Sunday, February 02, 2020

2 Doktor Thailand Berjaya Sembuhkan pesakit Koronavirus.

Doktor Thailand dakwa ubat selesema, AIDS mampu sembuh pesakit koronavirus
Pihaknya memaklumkan telah melaporkan penemuan itu kepada jurnal perubatan dan akan menggunakan ubat-ubatan itu pada pesakit lain. -Foto AP Photo/Gemunu Amarasinghe
Doktor Thailand dakwa ubat selesema, AIDS mampu sembuh pesakit koronavirus

DUA doktor di Thailand mendakwa ubat selesema dan AIDS berjaya menyembuhkan pesakit koronavirus.

Pakar tersebut ialah Dr Kriangsak Atipornwanich dan Prof Dr Subsai Kongsangdao, masing-masing dari Hospital Rajavithi.

Lapor Bangkok Post, dapatan itu diperoleh selepas mereka menggunakan dua jenis ubat berkenaan kepada seorang pesakit wanita warga emas dari China yang mempunyai simptom koronavirus.

Kedua-dua mereka berkata demikian dalam satu taklimat di Bangkok pada Ahad, dengan menyatakan bahawa wanita berusia 71 tahun itu menunjukkan tanda-tanda pulih selepas mengambil dua jenis ubat itu dalam tempoh 48 jam.


Warga emas berkenaan pada mulanya dimasukkan ke Hospital Hua Hin dan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Rajavithi pada 29 Januari lalu.

Selepas mendapati pesakit itu mempunyai simptom koronavirus, kedua-dua doktor itu mengambil keputusan menggunakan oseltamivir iaitu sejenis ubat selesema yang digunakan untuk merawat Sindrom pernafasan Timur Tengah (MERS) serta lopinavir dan ritonavir iaitu dua jenis ubat AIDS.


Dr Kriangsak juga sedia maklum bahawa dia sedar pesakit itu sudah diberi ubat AIDS bagi merawat novel koronavirus.

“Kami sudah memeriksa maklumat berkaitan dan menemui bahawa MERS pernah dirawat dengan berkesan menggunakan ubat anti-selesema, jadi kami menggabungkan kedua-dua ubat itu untuk hasil yang efektif.

“Selepas melakukan ujian makmal selama 10 hari, ujian berkenaan menunjukkan tanda-tanda positif selepas 48 jam ubat itu diberikan di bawah pengawasan.

"Rawatan itu juga menunjukkan penyembuhan yang cepat,” katanya.

Pihaknya memaklumkan telah melaporkan penemuan itu kepada jurnal perubatan dan akan menggunakan ubat-ubatan itu pada pesakit lain.

Doktor dari Kementerian Kesihatan Awam juga turut berkata pada taklimat tersebut jumlah pesakit di Thailand kekal 19 orang.

Seorang daripadanya telah sembuh sekali gus menjadikan jumlah kes positif menurun kepada lapan orang.

Sementara 38 lagi akan menjalani pemantauan, menjadikan jumlah keseluruhan disiasat meningkat kepada 382, kata mereka. (AA)



Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk landak

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails