Wednesday, September 19, 2018

Labur RM1Ribu, Dapat RM1Juta. Amy Search Sedia Bantu Tangkap Penipu.


HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Amy Search, berasakan dirinya bertanggungjawab untuk menyebarkan maklumat mengenai pencarian seorang wanita yang dipercayai terbabit dengan aktiviti penipuan wang.
Amy mendakwa, wanita berkenaan menipu mangsa yang kebanyakannya terdiri daripada kalangan penduduk luar bandar, selain beberapa rakannya sendiri, dengan mewujudkan skim pelaburan palsu.
"Dia dan rakannya mengadakan skim penipuan, kononnya dengan pelaburan RM1,000 boleh mendapat pulangan RM1 juta. Beberapa kawan saya sudah terkena.
“Mereka kini terus menjalankan aktiviti penipuan berkenaan di kampung. Wanita ini ternyata sangat licik. Dia pandai menggunakan dokumen dan segala surat menyurat untuk menampakkan pelaburan itu benar-benar wujud.
"Saya juga pernah terkena dengan penipuan lebih kurang sama, sebelum ini. Jadi, menjadi tanggungjawab saya untuk menyebarkan perkara ini agar penipuan dapat dihentikan dan wanita itu segera ditangkap," katanya kepada BH Online.
Baru-baru ini, Amy, 60, menerusi Instagram Story mendedahkan wajah wanita terbabit yang dipercayai terbabit dengan aktiviti penipuan wang. Penyanyi itu turut berharap agar wanita terbabit segera ditangkap.
Sementara itu, Amy meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan pelbagai bentuk penipuan, terutamanya berkaitan pelaburan wang yang menjanjikan keuntungan besar.
"Sejak dulu lagi memang sudah wujud skim penipuan wang, cuma konsepnya sahaja berbeza. Ingatlah, kalau ada orang yang datang dengan tawaran pulangan wang yang lumayan, jangan percaya!
"Lebih baik buat pelaburan bersama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Walaupun pulangannya tidak sebesar apa dijanjikan oleh skim penipuan, tetapi ia terjamin.
"Sama juga dengan pelaburan emas. Jangan kita membeli sesuatu begitu sahaja daripada sebarangan pihak. Pergilah ke saluran yang betul. Ada beberapa bank yang menawarkan pelaburan emas,” katanya. (BH)
Hasil carian imej untuk Amy Search

20 comments:

Anonymous said...

Ekeeehhh.......admin......lupa ke??? kaitkan dengan Matdey or PH!!!!! Mana??????

Hari ni tiada gaji untuk kamu ya!

Anonymous said...

By WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI@http://wrlr.blogspot.com/2018/09/terbaik-mesti-baca-menjawab-hujah.html

Wednesday, September 19, 2018
TERBAIK. MESTI BACA: MENJAWAB HUJAH TONTOWI TENTANG ANWAR DI MUKTAMAR PAS


ORANG TAK UNGKIT KISAH KITA PUN DAH TERBAIK....JAGALAH HARAKAH SUPAYA DAPAT MEMBANTU PARTI.

Hakikatnya, Anwar secara peribadi telah lama diserang oleh Pas semenjak ketiadaan Almarhum Tok Guru Nik Aziz lagi. Anwar sentiasa diserang oleh Pas sejak Anwar di dalam penjara lagi setelah Pas putus hubungan dengan Pakatan Rakyat dan Keadilan lagi. Waktu itu Anwar tidak boleh menjawab serangan Pas kerana beliau di dalam penjara. Pas serang Anwar lebih awal lagi.

Semua tahu, walaupun Pas sering menyerang Anwar waktu Anwar di dalam penjara, namun Anwar sentiasa berkata kepada parti Keadilan dan PH yang baru ditubuhkan waktu itu agar jika boleh berundinglah dengan baik bersama Pas, pujuklah Pas agar bersama PH untuk menentang Umno/Bn di dalam PRU14. Anwar di antara sebab-sebab yang menjadikan Keadilan kelihatan terlalu berlembut dengan Pas di kala rakan-rakan lain . Dap dan Amanah lebih awal tidak lagi melayan Pas. Anwar cuba memujuk beberapa pimpinan Keadilan agar berusaha memujuk Pas agar bersama di dalam PH. Pas dijemput hadir sewaktu rundingan meja bulat bagi penubuhan PH.

Tapi, apa reaksi Pas? Pas tetap ego dan sombong. Mereka tidak hadir di dalam rundingan meja bulat tersebut. Pas kata, Pas kuat bersendirian. Bahkan, Pas mengejek-ejek Keadilan kononnya Keadilan masih harapkan Pas disebabkan Keadilan tiada jentera dan Pas memiliki jentera yang kuat. Pas dengan angkuh dan sombong ingin tawan Selangor negeri yang diperintah oleh Keadilan. Lebih dari itu, Pas ingin menunjukkan kekuatannya apabila melancarkan jentera Pas di Permatang Pauh, kubu Anwar lebih awal kononnya ingin menggertak Keadilan. Siapa sebenarnya sombong?

Anonymous said...

Anwar tak tahu najib telah beli lobai pas...

Anonymous said...

Pas putus Tahalluf Siyasi dengan Keadilan. Waktu itu, Keadilan akur dengan takdir kesombongan parti lebai ini. Itu pun, Azmin selaku MB Selangor masih menternak beberapa Exco Pas yang berkulit tebal yang tidak mahu melepaskan Kerusi Exco Selangor walaupun Tahalluf Siyasi sudah diputus. Tahalluf Siyasi diputuskan, namun kuasa dan jawatan dan gaji dan elaun lumayan exco pas tidak terputus. Para exco Pas enggan meletak jawatan.

Akhirnya di dalam PRU14, PH bertembung dengan Umno/Bn dan sekutunya Pas. Apabila PH menang di Putrajaya dan menawan kesemua negeri di Semenanjung, kecuali Kelantan, Tganu, Pahang dan Perlis, maka bagi PH negeri-negeri tersebut adalah Pembangkang. Sebagai kerajaan, tentulah kita mahu merampas negeri-negeri tersebut pada PRU15 akan datang. Jadi, salahkah Anwar menyatakan PH akan berusaha menawan Kelantan, Tganu, Pahang dan Perlis? Adakah itu dianggap serangan kepada Pas secara peribadi?

=======================================

Pas Parti Ajaran Sesat, hanya orang JAHIL menyertainya = hamPas. Tok Pa @ YB Datuk Mustaffa Mohamad UMNO sanggup keluar UMNO sebab nak UG dengan Pas hamPas. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH.......................

Anonymous said...

Fakta dan rekod boleh dilihat bahawa Pas mula mendapat nama dan melahirkan ramai Wakil-wakil Rakyat samada di Parlimen atau Dun hanya selepas 1998. Samada mahu akui atau malu mengakui, faktanya jelas bahawa pengaruh Anwar bayak mainkan peranan menaikkan imej Pas. Sebab itu saya kata Arwah Us Fadzil dan Arwah Tok Guru Nik Aziz memang politikus yang bijak dan pintar tidak seperti Hadi Awang sekarang yang tergila-gila untuk bersama Umno yang terkenal sebagai pewaris kerajaan Kleptokrasi.

Pas = hamPas!!! selepas pemergian alMarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat!

Anonymous said...

Ertinya, Anwar membalas jasa-jasa Arwah Us Fadzil Noor dengan membantu Pas maju dan hebat . Tidak perlu Tontowi mengungkit-ungkit jasa Almarhum Us Fadzil Noor yang anak Almarhum sendiri pun menolak Pas. Tontowi muncul di dalam Pas pun sewaktu Pas tengah kuat dan tidak seperti Mat Sabu, Mahfuz Omar, Salahudin Ayob dan beberapa pimpinan Amanah yang dulunya berjuang sewaktu Pas tidak dikenali ramai masyarakat.

ted manoff said...

Amy Search, jaga2 perangkap PAS. Dah pakai serban PAS nampak?

Anonymous said...

Cukup-cukup lah dendam dan sakit hati kamu wahai Tontowi terhadap Anwar. Dulu kamu menang di Temerloh pun, Anwar turun bantu kamu di situ walaupun Keadilan tidak bertanding di Parlimen Temerloh. Kaum Cina Dun Mentakab yang memenangkan kamu di Temerloh itu adalah kerana pengaruh Anwar yang berkempen di situ. Oleh kerana kamu sedar itu, sebab itulah kamu lari ke Indera Mahkota pada PRU14 baru-baru ini dan kalah dengan teruknya di situ! Itulah realiti, orang yang tiada nilai, lelong di mana pun tiada harga juga, tidak laku!
WFAUZDIN NS

ted manoff said...

Porahhh..perangaii mcm nasaruddin al pornowi..mesti kerja tuan ibnu klon2 nii..

Anonymous said...

ted manoff, kamu diam2 you minat Tontowi ke?

Heeeeeeeeeeeeeeeeeeee

ted manoff said...

Lu siapa tak berani tunuk diri? penakut.

Anonymous said...


Isteri exPM Najib bakal hadapi 20 pertuduhan berkaitan AMLA-PENGUBAHAN WANG HARAM

Pertuduhan terhadap Rosmah dikatakan hanya menunggu pasukan penyiasat melengkapkan siasatan mereka.

Kedua-duanya, Najib dan Rosmah sebelum ini telah dipanggil memberi keterangan kepada SPRM secara berasingan.

Bermakna, jika Rosmah turut didakwa, satu lagi sejarah akan tercipta di mana beliau akan menjadi isteri bekas Perdana Menteri yang pertama didakwa di mahkamah MALAYSIA.

=================================

MALAYSIA BARU - SAYANGI MALAYSIA - MERDEKA!!!
LONG LIVES MAHATHIR MOHAMMAD
HIDUP ANWAR IBRAHIM

Anonymous said...

Pelaksanaan Menifesto PH yg terhebat ditunggu tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia yang masih terbeban kerana GST berpunca dari SKANDAL 1MDB!

SYABAS TUN M DAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN PH

Anonymous said...


Reaksi HUSAM MUSA ISU TOK PA

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Kelantan Husam Musa menyifatkan tindakan ahli Parlimen Jeli dan Adun Air Lanas Mustapa Mohamed meninggalkan Umno sebagai langkah semula jadi yang tepat bagi pemimpin yang waras.

=================================

HUKUM KARMA TERUS MELANDA PAS DAN UNMO AKIBAT DURHAKA KEPADA IBU KANDUNG!

Anonymous said...

Tuan Ibnuhashim,

Husam Musa dah jadi senator tu, jaga pembangunan ekonomi negeri2 pantai timur lagi, negendeng ngendeng lah kat dia lagi, macam kau buat dulu tu la, untong2 dpt tebus blog kau yg dah tegadai dgn maruah2 kau sekali nih!

Anonymous said...

Umno itu parti yang telah mereput sejak sekian lama. Malah Tun M menyatakan bahawa Umno telah rosak dan busuk. Buruk macam ikan busuk di kepala, busuk macam busuknya 'SHIT' di dalam usus.

Pemilihan Umno yang berlangsung selepas PRU14 baru-baru ini sepatutnya menyedarkan ahli Umno supaya membuat pembaharuan secara total. Namun pemimpin-pemimpin lama yang penuh kotroversi seperti Zahid, Mat Hassan, Ismail Sabri dan lain-lain masih terpilih memimpin Umno. Ini menyebabkan Umno dilihat masih kotor dan busuk.

Hari ini Tok Pa mengisytiharkan keluar Umno. Pengumuman ini mengundang kritikan KJ terhadap pemimpin Umno iaitu Zahid Hamidi.

KJ berkata kerjasama yang dihulurkan parti itu dengan PAS menyebabkan Umno kini 'kehilangan sinarnya'.
"Saya telah bersuara dalam mengingatkan parti saya terhadap pakatan dengan PAS. Dan saya menanggung serangan dari dalam.
"Sekarang, kita telah kehilangan sinar utama parti kita. Seorang pemimipin yang pintar dan baik. Ini semua salah kamu, Mr Presiden," katanya di Twitter hari ini susulan pengumuman Mustapa.
Mustapa, yang mendapat undi terbesar dalam pemilihan majlis tertinggi Umno mengumumkan peletakan jawatannya malam ini.
Dalam pengumumannya, beliau percaya hala tuju yang diambil Umno pada masa ini tidak lagi selari dengan prinsip politik yang menjadi pegangannya selama ini dan tidak banyak usaha untuk melakukan proses rejuvenasi parti itu.

Anonymous said...

pelaburan ni samalah dgn Skim Cepat Kaya walaun... undi pas masuk syurga.. senang ajekan.. mcm kepala bapak walaun punya syurga tu

Anonymous said...


Ahli PAS di seru melabur untuk mengisi tabung parti, tabung harakah dan tabung saman Sarawak Report...

Jika 50,000 ahli yang melabur, PAS dapat berjuta-juta ringgit !

Anonymous said...

permusuhan dn dendam hj hadi pd anwar semata2 kerana ketokohan dn ilmu anwar dlm mntadbir dn agama serta pengaruh anwar pd dunia islam dn barat.

jauh nk banding dgn hj hadi yg hnya kawan dgn syiah iran kt dunia ni. dgn presiden pertubuhn ulamak dunia pun hadi dh tunjuk permusuhan.

maka ianya dipjgkn oleh pemimpin pas lain. tontowi sgtlah sampah yg tak layak lngsung komen pasal anwar.

Anonymous said...

mari walaun kita melabur dlm tabung bantuan kenderaan mewah imam2 walaun. sebb masih ramai pemimpin walaun yg blum ada keta mewah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails