Thursday, January 02, 2020

'Atas nasihat Ayahanda Tun M, saya letak jawatan Menteri Pendidikan' - Maszlee

'Atas nasihat Ayahanda Tun M, saya letak jawatan Menteri Pendidikan' - Maszlee
Maszlee Malik umum letak jawatan sebagai Menteri Pendidikan dalam satu sidang media khas pada Khamis. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengumumkan perletakan jawatan berkuat kuasa esok.

Menurut Maszlee, beliau berbuat demikian selepas mendapat nasihat daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka saya dengan hati yang reda walaupun berat.

“Dengan nasihat daripada Ayahanda, Perdana Menteri, saya Dr. Maszlee Malik memulangkan kembali jawatan saya sebagai Menteri Pendidikan Malaysia kepada Perdana Menteri berkuat kuasa 3 Januari 2020,” katanya.



Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas di pekarangan Kementerian Pendidikan di Putrajaya, pada Khamis.

Sebelum itu, timbul spekulasi berhubung peletakan jawatan beliau di media sosial sejurus selepas berita pertemuannya dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis timbul.


Bagaimana pun Maszlee agak terkilan berhubung beberapa perkara apabila kementeriannya sering dikaitkan dengan pelbagai isu kontroversi meskipun telah melaksanakan pelbagai transformasi selain mendahului kementerian lain.

"Saya dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan terutama melibatkan isu Jawi, internet sekolah dan isu sarapan percuma.

"Isu krisis dan kontroversi lebih menjadi perhatian media berbanding kejayaan yang telah dilakar Kementerian Pendidikan sebelum ini", katanya.

Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan terpalit dengan pelbagai kontroversi antaranya pelaksanaan pembelajaran tulisan jawi di sekolah-sekolah vernakular sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak termasuk isu sarapan percuma kepada pekajar sekolah.

Menurut sumber yang rapat dengan perkara ini, kontroversi tulisan Jawi merupakan sebahagian daripada kemuncak kepada peletakan jawatan Maszlee. (AA)

4 comments:

Anonymous said...

INI KARMA SUMPAH LAKNAT HARI ITU
TULAH MENGENA MAZLEE KASUT HITAM
JAWI 3 M/SURAT FOSSIL PURBA JADI ABU
KIKI ACAH2 POWER AKHIR KENA BANGANG


KIKIKIKIKI...


kikiki... sumpah laknat akhirnya menteri mazlee pimpinan atok fossil purba makan sumpah laknat..

sumpah laknat sudah jadi kenyataan...

tunggu fossil purba dan fossil purba 4cm punya giliran pula

FORMULAACAHPOWER = TEPUK + POP CORN TAMBAH

Anonymous said...

Padan muka kuncu2 nya

Anonymous said...

Atuk Kerala pula bertindak atas nasihat dari ayahanda roket.

Maka siapa yang menjadi boss sebenar dan siapa pula menjadi boneka dalam KERAjaan Pakatan Hancing ?

Anonymous said...

tak perlu dikasihan sekor pun dalam PH... yg penting PH PKR DAP PBBM mesti dihancurkan ... hancur COMANGO@Marina Gereja CT Kasim Pluralisma Murtad..

teruskan perjuangan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails