Wednesday, January 08, 2020

AS$80 Juta Nilai Kepala Trump

Hasil carian imej untuk kepala donald Triump
Iran tawar wang AS$80 juta untuk kepala Trump
Iran tawar wang AS$80 juta untuk kepala Trump
TEHRAN: Ketegangan antara Tehran dan Washington semakin memuncak.

Iran menawarkan hadiah AS$80 juta (RM327 juta) kepada pihak yang berjaya mendapatkan kepala Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump susulan kematian Ketua Jeneral Iran, Qasem Soleimani.

Memetik laporan akhbar media, penyiar rasmi perarakan pengebumian Soleimani di Iran berkata 1 dolar AS akan disumbangkan setiap rakyat Iran dengan jumlah penduduk seramai 80 juta.

"Iran mempunyai 80 juta penduduk. Berdasarkan kepada penduduk Iran, kami ingin menaikkan AS$80 juta yang merupakan hadiah bagi mereka yang dapat mendekati Presiden Trump," katanya.


Sementara itu, Ahli Parlimen Iran Abolfazl Aboutorabi mengancam untuk menyerang politik Amerika.

"Kita (Iran) boleh menyerang White House. Kita boleh memberi respons kepada mereka di tanah Amerika. Kami mempunyai kuasa, kami akan bertindak balas pada masa yang sesuai. Ini adalah perisytiharan perang, yang bermaksud jika anda teragak-agak, anda akan kalah," kata Aboutorabi.

Pembukaan Parlimen Iran pada petang Ahad menyaksikan kesemua Ahli Parlimen republik itu memanggil Presiden AS sebagai 'pengganas yang berbaju sut' selepas Trump mengancam untuk menyerang 52 lokasi kepentingan Iran.

Ketegangan Iran dan AS mula tercetus selepas serangan dron milik AS mengorbankan Ketua Jeneral Iran Qasem Soleimani berhampiran Lapangan Terbang Baghdad pada 3 Januari lalu.

Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei dan Presidennya Hassan Rouhani telah bersumpah akan membalas dendam terhadap AS atas kematian Soleimani. (AA)


Hasil carian imej untuk kepala donald Triump

Hasil Pencarian

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails