Friday, August 02, 2019

Perhambat Zakir Naik, Tindakan Takut Berhujah, Tidak Bertamadun, Tidak Cerdik.

Hasil carian imej untuk LKS perlu keluar dari Malaysia, bukan Zakir Naik


LKS perlu keluar dari Malaysia, bukan Zakir Naik

SAYA membaca laporan yang disiarkan oleh MalaysiaKini berhubung persetujuan Lim Kit Siang agar Dr Zakir Naik keluar dari Malaysia secara sukarela demi menjaga keharmonian berbilang kaum negara ini. 

Lim Kit Siang dikatakan menyatakan pandangannya itu sebagai tanda setuju dengan saranan penulis Anas Zubedy sebelumnya supaya pendakwah bebas antarabangsa itu meninggalkan negara ini.
Saya dukacita dengan pandangan Lim Kit Siang yang merupakan seorang ahli politik veteran di mana beliau sewajarnya telah mana memahami Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara ini yang membenarkan agama Islam disebarkan kepada bukan Islam dan bukan sebaliknya. 

Menyifatkan bahawa pendekatan Zakir Naik kurang sesuai dengan negara ini kerana boleh menyebabkan bukan Islam memeluk Islam ialah satu alasan yang dangkal.
Dr Zakir Naik tidak pernah memaksa mana-mana pihak menerima pandangannya, beliau hanya berhujah dengan menggunakan kaedah pembandingan agama dan terpulanglah kepada mana-mana pihak untuk menerima atau menolaknya. Sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, tiada sebarang alasan untuk menyatakan bahawa pendekatan Dr Zakir Naik itu tidak sesuai untuk negara ini.
Jika adapun yang perlu keluar dari Malaysia, orang itu ialah Lim Kit Siang yang gagal memahami Perlembagaan Persekutuan dan bukannya Dr Zakir Naik. Malaysia lebih beruntung jika orang seperti ini tiada di bumi Malaysia.
Sekian.
AHMAD FADHLI SHAARI
Ahli Parlimen Pasir Mas
1 Ogos 2019 - HARAKAHDAILY 1/8/2019

Hasil carian imej untuk LKS perlu keluar dari Malaysia, bukan Zakir Naik
Komen Weblog Ibnu Hasyiim: Hujah lawan hujah, bukan perhambat orang keluar negara. Itu tindakan takutkan kebenaran dan tidak bertamadun. Tidak layak ada pada seorang ahli politik yang kononnya berpengalaman, tetapi tidak cerdik.

Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..
Kerja Di Australia, Dibuka..

2 comments:

Anonymous said...

LKS dan AZ(Syiah?) perlu keluar dari Msia dengan segera dan kembali ke negara asal mereka kerana mereka sedang memecah-belahkan rakyat Msia dengan hasutan berunsur fitnah terhadap pendakwah Islam Dr Zakir Naik.

Kita rakyat Msia mahu mereka keluar dari Msia dengan segera supaya rakyat negara kita boleh hidup aman damai.

Anonymous said...

Kita mohon semua paderi, sami dan pendakwah kafir keluar dari Msia dengan segera dengan menggunakan alasan LKS dan AZ.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails