Friday, September 21, 2018

Peraturan Baru, Haram Guna Straw 1 Jan.. WP.

Imej yang berkaitan
PUTRAJAYA, 10 Muharram 1440H, Khamis – Bermula 1 Januari tahun depan, semua perniagaan makanan dan minuman di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tidak lagi dibenar menggunakan ‘straw plastik’.
Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Mohd Ikhsan berkata, mana-mana perniagaan yang didapati masih menggunakan ‘straw’ tahun depan, bakal berdepan tindakan pembatalan lesen perniagaan.
“Pemilik perniagaan juga akan dikenakan denda, hilang deposit, barangan perniagaan dirampas atau boleh dipenjara.
“Larangan terhadap straw plastik adalah sebagai tambahan kepada larangan beg plastik dan polysterin yang bermula September tahun lalu,” katanya.
Beliau berkata, perintah itu tercatat jelas dalam lesen perniagaan dan ianya bukan menjadi alasan kepada pemilik perniagaan untuk tidak mematuhinya.
Beliau berharap semua pusat perniagaan akan bekerjasama dan mematuhi keperluan itu demi persekitaran yang lebih baik. (IH)
Imej yang berkaitan

5 comments:

Anonymous said...

haramkan jual arak berdekatan masjid

Anonymous said...

minta klntan tganu buat straw dpd keropok leko... blh makan terus. straw islam

Anonymous said...

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Mohd Ikhsan Adalah ahli pas. Maka kita sbg ahli pas sebuah parti islam satu satunya mesti menyokong usaha murni beliau.

Mari semua ahli pas ucapkan syukur dan semahyang tolak bala. Okeh.

Anonymous said...

aaaah dh kantoi ksu tu..

Anonymous said...

Kah kah kah....."cerdik " sungguh menteri2 ph ni,,,,,padanlah, bertuankan mahataik,,dulu hangpa juga yg maki mahataik, aljuburi,,sekarang hangpa betui2 berubah,,ya,,pas pun berubah. Bezanya, pas dulu maki hamun saudara seagama dia iaitu umno,,sekarang pas dah berubah kepada berbaik,,ini perubahan yg baik. Tapi hangpa,,berubah drpd dulu,,hangpa maki ja mahataik dan aljuburi tu,,la hangpa p jilat teruih....kah kah kah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails