Pengerusi Perbadanan Pengurusan Desa Putra, Abu Bakar Ariffin berkata, penghuni hidup dalam kebimbangan ekoran projek itu bakal menambah kepadatan penduduk dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.
“Difahamkan kondominium setinggi 46 tingkat itu mengandungi 382 unit rumah, lapan podium tempat letak kenderaan dan ia terletak begitu hampir dengan perumahan kami.

“Setakat ini, sebanyak 60 peratus penduduk sudah menandatangani surat bantahan dan telah dihantar kepada DBKL pada 27 Ogos lalu namun tiada sebarang maklum balas yang diperolehi sehingga hari ini,” katanya dalam sidang akhbar bersama Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini. - UTUSAN ONLINE