Friday, April 26, 2019

Shaymaa Ismaa'eel, Inilah Muslimah Sebenar, Pemberani.

Wanita bertudung ini sangat berani
Shaymaa berbuat demikian kerana ingin melawan kebencian dengan kebaikan. - Foto Twitter/@ShaymaaDarling

TINDAKAN bersahaja seorang ahli terapi untuk kanak-kanak autistik mengambil gambar dengan penunjuk perasaan anti-Islam tular di media sosial, sejak semalam.

Ketika kejadian, Shaymaa Ismaa'eel, 24 tahun, menghadiri Konvensyen Islam di Amerika Utara apabila dia terlihat beberapa lelaki mengadakan bantahan di luar kawasan konvensyen sambil memegang sepanduk anti-Muslim.

“Pada 21 April, saya bergambar di hadapan kumpulan protes dan berjalan meninggalkan tempat itu dengan perasaan bangga,” tulisnya dalam entri yang dimuat naik di Twitter.

Berbeza dengan peserta konvensyen lain yang mengelak untuk bertembung dengan penunjuk perasaan, Shaymaa sebaliknya meminta rakan mengambil gambar kerana dia ingin melawan kebencian dengan kebaikan.


“Saya memanggil rakan saya, Jamilah dan memberitahu itu mereka. Boleh awak ambilkan gambar saya?

“Saya hampiri kumpulan itu. Saya bertanya kepada polis sama ada boleh berdiri di situ namun polis tidak membenarkannya.

“Walaupun sukar tetapi saya tetap tersenyum di dalam gambar tersebut dan mereka mula menjerit kepada saya. Bagaimanapun, saya tidak mempedulikannya,” kata Shaymaa.

Shaymaa turut menegaskan gambar berkenaan adalah benar dan tidak disunting.

Rata-rata pengikut Twitter menyokong keberanian Shaymaa, malah ada juga yang mencadangkan agar gambar itu disimpan di muzium. - SBS News


Komen Weblog Ibnu Hasyim Shaymaa Ismaa'eel, inilah Muslimah sebenar.. Biasanya orang yang yakin kepada Allah SWT, hanya melihat Allah sahaja yang Maha Besar, lain semua kecil. Beliau pemberani, hanya takut pada Allah sahaja.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails