Wednesday, January 08, 2020

Saham Asia Melonjak. Pelabur Nilai Semula konflik AS-Iran



SYDNEY: Saham Asia kembali melonjak hari ini apabila pelabur menilai semula konflik menyeluruh antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, manakala Wall Street meningkat selepas saham teknologi melonjak.
Harga minyak kembali reda apabila beberapa pelabur membuat spekulasi Iran tidak akan menyerang AS sehingga menyebabkan bekalan dan eksport minyak mentahnya terganggu.
“Peniaga minyak mula melepaskan pelindung nilai, dengan merasakan bahawa kesulitan ekonomi Iran akan menghalang serangannya ke atas infrastruktur yang boleh menyebabkan pembekuan eksport sedia ada negara itu sekali gus merumitkan lagi ekonominya,” kata Ketua Ahli Strategi Pasaran Asia AxiTrader, Stephen Innes.
Niaga hadapan minyak mentah Brent susut 86 cents kepada AS$68.05 satu tong, selepas berada setinggi AS$70.74 semalam, manakala minyak mentah AS susut 77 cents kepada AS$62.50.
Emas juga susut kepada AS$1,558.67 seauns, selepas mencecah paras tertinggi dalam tempoh hampir setahun pada AS$1,582.59 semalaman.
Pasaran saham pula bergerak sebaliknya apabula indeks saham MSCI Asia Pasifik selain Jepun menokok 0.7 peratus, memulihkan hampir keseluruhan kerugian pada Isnin.
Indeks Nikkei Jepun mencatatkan rali 1.4 peratus manakala Shanghai menokok 0.5 peratus.
Semalam, pasaran saham Asia jatuh mendadak selepas Iran dan AS berbalas ancaman apabila serangan udara AS pada 3 Januari lalu membunuh seorang komander tertinggi Iran.
-Reuters

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails