Sunday, April 14, 2019

Pelajarn Dari PRK Rantau. Ini Mengejutkan..


Apa kita boleh belajar dari PRK Rantau?
TOK Mat (BN) berjaya mempertahankan Dun Rantau apabila memperoleh 10,397 undi berbanding pencabarnya Dr Streram yang hanya mendapat 5,887 undi. Majoriti 4,510. Pada PRU14, Tok Mat menang tanpa bertanding.
Keputusan ini adalah mengejutkan kerana pada PRU14, undi BN bagi Parlimen di kawasan tersebut hanyalah 7,798 berbanding PH yang ketika itu mendapat 8,210 undi.
Peratusan keluar mengundi pada PRK Rantau adalah 79 peratus. Ini adalah kadar keluar mengundi tertinggi dalam sejarah negara pasca PRU14.
Undi India memihak kepada BN. Sebagai contohnya dalam PDM Pekan Sagga yang memiliki komposisi 63.7 peratus India, BN berjaya memenangi kawasan pengundian tersebut dengan peratusan undi 56.57 peratus; peningkatan 12 peratus berbanding PRU14 (Parlimen)
Walaupun PH masih berjaya menguasai undi kaum Cina, sokongan pengundi muda kaum tersebut kepada parti kerajaan sangat terhakis. Sebagai contohnya, bagi saluran 5 Pusat Mengundi SJKC Chung Hua, Tok Mat berjaya mendapat 252 undi berbanding Streram yang hanya memperoleh 148 undi sahaja.
Undi Melayu solid di belakang BN. Kehadiran saat akhir Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke Rantau pada malam Khamis lepas memberi boost kepada penyokong PAS untuk keluar beramai-ramai mengundi Barisan Nasional. Walaupun pengundi PAS kecil di kawasan ini iaitu sekitar 777 orang sahaja (statistik PRU14), pergerakan undi di setiap PDM menunjukkan hampir semua undi ini telah diberikan kepada rakan pembangkang. Ia menunjukkan endorsement daripada akar umbi bahawa kerjasama dua parti terbesar di Malaysia ini sudah diterima sepenuhnya.
Kesilapan terbesar PH kali ini adalah apabila mereka mengambil pendekatan menyerang peribadi Tok Mat melalui isu milikan rumah RM10 juta dan kegagalan beliau memerintah sebelum ini. Kesilapan ini menyebabkan undi simpati bertambah kepada calon BN dan mengakibatkan pengundi PH yang telah lama mengenali peribadi Tok Mat beralih arah.
Sebagai contohnya di PDM Sendayan, Tok Mat berjaya memperoleh 1,648 undi berbanding Streram (471 undi). Pada PRU14, gabungan undi PAS dan BN hanyalah 1265 berbanding PH yang menguasai 901 undi. PH hilang hampir separuh undi mereka di PDM ini dalam tempoh kurang 11 bulan
BN juga berjaya menguasai 13 daripada 14 Pusat Daerah Mengundi (PDM) berbanding hanya 7 pada PRU14. Satu-satunya PDM yang hampir pasti dimiliki PH adalah PDM Bandar Ekar. Namun, peratusan undi PH merosot sekitar 60 peratus berbanding PRU14 yang mencatatkan penguasaan 68.9 peratus. PDM ini memiliki 42.1 peratus pengundi Cina.
Jentera PPBM juga tidak begitu ketara di PRK Rantau kali ini berbanding PRK Semenyih. Kebanyakan pemimpin utama terutama mereka yang dikaitkan dengan pendirian pro Mahathir juga tidak dilihat di lapangan. Kegagalan PKR memenangi Rantau sebenarnya satu rahmat kepada PPBM. Ia boleh mengurangkan tekanan kepada Tun Mahathir untuk menyerah kuasa seberapa segera kepada DSAI selepas kekalahan parti tersebut di Semenyih sebelum ini.
Penduduk Rantau juga tidak terkesan dengan hasutan politik rasis yang dihalakan kepada kerjasama PAS-Umno. Hubungan antara dua parti ini tidak lagi dilihat sebagai taboo oleh masyarakat bukan Melayu. Yang perlu dilakukan oleh BN dan PAS hanyalah memperkuatkan parti komponen dan sayap bukan Islam mereka agar hala tuju kerjasama tidak dilihat terlalu didominasi oleh satu kaum sahaja. Formula di Rantau yang melibatkan kerjasama dengan MCA dan MIC secara aktif telah membuktikan bahawa masyarakat bukan Melayu boleh berubah.
HIJ-RAH tidak lagi boleh difitnah.
ABDUL RAHIM HILMI ZAKARIYA
Bukit Tunggal Kuala Terengganu - HARAKAHDAILY 13/4/2019

Hasil carian imej untuk belajar dari PRK Rantau?

2 comments:

Anonymous said...

Kesilapan PH adalah kerana mereka menurunkan pakar2 FITNAH semasa berkempen, barisan pemimpin2 PENIPU mereka juga tidak lagi dapat memenangi hati rakyat.

Anonymous said...


Agama Islam dihina dan umat Islam ditindas, disiksa dan dibunuh apabila negara mereka diperintah oleh puak kafir:

Lelaki tua (muslim) dibelasah kerana jual daging lembu sebelum dipaksa makan daging babi

https://www.thereporter.my/2019/04/lelaki-tua-muslim-dibelasah-kerana-jual.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails