Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Razarudin Husain berkata, serbuan itu dilakukan setelah pihaknya menerima laporan berkaitan kes keracunan alkohol daripada Pegawai Kesihatan Daerah Kinta pada pukul 1.30 petang tadi.

"Serbuan dan pemeriksaan dilakukan di premis tersebut yang disyaki tempat mangsa membeli minuman keras.
"Dalam serbuan berkenaan, seorang lelaki berusia 35 tahun ditahan dan kita turut merampas beberapa botol dan tin minuman keras jenama Kingfisher Premium dan Kingfisher Extra Premium," katanya, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dan menyalurkan maklumat mengenai kes tersebut kepada balai polis berdekatan atau menghubungi talian hotline Polis Perak iaitu 05-2401999.

"Siasatan lanjut kini sedang dijalankan mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan," katanya.

Selepas Selangor dan Kuala Lumpur, dua lelaki direkodkan maut di negeri ini dengan tiga lagi dimasukkan ke hospital selepas dipercayai keracunan metanol setelah mengambil minuman beralkohol.

Kematian pertama melibatkan seorang lelaki berusia 39 tahun di sebuah hospital swasta di sini manakala lelaki berusia 50 tahun pula meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Dua lagi lelaki masing-masing berusia 41 dan 53 tahun kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPB manakala seorang lagi pesakit berusia 35 tahun pula dilaporkan stabil. - UTUSAN ONLINE

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bila lagi Kerajaan majoriti Islam PH di Malaysia hendak mengharamkan arak atau kencing syaitan? Kerana semua agama mengharamkan arak..
Hasil carian imej untuk bahaya arak kencing syaitan

KL: Weblog Ibnu Hasyim hari ini, menyokong saranan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) supaya kerajaan PH mengharamkan segera jualan arak yang menjadi punca kematian 19 individu akibat keracunan alkohol di lembah Klang. 

Saranan CAP itu meminta kerajaan mengharamkan serta merta jenama minuman keras terbabit daripada terus dijual dan Weblog Ibnu Hasyim menyokongnya. 


Imej yang berkaitan
Imej yang berkaitan