Ini yang dilakukan oleh pihak pengurusan Masjid Muhammadiah atau dikenali sebagai Masjid Cina yang terletak di Tasek dekat sini.
Masjid Cina kedua di negara ini itu dibina dengan dana sebanyak RM4 juta dan diurus tadbir oleh jawatankuasa Masjid Muhammadiah dan Persatuan Cina Muslim (Macma) Cawangan Ipoh.
Pengerusinya, Datuk Dr. Fadzli Cheah Abdullah berkata, kehadiran masyarakat pelbagai kaum ke majlis keramaian
kelolaan masjid boleh memberi kefahamam kepada mereka tentang agama Islam.
Menurut beliau, secara tidak langsung ia mengukuhkan lagi hubungan antara kaum apabila mereka melihat fungsi masjid bukanlah sebagai tempat beribadat semata-mata.
"Masjid Cina misalnya bukan sekadar tempat untuk tujuan berdakwah tetapi juga sebagai pusat pendidikan dan
pelancongan yang dilawati pelbagai kaum.
"Kita mahu masjid ini dilihat bukan untuk orang Islam sahaja tetapi untuk semua golongan melibatkan ibadah, majlis ilmu dan apa sahaja yang disuruh oleh Allah," ujarnya.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Karnival Kebudayaan dan Makanan 2019 anjuran Jabatan Agama Islam Perak dan Macma di pekarangan Masjid Muhammadiah di sini hari ini.
Turut hadir ialah Pengerusi Persatuan India Muslim Perak, Mohamed Arib Aliah.
Seramai 300 orang hadir memeriahkan sambutan karnival selama dua hari itu yang objektifnya bagi memupuk perpaduan antara pihak masjid dan masyarakat setempat.
Pelbagai acara diadakan antaranya sukan rakyat seperti pertandingan bermain congkak, dam ular, batu seremban dan sukaneka kanak-kanak.
Turut diadakan ialah acara memanah dan pertandingan catur. - UTUSAN ONLINE
Hasil carian imej untuk masjid cina di kelantan Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra merupakan sebuah masjid yang terletak di pekan Rantau Panjang, di dalam jajahan Pasir Mas, Kelantan. Senibina masjid ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China.