Saturday, April 27, 2019

M/Dalam Negeri Lemah Tunduk Kepada Pihak Berkepentingan -P/UMNO K'tan.

Hasil carian imej untuk Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor b


KOTA BHARU 27 April - Pemuda UMNO negeri ini mempersoalkan tindakan kerajaan yang dilihat tunduk kepada desakan pihak berkepentingan supaya membubarkan pasukan elit polis.
Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, pasukan-pasukan tersebut telah membuktikan keupayaan mereka untuk menumpaskan pelbagai kegiatan jenayah dan tiada langsung kedengaran kegagalan ketika menjalankan misi.

Beliau berkata, pembubaran pasukan itu juga memberi tanggapan bahawa sesetengah ahli politik kerajaan dalam kerajaan terutamanya DAP ini dikuasai oleh puak gangster.
“Menteri Dalam Negeri dilihat amat lemah dan lembik sekali serta tidak berupaya menjalankan amanat yang diberikan oleh Perdana Menteri dalam menjaga keamanan dalam negara.
“Sudahlah kes penghinaan terhadap agama Islam dan bangsa Melayu pun gagal mendapat komen balas dan tindakan pantas daripada beliau, ini pula terus membubarkan satu pasukan yang amat digeruni oleh penjenayah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Utusan Online hari ini melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan tiga pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dimansuhkan sebagai langkah penstrukturan semula beberapa jabatan dalam agensi keselamatan itu.
Tiga pasukan tersebut ialah Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG), Pasukan Khas Taktikal Narkotik (STING) dan Pasukan Khas Jenayah Terancang (Stafoc).
Justeru, Noor Hariri berkata, pihaknya mendesak Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya memecat Muhyiddin kerana telah menodai kepercayaan rakyat dalam menjaga keamanan negara.
“Lantiklah Menteri yang mempunyai pendirian tegas dan tidak berkompromi dalam tugasan menjaga negara ini.
“Ternyata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) ini kerajaan sepenggal dan majoriti menteri-menterinya adalah separuh masak,” katanya. - UTUSAN ONLINE

2 comments:

Anonymous said...

Ini contoh unit khas yang tidak berguna , anda semua nilai sendiri, bergunakah?

Saya diarah buat laporan palsu, polis unit khas beritahu RCI Wang Kelian :

PUTRAJAYA: Seorang saksi memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas penemuan kubur beramai-ramai dan kem penyeludupan manusia di Wang Kelian, beliau diarah mendraf satu laporan polis palsu mengenai sekumpulan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang ditahan di kaki Bukit Wang Burma. Bekas ketua Bahagian Risikan Operasi di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar, Husyairi Musa berkata arahan itu diberikan Ketua Polis Padang Besar ketika itu, Rizani Che Ismail. Katanya, beliau menerima panggilan daripada Rizani yang mengarahkannya mengambil 5 Pati ditahan Cawangan Khas Perlis. Katanya, beliau diminta pergi ke satu lokasi di Taman Negara Perlis, dekat sebuah tapak pelupusan sampah. Katanya, beliau memandu ke sebuah lokasi di tepi jalan untuk mengambil 5 Pati itu dan membawa mereka ke IPD.

Di sana, beliau ternampak individu yang dianggapnya ahli Cawangan Khas, ada yang berbaju seragam dan berpakaian biasa. Husyairi berkata, beliau tidak dapat mengenal pasti kumpulan lelaki itu, walaupun sudah bekerja di IPD selama 5 tahun. “Tangkapan itu dibuat Cawangan Khas. Saya tak pasti siapa,” kata saksi ke-18 itu kepada inkuiri RCI yang memasuki hari ke-6, hari ini.

“Ketua polis daerah saya kata ia ada kaitan dengan satu penangkapan yang sudah dilakukan dan beliau minta saya ke kawasan taman negara.” Beliau berkata, ia bukan prosedur biasa kerana pegawai yang membuat tangkapan itu biasanya mereka yang menyerahkan laporan. “Tetapi, pegawai atasan saya (Rizani) minta saya draf laporan polis itu dengan berkata saya terserempak individu kelihatan mencurigakan ketika membuat rondaan dan saya menahan mereka sendiri.”
Katanya, laporan itu tidak betul, tetapi beliau tiada pilihan kecuali mengikut arahan pegawai atasannya

=======================

MEMBANGKAI je yang korang tau ye!

pubg mobile said...




Excellent Blog! I would like to thank for the efforts you have made in writing this post. I am hoping the same best work from you in the future as well.
I wanted to thank you for this websites! Thanks for sharing. Great websites!

Happy Chick
happychick pc
Happychick apk
happychick for android
Happychick Ios
HappyChick latest version
Happy chick Emulator

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails