Friday, January 03, 2020

Kes Maszlee Bayangan Rombakan Kabinet, Baru Mula..



KL: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memberi bayangan peletakan jawatan beliau akan memberi fajar baharu dalam kabinet Kerajaan Pakatan Harapan.

Dalam sidang medianya, Dr Maszlee menjelaskan keputusan yang dibuat ketika pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan permulaan yang baharu.

"Saya percaya keputusan ini bukanlah pengakhiran, sebaliknya sebuah permulaan yang baharu.

"Percayalah, reformasi negara tidak akan pernah berjaya tanpa menjadikan kebajikan rakyat sebagai tumpuan paling utama," katanya pada sidang media khas di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Khamis.


Dalam sidang media itu, Dr Maszlee juga meluahkan kekecewaannya kerana tempoh 20 bulan beliau mengemudi KPM, beliau dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan terutama melibatkan isu Jawi, internet sekolah dan isu sarapan percuma.

"Walau bagaimanapun saya percaya saya telah meletakkan asas dan hala tuju yang jelas untuk dituruti warga KPM. Ia terhimpun dan tersemat kemas dalam tiga kalimah keramat, ‘Pendidikan Untuk Semua’," katanya lagi.


Ahli Parlimen Simpang Renggam itu juga merakamkan penghargaan kepada Dr Mahathir yang telah memberi peluang kepada beliau menerajui KPM selama 20 bulan.

Beliau menyifatkan peluang yang diberikan oleh Dr Mahathir merupakan hadiah terbaik buatnya apatah lagi sebagai seorang pendidik dan aktivis akademia.


Maszlee menjelaskan beliau membuat keputusan untuk mengosong jawatan tersebut selepas mendapat nasihat daripada Dr Mahathir.

"Di atas nasihat YAB Perdana Menteri, dan di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka dengan hati yang redha walaupun berat, saya, Maszlee Malik memulangkan kembali jawatan saya sebagai menteri pendidikan kepada perdana menteri, berkuatkuasa 3 Januari 2020," katanya. (AA)

1 comment:

Anonymous said...

Apa Atok (Fossil Purba)boleh buat sekarang..!?

Maszlee letak jawatan, bagaimana pula dengan Teoh Nie Ching?

Nampaknya pemimpin politik veteran DAP, Lim Kit Siang cepat melompat dan segera memberi respon jika terdapat isu walau sebesar kuman yang tidak digemari oleh parti DAP.

BILA ATOK RENTA JADI FOSSIL PURBA
ACAH2 POWER LAMA TINGGAL SPENDER
DAP MENYALAK MENTERINYA BERTUKAR
SO WHAT MAHACAI.. TEPUK KUAT2 YER..!!

Terbaru, cakap-cakap politik mengatakan isu kertas peperiksaan UniMAP didakwa menjadi punca Lim Kit Siang naik angin.

Ia juga dikatakan punca Dr Maszlee letak jawatan.

Jika itu sebabnya, bagaimana pun dengan kes pengedaran komik Hew Kuan Yau atau lebih dikenali sebagai Superman Hew yang mengakui sejumlah 3 ribu naskah komik “Inisiatif Jalur dan Jalan” telah dicetak dan 2500 unit daripada itu akan dihadiahkan kepada sekolah-sekolah.

Fossil Purba boleh buat apa skg..!?

FORMULAAcah2POWER = TEPUKK + POP CORN TAMBAH + BMF

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails