ph , sekarang sebuk nak guna perkataan muafakat sedangkan istilah yg sesuai ialah pakatan, seperti pakatan hancing.

Anonymous said...

Rba berkokok dasar puak anti pas apa2 hal msti nak kaitkan dng pas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails