Saturday, November 16, 2019

Rokok Letrik, Rawatan Alternatif Alat Berhenti Merokok?

Hasil carian imej untuk vape

Tiada permohonan vape, rokok elektronik alat berhenti merokok
IPOH: Kementerian Kesihatan tidak menerima permohonan daripada mana-mana pihak, termasuk farmasi untuk menjadikan vape atau rokok elektronik sebagai alat untuk rawatan alternatif berhenti merokok.
Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye, berkata sehingga kini hanya dua perkara sahaja yang diluluskan di bawah farmasi iaitu gula-gula getah dan `patch’ (koyok) untuk dijadikan alat bantu program berhenti merokok.
“Nikotin hanya boleh dibuat melalui ubat sebagai merawat untuk berhenti rokok dalam formulasi tertentu yang sudah diluluskan di bahagian farmasi.
“Ia terus dikawal di bawah Akta Racun 1952, jadi peniaga yang menjual cecair vape yang ada kandungan nikotin adalah satu kesalahan yang boleh diambil tindakan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program ‘Walk the Talk Malaysia’: Pencegahan Bunuh Diri sempena Hari Mental Sedunia 2019 di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz di sini, hari ini.
Boon Chye berkata, berdasarkan pengalaman pihak yang menggunakan vape dan kajian beberapa pihak, 90 peratus daripada cecair vape yang dijual mengandungi nikotin.
Katanya, ketika ini kajian dilakukan bagi menggubal undang-undang khusus mengawal tiga komponen berkaitan nikotin iaitu rokok, vape dan shisha.
“Kajian itu antara lain melihat sama ada kita mahu melarang sepenuhnya penggunaan vape, membenarkan penggunaan vape tanpa nikotin atau vape dalam kadar nikotin yang rendah.
“Jadi ini tiga pendekatan yang kita sedang kaji, masing-masing ada ‘pro and kontra’ jadi kita perlu meneliti bukti dan data saintifik yang sedia ada sebelum kita membuat keputusan muktamad,” katanya.
Beliau bagaimanapun menegaskan penggunaan vape adalah tidak selamat sepenuhnya dan terdapat juga masalah kesihatan.
“Walaupun fahaman (umum) vape itu kurang bahaya dibandingkan dengan rokok, tetapi setakat mana kurang bahayanya itu kita belum tahu,” katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana hukum dalam Islam? Bersambung insya Allah!

Video




Ustaz Azhar Idrus Official
YouTube - 25 Mei 2018


Yufid.TV - Pengajian ...
YouTube - 6 Apr 2019


KLXpress
YouTube - 9 Nov 2015


JEF'STEAMMEDIA tube
YouTube - 22 Jun 2015


Rakan Pusat Islam UiTMPP
YouTube - 3 Dis 2015


zhafran85
YouTube - 4 Ogo 2013


beritanasionalrtm rasmi
YouTube - 21 Dis 2015

Hasil carian web


1 comment:

Sojib Al Abdullah said...

Vapestoreuae
is the largest online vape shop for all brand vape in Dubai. Vapestoreuae

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails