Thursday, April 18, 2019

PH Tak Bela Melayu Islam? Sakit Lain, Ubat Lain -Dr Kamarul Zaman Yuoff



TULISAN Presiden PAN, Mohamad Sabu, dalam portal beritaMalaysiaKini hari ini bertajuk “Terangkan pada rakyat PH bela Melayu, Islam” adalah bagus kerana ia mengandungi satu pengakuan terbuka berbunyi:
(1) “Naratif ataupun persepsi yang mengatakan bahawa Kerajaan PH ditunggangi oleh bukan Melayu dan bukan Islam sudah diyakini ramai, sudah dipegang oleh sebahagian besar orang Melayu dan orang Islam di Malaysia khasnya di Semenanjung.”
(2) “Ia menjadi satu pegangan yang diterima pakai sekarang ini bahawa kedudukan orang Melayu, Islam, kedudukan Raja-raja Melayu tergugat di bawah pemerintahan PH.”
Begitupun kebagusan ini terhenti setakat ini kerana preskripsi yang beliau berikan untuk merawat penyakit ini adalah:
(1) “Seluruh ahli-ahli PAN dan pejuang-pejuang rakyat hendaklah mengumandangkan isu ini iaitu Kerajaan PH menyelamatkan institusi perniagaan Bumiputera, tabung yang terbesar walaupun Menteri Kewangannya daripada DAP, Cina dan 'non-Muslim'.”
(2) “PH, Lim Guan Eng melihat dari sudut keharmonian, kekuatan politik untuk menolong, membantu Bumiputera, orang Melayu dan Islam.” 
Dua perkara utama yang beliau tonjolkan bagi membuktikan PH membela Melayu Islam adalah:
(1) “Kerajaan PH yang Menteri Kewangannya Lim Guan Eng telah berusaha dan berikhtiar walaupun dalam keadaan kekangan kewangan iaitu mengeluarkan lebih RM17 bilion 'bailout' untuk menyelamatkan satu institusi tabung bumiputera yang begitu besar iaitu Tabung Haji.”
(2) “Kerajaan PH di bawah Menteri Kewangannya Lim Guan Eng mengeluarkan lebih kurang RM6.2 bilion untuk 'bailout' dan menyelamatkan Felda, satu-satunya institusi yang dikuasai sepenuhnya oleh Melayu, Bumiputera, Islam.”
Saya katakan preskripsi yang beliau berikan untuk merawat penyakit ini salah kerana “Menyelesaikan skandal 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji” atau Janji 13 Manifesto PH bukanlah janji pembelaan Melayu Islam yang ada dalam Manifesto PH.
Janji utama pembelaan Melayu Islam yang ada dalam Manifesto PH adalah terkandung di dalam Janji 11, “Mengembalikan maruah orang Melayu dan institusi-institusinya”, dan Janji 30, “Memajukan ekonomi Bumiputera dan semua rakyat berbilang bangsa”.  
Janji utama pembelaan Melayu Islam yang melibatkan Raja-Raja Melayu dalam Janji 11 adalah:
(1) Kerajaan PH akan sentiasa meletakkan pandangan dan teguran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu di tempat tertinggi, iaitu sesuai dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dalam negara kita. 
(2) Kuasa Raja-Raja Melayu dalam mentadbir agama dan adat istiadat Melayu akan dikembalikan ke negeri-negeri dan campur tangan kerajaan pusat akan dihentikan.
(3) Kerajaan PH akan memberi galakan kepada universiti-universiti awam untuk memperbanyak kajian dan perkongsian nasional dan antarabangsa mengenai kesultanan Melayu agar sejarah ketamadunan Melayu dapat dikongsi di persada dunia.
(4) Muzium Diraja di Istana Negara lama akan dinaik taraf menjadi Muzium Pendidikan Kebangsaan, dan kerjasama akan dijalin dengan universiti awam untuk mengaktifkan kegiatan kajian, penerbitan dan pendidikan, melalui seminar dan persidangan secara berkala, tentang institusi Raja-Raja Melayu.
Janji utama pembelaan Melayu Islam yang lain dalam Janji 11 pula adalah:
(1) Kerajaan PH akan memastikan Tanah-tanah Rezab Melayu dilindungi dan semua Tanah Rezab Melayu yang telah ditukar status diganti semula dengan tanah yang nilainya sama atau lebih tinggi.
(2) Syarikat-syarikat milik kerajaan yang terpilih akan dipersediakan untuk dibeli oleh pengurusan (management buy-out) agar peratus pemilikan ekuiti Melayu dan Bumiputera meningkat.
(3) Prestasi dan pencapaian agenda memartabatkan maruah bangsa Melayu dan Islam akan dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen setiap tahun agar kerajaan sentiasa bertanggungjawab kepada rakyat keseluruhannya. 
(4) Kedudukan ekonomi Melayu akan dibentangkan dalam ucapan belanjawan setiap tahun supaya kerajaan boleh dipertanggungjawabkan secara terbuka.
Janji utama pembelaan Melayu Islam dalam Janji 30 pula adalah:
(1) Kerajaan PH akan memberi lebih banyak penumpuan kepada pembangunan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera agar akan wujud sebuah bangsa yang boleh berdikari dan bersaing secara sihat di serata dunia.
(2) Untuk memastikan iltizam kerajaan yang berterusan dalam membantu warga Bumiputera, Kerajaan PH akan mengira secara tuntas dan menerbitkan kepada umum jumlah pegangan ekuiti Melayu dan Bumiputera terkini agar ia menjadi penanda aras yang tepat dalam usaha mencapai matlamat peningkatan ekuiti Melayu dalam pasaran. Laporan ini akan dibentangkan di Parlimen dalam setiap Ucapan Belanjawan Menteri Kewangan. 
(3) Kerajaan PH juga akan mengangkat kedudukan badan-badan bukan kerajaan yang memperjuangkan status ekonomi Melayu dan Bumiputera, seperti Majlis Perundingan Melayu atau badan-badan lain, sebagai rakan dialog rasmi kerajaan.
Oleh itu, jika PH mahu bercakap mengenai usahanya membela Melayu Islam maka pencapaian segala butiran janji dalam Janji 11 dan Janji 30 inilah yang perlu diulas.
Jika segala butiran janji dalam Janji 11 dan Janji 30 ini masih belum dicapai maka pemimpin Melayu Islam PH perlulah mendesak kerajaan melaksanakannya dengan segera.
Memberi kredit kepada Lim Guan Eng dalam isu Tabung Haji dan FELDA bukanlah caranya, lebih-lebih lagi bila yang bertungkus-lumus menanganinya adalah menteri lain.
DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF HARAKAHDAILY 17/4/2019

7 comments:

Anonymous said...

Cuba jelaskan tang mana orng melayu dan islam terpinggir ato terkebelakang...

Anonymous said...

Kedudukan raja2 melayu tidak terjejas sama mcm seblm pru14...

Anonymous said...

Keadaan ekonomi malaysia blm stabil sepenuhnye kerana iklim ekonomi dunia yg perlahan...

Jadi untuk perundingan dgn ngo ekonomi melayu blm sesuai...

Kerajaan PH bertungkus lumus mengurangkan kos projek mega najib....kos lrt3 telah berjaya dikurangkan.....ecrl yg blm diperlukan di pantai timor telah berjaya dikurangkan kosnye untuk selamatkan bayaran faedah hutang yg dibuat oleh najib....

Kedudukan ekonomi melayu tiada perubahaan kebelakang....ape yg nak dibimbangkan?...

Anonymous said...

Pak Asin....PRU 15 jgn lupa minta Presideng calun Dr Kamarul di Dun Rusila....

Anonymous said...

Kalau tidak kerana desakan dabn bangkit melayu di luar ph, mcm2 kepentingan islam dan melayu dan peribumi terjejas. Termasuk kedudukan raja2 melayu.

Anonymous said...

nampak macam tak terjejass
tapi ada bekas
awas

Anonymous said...

Ringgit merosot secara mengejut hari ini kerana laporan yang dikeluarkan oleh FTSE Russel dari London hari ini telah memberi amaran bahawa mereka ingin menurunkan penarafan bon dan sukuk dari Malaysia.

Ini juga sebab Malaysia sekali lagi menjadi “sole loser” hari ini di mana pasaran saham kita terus menurun walaupun hampir semua pasaan saham di Asia naik.

Jika diturunkan maka bon dan sukuk Malaysia termasuk yang diterbitkan oleh kerajaan tidak lagi akan dimasukkan dalam indeks bon global FTSE Russel bermula September 2019.

Ini bermakna, pelabur-pelabur asing yang meggunakan indeks FTSE Russel sebagai panduan pelaburan mereka akan menarik balik pelaburan sedia ada.dan tidak akan melabur lagi di dalam pasaran Malaysia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails