Tuesday, January 07, 2020

Hiburan Mesti Beginikah? Isyarat Lucah..



HALAMAN HIBURAN
Tunjuk isyarat lucah, Noh enggan komen


PENYANYI kumpulan Hujan, Noh Salleh, 34, enggan mengulas lanjut mengenai foto dia menunjukkan isyarat lucah di Instagram rasmi Hujan yang mengundang kecaman ramai pengikutnya.
Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh ketika dihubungi berkata, dia mahu fokus kepada aktiviti kemanusiaan yang sedang disertainya di Lubnan ketika ini.
“Tak nak komen. Saya kini berada di Lubnan dan mengalami demam kerana cuaca di sini terlalu sejuk,” katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, fotonya bersama anggota Hujan serta kru produksi mereka yang dimuatnaik di Instagram rasmi kumpulan itu mengundang rasa tidak senang dalam kalangan pengikut berikutan tindakan Noh bergambar sambil menunjukkan kedua-dua jari tengahnya.
Ramai menyifatkan tindakan Noh itu tidak mencerminkan sikapnya yang kini lebih ke arah kebaikan selepas berkahwin dengan Mizz Nina.
Gambar itu juga tidak sesuai dengan kapsyen ditulis pengendali akaun itu mengenai ucapan kesyukuran anggota Hujan kepada Allah SWT apabila majlis Manic Mondo 2 dihadiri ramai peminat mereka.
Bagaimanapun, foto berkenaan yang menerima ribuan tanda suka kemudian dipadam kira-kira 3 petang tadi.
Sementara itu, bercerita mengenai misi kemanusiaan itu, Noh berkata, mereka berlepas ke Lubnan semalam dan akan berasa di sana selama seminggu.
“Untuk kunjungan kali ini, kami berjaya mengumpul sumbangan kira-kira RM1.2 juta. Faizal Tahir turut menyertai misi ini buat pertama kali.
“Dalam musim sejuk ketika ini, desakan hidup di sini lebih mencabar. Oleh itu, kami sumbangkan kayu api selain hidupkan semula kilang roti yang sudah lama tutup,” katanya.
Selain itu, mereka turut membantu dari segi pendidikan untuk anak muda di sana.
“Kami dalam proses nak buka bangunan sekolah di sini. Sesi pembelajaran sudah bermula namun masih menumpang di bangunan sekolah lain,” katanya. (MyMetro)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails