Monday, September 17, 2018

Maaf, Janji Manifesto Terpaksa Ditangguhkan. Anwar Sindir Siapa?


Lihat sambungan siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memohon maaf kerana beberapa janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) terpaksa ditangguhkan buat masa ini sehingga kewangan negara kembali kukuh.
Katanya ketika manifesto berkenaan dibuat, PH tidak menjangkakan hutang negara mencecah sehingga RM1 trilion.
“Sekarang ini apabila lihat, kenyataan dia berbeza, oleh demikian itu… saya minta maaf kerana ada manifesto yang kita boleh lakukan dan ada yang lain kita kena tangguhkan,” katanya pada sesi soal jawab program ‘Meet Anwar’ anjuran Anwar Ibrahim Club, di sini, hari ini.
Antara lain, katanya faktor hutang ini disumbangkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mempunyai hutang berpuluh bilion ringgit, berbanding jangkaan awal di bawah RM3 bilion.
“Kita baru fikir bawah RM3 bilion, kita tak terfikir ada beli kapal, beli painting (lukisan) dan ada duit beri kepada (pelakon Hollywood) Leonardo DiCaprio. Besar masalah dia, jadi Tun Dr Mahathir (Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) kata berilah masa.
“Apa yang kami ada kami akan tawarkan… terdapat masalah, bolehkah anda dapatkan semula semua dana itu? Kapal terbang beli baru (contoh) RM250 million (juta), kalau yang terpakai, nilai (sebenarnya) tak boleh dapat balik, kapal laut lagi teruk, nilai bagi yang terpakai sangat rendah, jadi kita dah rugi banyak,” katanya.
Sementara itu, Anwar sekali lagi menegaskan bahawa beliau memberi sokongan 100 peratus kepada pentadbiran kerajaan di bawah Dr Mahathir dan menyeru rakyat untuk memberi peluang kepada pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu untuk memerintah negara.
“Sekarang Tun Dr Mahathir baru jadi perdana menteri selama empat bulan, bagi peluang dia perintah dengan baik, kita sokong dia. Ruang sekarang ini adalah untuk beri sokongan padu, saya nak kerajaan PH kuat, dihormati dan boleh laksanakan perubahan. Sekarang giliran Tun Dr Mahathir, kita sokong, saya beri dia sokongan 100 peratus,” katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan daripada hadirin yang mahu mengetahui wawasannya sebagai bakal perdana menteri kelapan negara.
Mengulas mengenai dasar kerajaan terhadap negeri-negeri pembangkang, katanya dasar kerajaan PH adalah tidak meminggirkan mana-mana daerah dalam negara.
“Kita hormati hak mereka, dari segi perlembagaan tanggungjawab kerajaan adalah untuk membantu rakyat tanpa kira fahaman politik dan agama. Mudah-mudahan dengan pelaksanaan (dasar) esok, terbuka hati Kelantan (antara lain) dan rujuk kita,” katanya.
Berhubung Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) (SOSMA) 2012, Anwar berkata PH berjanji akan menghapuskan undang-undang ‘draconian’ atau undang-undang yang menindas.
“Saya alami derita (semasa dipenjarakan), untuk menyedarkan dan menginsafkan diri saya supaya dapat rasai derita orang lain, sebab itu bila saya diseksa, saya lihat SOSMA, saya tak setuju bentuk undang-undang yang ada sekarang. Kedua saya tak setuju pendakwaan dan hukuman terlalu keras pada kesalahan kecil yang tak setimpal,” katanya.
Anwar berkata beliau secara peribadi memaafkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam hal yang membabitkan mereka berdua tetapi dalam hal wang negara dan kepentingan rakyat, ia tertakluk kepada proses yang ada.
“Dari segi peribadi saya maafkan dia walaupun dia sumbat saya masuk penjara… dua minggu pertama saya tidur atas simen. Tapi soal wang negara, soal hak rakyat tak mungkin saya (dapat) maafkan. Kena ikut proseslah, kalau terbukti dia bersalah nasiblah, apa juga yang anda ambil daripada orang awam, anda bertanggungjawab,” katanya.
Terdahulu beliau melancarkan buku “A People’s History of Malaysia’ karya bekas pensyarah Universiti Malaya dan bekas Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali yang kini memegang jawatan pengerusi Jawatankuasa Bantahan, Rayuan dan Disiplin PKR. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kenyataan ini, adakah Anwar menyindir siapa-siapa?

7 comments:

Anonymous said...

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kenyataan ini, adakah Anwar menyindir siapa-siapa?

Anwar sindir parti PAS hamPAS yg PEKAK BUTA DAN BISU berkaitan SKANDAL 1MDB najiblanon melayu umno yg parti hamPAS ajak bergabong tu! bodoh berjela jela admin weblog ibnu!!!

ted manoff said...

Anwar sindir PAS engkau marah buat apa?
Yang kita bimbang Anwar sindir Tun M. Beliau nak rampas PM dari Tun. Ini yang kita kena paham. Maaf dan lawan!
Hidup PH! Hidup Tun!

Anonymous said...

ted, ted, ted.........ko kena jangkitan `rebies` ke ari ni?

Anonymous said...

Ibnu Hasyim ni jenis malnusa kaudu. Hati klau biasa hitam sampai permohonan maaf pun dikait dgn sangkaan buruk. Bukankah bermaafan tu ajaran Islam walaupun memang tradisi PAS yg sgt Islamic tu memang haram memohon maaf sesama manusia walau telah terang melakukan dosa dan silap.

Anonymous said...

Geng anti Islam babi tunggang lebai kulup tiada hujah terus cipta fitnah.. Nama pun babi, kulup pulak..

katanya..'walaupun memang tradisi PAS yg sgt Islamic tu memang haram memohon maaf sesama manusia walau telah terang melakukan dosa dan silap.'

Panggillah tukang2 hujah yang cerdik sikit.

Ha ha ha

Anonymous said...

Dalam PAS pun mana ada sekor pun yg cerdik, semuanya dunggu, baghal..
hahahaha

Anonymous said...

X kesah la sindir sape pun . Yg penting PH menang dan menang. PD ni sape pulak jadi mangsa yea .. ... Umno dh serik , 2 kali KO . PAS baru skali kalah hilang telor . MCA serik hampir hilang deposit itu ari . MIC langsung x brani sbb dia tau ramai org India pilih PKR jika lwn MIC.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails