Sunday, February 02, 2020

ARMADA Johor: 1 Lagi Ditahan, = 3. Sengetkah?


KETUA Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din. NSTP/Hairul Anuar Rahim
Provokasi program ARMADA Johor: Seorang lagi ditahan


JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lagi individu bagi membantu siasatan berhubung insiden provokasi dan kekecohan ketika perjumpaan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Ulu Tiram, Bandar Seri Alam, Jumaat lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din, berkata tangkapan itu membabitkan suspek lelaki berusia 30-an yang ditahan pada lewat petang semalam, sekali gus menjadikan jumlah yang ditahan seramai tiga orang bagi membantu siasatan kes.
“Suspek yang ditahan seramai tiga orang dengan dua ditangkap awal, manakala suspek ketiga pula ditahan lewat petang semalam. Semua tangkapan dilakukan di Johor Bahru.
“Pihak polis masih menjalankan siasatan dan sedang mengenal pasti latar belakang mereka termasuk dari parti politik mana. Polis juga sedang mendapatkan perintah reman bagi ketiga-tiga individu itu hari ini,” katanya pada sidang media sempena Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, hari ini.
Hadir sama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.
Mohd Kamarudin berkata, orang ramai diminta supaya menghormati undang-undang.
“Kenyataan Ketua Polis Negara jelas supaya semua orang hormati undang-undang tidak ada siapapun perlu keluar daripada batas undang-undang,” katanya.
Terdahulu, Mohd Kamarudin berkata, dalam kejadian kira-kira antara jam 9 malam hingga 11.30 malam, satu program rapat umum ARMADA Johor dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, diadakan di sebuah tapak perkhemahan hutan di Ulu Tiram, dekat sini.
Katanya, polis menerima laporan yang menyatakan ketika program itu berlangsung, sekumpulan pemuda berpakaian kemeja-T berwarna hitam antara 100 hingga 150 orang memasuki kawasan terbabit.
“Kumpulan pemuda itu melakukan provokasi dan kekecohan di tempat kejadian akan tetapi polis berjaya mengawal keadaan secara profesional tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
“Hasil siasatan awal mendapati kumpulan pemuda yang hadir itu dengan sengaja menimbulkan kekecohan dengan melaungkan kata-kata yang boleh membangkitkan kemarahan, berunsurkan ugutan san berkelakuan agresif di tempat kejadian,” katanya. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bahtera armada yang sedang belayar, kini terumbang ambing ditiup badai dalaman, akan sengetkah perjalanannya?
Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk landak

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails