Monday, April 22, 2019

Kesian, Telan Dadah, Teguk Kencing Setan Di Kelab Malam Hanya Yang Islam..



SERAMAI 82 pengunjung yang leka berhibur di kelab malam Jalan P Ramlee, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, terkedu apabila premis itu diserbu pihak berkuasa dalam Operasi Banteras Aktiviti Haram (Op BAH) 2.0, 11 malam tadi.
Ketika diserbu, kebanyakan mereka berusia 19 hingga 40 tahun dikesan mengambil minuman keras dan berpeleseran dengan pasangan yang dibawa.

Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Muhamad Irwan Abdullah berkata, susulan operasi itu seramai lapan remaja membabitkan lima lelaki dan tiga wanita ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Lumpur kerana positif mengambil dadah jenis Methamphetamine.
Katanya, pengunjung terdiri 66 lelaki dan 16 wanita diberi notis hadir kaunseling oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengikut Seksyen 43 Akta 559 Penyubahatan.
“Dalam operasi malam tadi yang turut disertai AADK, JAWI, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan majlis Keselamatan Negara (MKN), dua pusat hiburan diserbu.
“Namun, mengejutkan apabila serbuan dijalankan di lokasi kedua di Jalan P Ramlee di Bukit Bintang, pasukan operasi mendapati ia hanya dipenuhi remaja beragama Islam yang bukan saja berpeleseran malah ada antara mereka turut meneguk arak serta positif dadah,” katanya.
Beliau berkata, lapan remaja positif Methampthetamine ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998.
Katanya, kelab malam itu pula dikesan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 30(1) dan 30(2) Akta Syarikat 2016 kerana gagal mempamerkan nama serta nombor pendaftaran syarikat pada papan tanda premis dan pada resit rasmi perniagaan.
“Kita agak kecewa kerana individu beragama Islam memang dilarang keras memasuki mana-mana pusat hiburan termasuk kelab malam di negara ini.
“Tetapi, dalam serbuan di lokasi kedua ini, pasukan operasi menemui kelab malam yang hanya dipenuhi remaja beragama Islam,” katanya. (www.hmetro.com.my)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bila kerajaan PH nak haramkan kelab malam sesuai dengan Islam sebagai Agama bagi Persekutuan (Perkara 3) Perlembgaan Persekutuan?

4 comments:

Anonymous said...

toke dadah arak untung orang lain rentung
mungkin kelab malam satu lambang negara maju
apa guna maju biar rakyat
main judi minum arak pelacuran

agama apa yang bagi pengikutnya
buat perkara maksiat

Anonymous said...


Puak yang suka berpeleseran, meneguk arak serta positif dadah mencerminkan kegagalan ibubapa mereka mendidik anak mereka menjadi umat Islam yang cintakan Allah dan RasulNya. Mungkin ibubapa mereka pun dua kali lima dengan anak mereka.

Puak inilah yang akan menjadi khadam ternakan parti rasis kafir harbi roket untuk ditunggang oleh pemimpin-pemimpin rasis roket menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

Anonymous said...

Sudah tak ada kerja atau tak ada negara luar hendak buat kunjungan hormat?

Akhirnya buat kunjungan hormat sesama sendiri walaupun tiap-tiap minggu berjumpa dalam mesyuarat kabinet.

Apa la nasib negara ini ditadbir oleh para pelawak. 😂
……..

Kuala Lumpur 19 Apr – Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia , Abdul Khalid Samad hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan, Chef Mohamad Sabu di Kementerian Pertahanan.

Ketibaan Abdul Khalid disambut sendiri oleh Mohamad Sabu. Antara perbincangan mereka hari ini adalah berkisar kepada pelaburan antara kedua-dua kementerian.

Anonymous said...

Wah berita hangat ni. Saya hangitkan lagi berita dimana lawatan itu bertambah mesra apabila Chef Sab memasak sendiri untuk jamuan para tamu :-))

Para pembaca ph jangan mara ye. Gurau...abg mat kan suka gurau

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails