Thursday, November 14, 2019

Ini, Insiden Pertama Saudi Sejak Buka Pintu Dunia Hiburan.

teater
Seorang lelaki yang bersenjatakan pisau meluru naik ke pentas dan menikam tiga pelakon teater di Riyadh.
HALAMAN HIBURAN

3 pelakon teater ditikam semasa persembahan. 
RIYADH – Tiga pelalon teater ditikam ketika sedang melakukan persembahan dan suspek telah ditahan, lapor agensi berita, Saudi Press. 

Ia merupakan insiden pertama sejak Arab Saudi membuka pintunya kepada dunia hiburan.

“Pada kira-kira pukul 8 malam polis Riyadh menahan seorang warga Yemen berusia 33 tahun selepas dia menikam dua lelaki dan seorang perempuan yang merupakan aggota kumpulan teater semasa pertunjukan sedang berlangsung di King Abdullah Park di daerah Malaz,” kata jurucakap polis Riyadh dalam satu kenyataan.

Rakaman yang disiarkan rangkaian televisyen, Al-Ekbariya menujukkan lelaki yang bersenjatakan pisau itu meluru naik ke pentas dan menyerang pelakon terbabit semasa persembahan musikal sedang berlangsung.
Artis-artis tersebut yang mengalami luka diberikan rawatan dan mereka dalam keadaan stabil, kata jurucakap itu sambil menambah polis sedang menjalan siasatan insiden tersebut. (Agensi-12 November 2019)

Hibur Hibur Sikit 
Tapi.. Ini lagu ganas..


1 comment:

mazmad said...

Tunggu balasan tuhan pula..!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails