Monday, September 17, 2018

Sindir Lagi. Jangan Pilih Pemimpin Beragenda Kepentingan Diri? -Anwar.

Hasil carian imej untuk anwar Tun M
Lihat sambungan siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan anggota parti agar memilih pemimpin yang setia meneruskan perjuangan parti dalam pemilihan PKR kali ini dan bukan pemimpin yang mempunyai agenda untuk kepentingan sendiri.

Anwar berkata anggota PKR perlu menyedari parti itu dibentuk kerana agenda reformasi dan membela rakyat.

"Jika ada pemimpin yang berubah dan tidak lagi meneruskan perjuangan, dia telah mengkhianati parti, jangan pilih pemimpin begini," katanya dalam ucapan di hadapan lebih 1,000 penyokongnya pada program ‘Jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Wilayah Persekutuan’ di Kuala Lumpur hari ini.

Anwar seterusnya mempersoalkan tindakan pihak-pihak tertentu dalam PKR yang mempertikaikan keputusannya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Sedangkan, katanya pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) yang lain menyokong penuh keputusan berkenaan. 

"Bila saya buat keputusan nak bertanding di PD (Port Dickson), (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng sokong saya, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pun sokong, (Presiden Amanah) Mohamad Sabu juga sokong, tapi dalam parti (PKR), ngok ngek ngok ngek… kenapa?

“ Saya nak katakan, kita dah bincang dengan semua orang yang boleh bagi pandangan, jadi keputusan ini telah dibincang," katanya.

Anwar juga menyelar pihak tertentu dalam parti itu yang mahu beliau menyingkir orang-orang tertentu dalam parti sebagai syarat sokongan pada PRK Parlimen Port Dickson.

"Ada orang beritahu saya, parti ini aman kalau saya pecat orang ini, orang itu. Kalau nak sokongan di PD, buang orang ini. Saya kata, kalau kau tak tidak mau sokong saya di PD, saya tidak peduli," katanya disambut sorakan penyokongnya.

Terdahulu, ketika ditemui pemberita selepas program ‘Meet Anwar’ anjuran Anwar Ibrahim Club, Anwar berkata beliau tidak akan mengambil mudah PRK itu, walaupun pada hakikatnya beliau seorang pemimpin yang dikenali dan menjadi lumrah bagi mana-mana calon tidak mendapat sokongan 100 peratus daripada pengundi di mana-mana kawasan dan itu turut terpakai di Port Dickson.

“Saya tidak pernah bersikap begitu, (sama ada) dalam politik, kehidupan dan kerjaya, saya tidak memandang mudah mana-mana perkara, anda perlu kerja keras, anda perlu bertemu rakyat dan berikan penjelasan, lumrahnya anda tidak mendapat sokongan 100 peratus pengundi , tetapi adalah penting untuk anda sedari bahawa kami hanya menawarkan diri kami sebagai calon.

“Oleh itu bagi mereka anda mungkin dikenali dan diterima di tempat lain, tetapi apa yang penting adalah sokongan daripada Port Dickson. Tiada yang pasti. Saya perlu bekerja keras,” katanya.

Anwar berkata beliau akan melawat kawasan itu secepat mungkin untuk bertemu pengundi, malah sebelum hari penamaan calon.

Berhubung kenyataan Anggota Parlimen Padang Rengas daripada Umno Datuk Seri Nazri Aziz yang secara terbuka menyatakan akan menyokong termasuk berkempen untuk beliau pada pilihan raya kecil itu, Anwar berkata beliau secara peribadi mengalu-alukan sokongan daripada mana-mana pihak.

“Tetapi apabila melibatkan platform parti ia akan diputuskan oleh parti. Saya bukanlah sombong untuk menolak mana-mana tawaran untuk membantu, saya hanyalah seorang calon,” katanya.

Nazri yang dipetik berkata demikian oleh sebuah portal berita berkata, beliau percaya ini adalah yang terbaik untuk Umno bagi memastikan parti itu kembali ke dalam kerajaan.
-Bernama

Kepentingan Diri? 
Untuk Dapat jadi PM lagi, terpaksa tinggal perjuangan UMNO, dan jadi mamak penarik beca yang DAP tuannya.. OK Bos!!

Hasil carian imej untuk muka mahathir macam kondom?

11 comments:

Anonymous said...

anwar sindir hj hadi. pengkhianat pr. hadi telah tukar perjuangan pas dpd bersama rakyat kpd bersama klepet harta rakyat. tu yg anwar kt jgn pilih pemimpin belot begini.

Anonymous said...

INi urusan dalaman PH, orang PAS/UMNO jangan masuk campur, kami tak main tabur dedak!

Anonymous said...

Entahlah apa nak jadi dengan kamu
Fitnah, umpat keji makanan harian kamu
Cuba tanya ulamak dalam pas HALALNkahnperbuatan ni.

Anonymous said...

UMNO dh byk kali berpecah dan x pernah klh dlm pru krn perpecahan itu . Yg menyebabkn umno klh pru lalu krn Najib. PAS juga x pernah terkubur krn perpecahan. Begitu juga jika kumpulan azmin seandainya tewas dn memilih utk berpecah dr PKR. PKR akan ttp kekal dn wujud .

Anonymous said...

bnayak manusia gila pangkat nak buat harta
bukan nak tolong rakyat sangat
cerita khalid al walid selalu dijadikan panduan
tapi bial kena kat diri sendiri
mula la nak jadi pengkhianat
perangai pun jadi terok dari gilababi
manusia n dunia

Anonymous said...

Gila jawatan. Bila kalah, pecah.

bunbinban said...

Cissss...kenapa anwar x panggil pengkhianat ni barua...hadi awang dah ajar dah cara nak panggil pengkhianat...tu kan sunnah hadi awang al marangi...kahkahkah

Anonymous said...

Pergi mampos lah pasu umno - pas - parti penunggang bangsa dan AGAMA. PAS, parti rosak akhlak, hamPAS!!!

Anonymous said...

meroyan. Syok sendiri mengutuk Islam. Jadi babi tunggang lebai kulup.
sanggup jadi mamak kayuh beca sikulup.

Ha ha ha

Anonymous said...

bangang. kutuk pas dan walaun yg tunggang agama.. kau ckp kutuk islam.

laknatlah org yg anggap diri mereka tu agama. kami sgt mngutuk puak2 laknat penunggang agama sebb mereka mnghakmilikkan islam utk membina imej suci walaupun mereka doktrin syiah khawarij dn takfiri.

jgn nk samakan pas hj hadi dn sekian laknat walaun dgn islam. islam bkn bapak korang yg punya.

Anonymous said...

Siapa penunggang agama sebenarnya ? Org tak bodoh la. Di antara menteri agama yg kata islam jaga semua ugama dgn hj hadi,,,siapa penunggang agama? He he...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails