Friday, September 21, 2018

Tahniah Weblog Ibnu Hasyim Kepada Datuk Bandar Palembang.. PH?

Datuk Bandar wajibkan pekerja pejabat solat subuh berjemaah, jika tidak...
KL, Malaysia: Tahniah dari Weblog Ibnu Hasyim kepada Datuk Bandar Palembang Indonesia, kerana mengarahkan pekerja pejabat solat subuh berjamaah, bagi penganut beragama Islam.

Pelbagai maklum balas diterima para pekerja kerajaan sejurus seorang walikota (datuk bandar) baharu di Indonesia memulakan tugasnya untuk penggal 2018 hingga 2023 pada Selasa lalu. 

Media tempatan di Indonesia melaporkan, Datuk Bandar Palembang, Harnojoyo, menandatangani peraturan walikota (Perwali), atau surat pekeliling, yang menguatkuasakan amalan solat subuh berjemaah dalam kalangan pekerja khususnya ketua jabatan di semua pejabat kerajaan.



"Kali ini Perwali mewajibkan 160 jabatan di bawah pentadbiran Palembang untuk melaksanakan program subuh berjemaah.

"Saya akan melakukan subuh berjemaah di 107 daerah, termasuk di masjid dan surau, selain juga di pejabat daerah dan mukim. Setiap tempat yang saya kunjungi wajib ada (solat berjemaah)," katanya.

Melalui pekeliling itu juga, terdapat peringatan penting bagi pihak yang tidak mahu menjalankan arahan tersebut sepanjang tempoh lima tahun ke depan.

"Jika tidak mahu menjalankannya, silakan. Saya hanya mengingatkan, jika mereka masih mahu terus bekerja di kota Palembang," katanya.

Saranan itu telah mencetus respons yang pelbagai, termasuk pihak yang bimbang jika ia tidak diikuti, mereka akan dibuang kerja. Namun, ramai yang menyokong usaha itu dan melihat Harnojoyo melakukan suatu tindakan yang betul.

Harnojoyo menjelaskan, solat subuh berjemaah dapat melatih aspek disiplin dalam menjalankan aktiviti seharian.

"Melalui solat subuh berjemaah, diharapkan masyarakat sekitar juga akan turut melaksanakannya. Kami mahu memakmurkan masjid. Dengan itu akan terbangun manusia-manusia Islam yang bertanggungjawab," katanya.

Bagi Weblog Ibnu Hasyim di Malaysia, "Kita umat Islam se dunia bersaudara, apa juga yang baik dilakukan umat Islam di seluruh penjuru dunia, kita gembira dan ucapkan tahniah!

"Malaysia terkenal boleh, kerajaan PH tak mahu buat begitu ke?" Kata editornya Hj Mohd Hasyim. (IH)

6 comments:

Anonymous said...

Solat berjemaah perlukan arahan pekeliling.

Moga ini menjadi panduan kerajaan kelante dn ganu buat.

Anonymous said...

Kahkahkahkah

ted manoff said...

Jadii bila nk pijakk hadi secara berjemaah plk?..

Anonymous said...

Tukar pijak Madey secara jamaah..

cik siti said...

Pijak ted manoff secara berjemaah lagi baik.

Anonymous said...

Subuh tadi Pak Hasyim solat subuh kat mana?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails