Wednesday, January 08, 2020

Pesawat Bawa 180 Penumpang Terhempas Di Iran. Semua Terkorban.

Pesawat bawa 180 penumpang terhempas di Iran
Pesawat Boeing 737 membawa 180 penumpang dalam penerbangan ke Kyiv, Ukraine terhempas di Iran. - Foto AP/Mohammad Nasiri

SEBUAH pesawat membawa 180 penumpang dalam penerbangan ke Kyiv, Ukraine terhempas di Iran pada Rabu.

Menurut sumber berita Iran Tasnim News Agency, pesawat Boeing 737 milik syarikat penerbangan Ukraine itu terhempas berdekatan Lapangan Terbang Khomeini, Tehran sejurus berlepas.

Pegawai kanan perhubungan awam di Lapangan Terbang Imam Khomeini, Ali Khashani berkata kesemua penumpang disahkan meninggal dunia dalam nahas itu.

Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Iran, Pirhossein Koulivand memaklumkan kru kecemasan telah dihantar ke lokasi kejadian namun tidak dapat meneruskan operasi menyelamat kerana kawasan tersebut masih terbakar.

Reports: plane with 180 passengers aboard crashes near 's Imam Khomeini Airport due to technical issues


Beliau berkata lokasi kejadian tersebut terletak di antara bandar Parand dan Shahriar.

Perkhidmatan pengesanan penerbangan FlightRadar 24 menerusi muat naik di akaun Twitter berkata pesawat tersebut telah beroperasi selama tiga setengah tahun.
We are following reports that a Ukrainian 737-800 has crashed shortly after takeoff from Tehran. departed Tehran at 02:42UTC. Last ADS-B data received at 02:44UTC. https://www.flightradar24.com/data/flights/ps752#23732569 



View image on Twitter


Memetik laporan media ISNA, pesawat tersebut dipercayai mengalami masalah teknikal.

Kejadian pesawat terhempas tersebut berlaku hanya beberapa hari sebelum Ketua Pegawai Eksekutif Boeing, David Calhoun menjawat jawatan tersebut secara rasmi.

Calhoun bakal menggantikan Dennis Muilenburg yang dipecat pada Disember lalu selepas gagal menguruskan kesan daripada tragedi yang mengakibatkan ia menggantung pengeluaran pesawat versi MAX 737.


Lihat Sebelum Ini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails