Sunday, April 21, 2019

XPDC Mahabah Briged, Ameerah &Puteri. Remaja Dampingilah PAS!


LUMUT: Briged Muslimat dan Ameerah PAS Kawasan serta Puteri Umno Bahagian Lumut telah bekerjasama menganjurkan XPDC Mahabah yang diadakan di Pusat Ekologi Vale, Teluk Batik, di sini semalam.
Aktiviti tersebut bertujuan merapatkan ukhuwah antara sesama anggota dari dua parti besar umat Melayu Islam itu dan telah menerima 42 peserta yang berusia antara 9 hingga 59 tahun.
Ianya turut dijayakan dengan bantuan daripada Jabatan Amal Malaysia Lumut dan Pegawai Bomba dan Penyelamat Malaysia Balai Lumut selaku pemandu arah dan keselamatan peserta.
Pihak PAS dipimpin Ketua Ameerah Lumut, Syahirah Abdullah, manakala Umno oleh Ketua Puteri, Mazwinteh Abd Rahman, dengan pelepasan dan doa dibacakan Ketua Muslimat PAS Lumut, Rohawati Abidin.
Pendakian tersebut sememangnya mencabar bagi para peserta terhadap aspek stamina diri, namun dikawal menerusi rehat pada'check point' yang ditetapkan sepanjang rentas sejauh 1,400 meter itu.
Pergerakan tersebut juga memberi pengalaman dan pendedahan ilmu kepada peserta khususnya mengenai pertolongan cemas yang sempat diterapkan kepada mereka sepanjang ekspedisi.
Ianya sekali gus menyemai nilai murni dan positif, terutama setiakawan yang direalisasikan selain aspek Islami seperti sahsiah diri, aurat dan maruah selaku muslimah solehah disebalik aktiviti lasak.
Seusai menuruni laluan khazanah alam semulajadi itu, peserta telah disegarkan dengan hidangan kudapan dan tazkirah oleh Pengerusi Lajnah Tarbiyah Muslimat PAS Lumut, Putiah Shaarani. - HARAKAHDAILY 21/4/2019
Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS bukan parti politik semata-mata, bahkan memperkenalkan gaya hidup Islam dalam kehidupan harian.. dengan XPDC Mahabah Briged, Ameerah dan Puteri. Para remaja, dampingilah PAS, jom!
IMG 20190421 WA0001
IMG 20190421 WA0003

1 comment:

Anonymous said...

Walaupun akan disiasat polis, namun aktivis yang mendakwa memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) itu tetap dengan pendiriannya meneruskan usaha sedemikian.

“Saya tidak akan tunduk kepada tindakan-tindakan untuk mengganggu atau menakut-nakutkan saya sebagai pembela hak asasi manusia di Malaysia. Saya berjuang demi hak asasi untuk semua dan akan tetap meneruskan usaha ini.

“Marilah bersolidariti dengan kami dalam rangka mengembangkan ruang sivik di Malaysia dan mengecam mereka yang cuba menyempitkannya,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, memetik laporan The Star Online hari ini, Numan mendakwa kenyataan yang dibacakannya dalam majlis di Geneva itu merupakan hasil usaha 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia yang memperjuangkan identiti jantina dan orientasi seksual.

Macam generasi lgbtzaman Nabi Lut as. wujud kembali.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails