Sunday, September 16, 2018

Satukan Politik Islam-Melayu -Usul Muktamar PAS Ke 64


MUKTAMAR PAS ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak. – Foto Rozainah Zakaria 


KUALA NERUS: Muktamar PAS ke-64 hari ini menerima usul supaya parti itu menerajui usaha menyatukan kelangsungan politik Islam-Melayu di negara ini.
Ia adalah satu daripada enam usul yang diluluskan tanpa bahas pada hari terakhir muktamar di Stadium Tertutup Gong Badak di sini, hari ini.
Menerusi usul politik Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) bertajuk ‘Kesatuan Umat’, sayap berkenaan berpandangan usaha ke arah itu perlu diperkukuhkan kembali.
Selain itu, PAS juga perlu mengekang politik anasir tidak sihat yang menjejaskan keharmonian politik dan masa depan agama, rakyat dan negara.
Menurut DPPP, wujud gelombang perubahan dan kesedaran rakyat terhadap politik serta tuntutan massa yang memerlukan PAS segera bertindak untuk memimpin.
“Kita memperakui Perlembagaan meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara yang menjadi punca kuasa dan penentu kelangsungan pembinaan serta masa depan dan keharmonian pelbagai kaum.
“DPPP menginsafi betapa sejarah sentimen perkauman dan agama secara salah telah menatijahkan ketidaktenteraman serta sengketa yang mesti dihindari.
“Kita juga kesal dengan ancaman terhadap tonggak utama negara iaitu Islam, Raja-Raja Melayu, tanah rizab Melayu, bahasa Melayu dan kerakyatan oleh Pakatan Harapan (PH) yang dibayangi agenda DAP,” katanya.
Walaupun tidak dinyatakan secara terbuka, usul berkenaan dilihat cenderung merujuk kepada kerjasama PAS-UMNO dalam perkara yang memanfaatkan kedua-dua pihak.
Muktamar turut meluluskan usul bersama Dewan Ulama dan Dewan Muslimat supaya aqidah dan kedudukan Islam di negara ini dipertahan daripada tindakan jahat segelintir pihak yang cuba mengikis serta melemahkan kedudukan Islam.
Kedua-dua Dewan menegaskan, kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat bersikap lunak terhadap anasir liberal sekular dan menentang Islam.
“Dengan menularnya fahaman syiah, pelbagai ajaran sesat dan amalan khurafat serta syirik dibawa ke dalam masyarakat Islam hari ini.
“Gejala ini dilihat subur dan merebak melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kononnya menjadi pembela hak asasi dan agama.
“Kelompok ini berjaya menduduki strategi di negara ini manakala masyarakat Islam dilihat seakan tidak kisah dengan budaya melampau walaupun ia dilihat semakin meruncing dalam kalangan masyarakat Islam khususnya Melayu,” katanya.
Justeru, pimpinan parti diminta bertegas dengan kedudukan istimewa Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan dan mendesak tindakan dikenakan ke atas kenyataan bersifat anti-Islam, termasuk yang memperlekeh pelaksanaan undang-undang syariah.
“Dewan Ulama menggesa kerajaan menyelesaikan masalah berkaitan rakyat termasuk isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berasaskan prinsip Islam.
“Kerajaan perlu segera menamatkan pendaftaran NGO yang menjalankan aktiviti menyuburkan fahaman bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.
Empat lagi usul yang diluluskan tanpa bahas ialah usul Task Force untuk Malaysia Timur, usul memantapkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), usul pengiktirafan untuk sekolah agama dan mengukuhkan Gagasan Sejahtera.-BH.

3 comments:

Anonymous said...

X pyh ckp byk. Cpt isytiharkan gabungan PAS-UMNO . Kita lihat brapa ramai ahli akan kekal dan ikut.

Anonymous said...

Salak apa yang dah dirancang. Itulah kerja babi tunggang lebai kulup.. Dah takde idea..

Ha ha ha

bunbinban said...

anjing ke musang? tabik ke tubik...kahkahkah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails