Wednesday, January 01, 2020

Bagi Insentif Restoran Had Niaga 12 Malam -Dr Izani


KOTA BHARU: Kelantan memberi galakan kepada peniaga untuk menghadkan perniagaan mereka sehingga jam 12 malam dengan memberi insentif kepada mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin berkata, dorongan itu khususnya bagi premis yang beroperasi melebihi tempoh tersebut sebelum ini.
“Kita akan bagi insentif di mana kita mengecualikan bayaran lesen dalam tempoh setahun bagi premis yang sebelum ini berniaga lebih jam 12 malam.
“Kita akan memberi mereka insentif antaranya lesen percuma selama setahun kepada peniaga yang menghadkan urusniaga sehingga jam 12 malam,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.
Sebelum ini kerajaan negeri merancang menghadkan operasi kedai makan sehingga jam 12 malam mulai tahun ini bagi mengurangkan gejala sosial.
Hasil carian imej untuk restoran 24 jam kelantanHasil carian imej untuk restoran 24 jam kelantanPeta restoran 24 jam kelantan
Dr Izani juga berkata, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mengadakan pemantauan bagi menyemak premis yang beroperasi melebihi jam 12 malam.
Menurutnya juga sekiranya ada peniaga yang perlu meneruskan perniagaan sehingga melewati jam 12 malam perlu mendapat surat kebenaran daripada Yang Dipertua PBT. – HARAKAHDAILY 1/1/2020

Hibur Hibur Sikit.

Video: Santri Santri Silat (Silat Disciples)


2 comments:

Anonymous said...

Lirik Lagu Wawasan 2020

Haahh Tepukkk..!!

Bendera berkibar di angkasa
Lambang negara jaya
Rakyat sepakat sehati sejiwa
Dengan berbakti dengan megah
Hadapi cabaran masa muka
Penuh tenaga murni
Bakti dicurah sehara-sehala
Dengan wawasan yang suci
Wawasan meningkat kemajuan
Tiada lagi kepincangan
Kemewahan rasa-dirasai
Bersama kita nikmati
Wawasan 2020
Satu pandangan jauh
Bukan impian malah kenyataan
Bersama kita jayakan

Penyanyi Roy

Haahhh Tepukkkk...!!

Anonymous said...

Kerajaan Tengganu bukan macam PH, Penipu!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails