Sunday, January 05, 2020

Anwar Pula Asak Tun M.. Menurut Dr Kamarul Zaman.



SEMALAM Lim Guan Eng sudah kena bidas bila mencadangkan supaya pengganti Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan dibincang dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH terlebih dahulu.

Jawapan diberi ialah mengikut Perkara 43 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan, lantikan Menteri adalah kuasa budi bicara Perdana Menteri tanpa perlu berunding dengan mana-mana pihak.

Hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dilaporkan sebagai tidak bersetuju jika bekas pemimpin Umno yang menyertai Bersatu dilantik sebagai Menteri menggantikan tempat Dr Maszlee.

Isunya juga sama: Lantikan Menteri adalah kuasa budi bicara Perdana Menteri yang boleh melantik siapa sahaja selagi dia daripada kalangan Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Negara.

Seperti Lim Guan Eng, siapa Datuk Seri Anwar untuk men’dictate’ Perdana Menteri? Dan tidakkah beliau akan malu sendiri jika bekas pemimpin Umno tetap dilantik sebagai Menteri?

Hari ini juga Datuk Seri Anwar dilaporkan menyebut sesuatu yang sebelum ini hanya disebut oleh orang lain, iaitu supaya tarikh khusus pelan peralihan kuasa dibincang oleh Majlis Presiden PH.

Kedua-dua laporan ini memberi gambaran bahawa Datuk Seri Anwar mungkin sedang semakin mengasak, dan mungkin sudah semakin kurang sabar, menunggu giliran mengambil-alih.

Kalau mengikut hukum fizik, bila semakin kuat asakan dibuat maka semakin kuatlah pula tindakan balasnya, tetapi hukum politik ini tidak menentu, kita sama-sama tunggu dan lihat sahajalah.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 5/1/2020


Lihat sebelum ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails