Thursday, January 09, 2020

Peguam Negara Tarik Diri Dari Kes Anwar? -Dr Kamarul Zaman



PADA 14 Disember 2019, dalam komen bertajuk “Kes cabul Datuk Seri Anwar tak akan ke mana?”, saya menyebut betapa banyak pihak merasa yakin bahawa dakwaan salah laku seks yang dibuat oleh Yusoff Rawther ke atas Datuk Seri Anwar tidak akan berakhir di mahkamah.

Ini kerana Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, dalam tulisan beliau bertajuk “A second prosecution of Anwar Ibrahim – is it in the national interest?” dan “Why was Anwar Ibrahim acquitted?”, pernah menyebut kedua-dua pertuduhan liwat Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik.

Menariknya, Peguam Yusoff Rawther, Haniff Khatri Abdullah, kini menggunakan tulisan yang sama bagi mendesak Tan Sri Tommy Thomas supaya menarik diri daripada membuat keputusan berkaitan kertas siasatan berhubung dakwaan salah laku seks yang dibuat oleh Yusoff Rawther.

Ini kerana, kata beliau, keputusan tidak berat sebelah dan berasaskan prinsip keadilan asasi tidak akan diperolehi akibat daripada kecenderungan fahaman dan pegangan Tan Sri Tommy Thomas bahawa kes-kes salah laku seksual Datuk Seri Anwar sebelum ini merupakan ‘konspirasi politik’.

Kita sama-sama lihat nanti:
(1)     Apakah Tan Sri Tommy Thomas akan menarik diri daripada kes ini?
(2)     Apa berlaku jika Tan Sri Tommy Thomas menarik diri daripada kes ini?
(3)     Apa berlaku jika Tan Sri Tommy Thomas tidak menarik diri daripada kes ini?

Komen saya:
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=2884270464950326&id=100001022016761

Komen Haniff Khatri:
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=963733097360921&id=100011727181479
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 7/1/2020


Lihat Sebelum Ini..
E Buku IH-127: Kemelut Dalam Senyum, Tapi Rakyat T...

Hasil carian imej untuk catur politik

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails