Tuesday, September 18, 2018

DAP Pun Selalu Ambil Kesempatan Kata Nazri


Tidak ada masalah untuk mengambil kesempatan dalam politik dan ini juga sesuatu yang diamalkan oleh DAP, kata Ahli Parlimen Padang Renggas, Datuk Seri Nazri Aziz.

"Mengambil kesempatan adalah sesuatu yang boleh diterima, DAP juga oportunis bila bekerja dengan seseorang yang tidak pernah mereka lakukan sebelum ini," kata Nazri kepada Malaysiakini. 

Beliau merujuk kerjasama parti itu dengan seteru politiknya yang berdekad lama iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.  Nazri mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh yang mendakwa beliau mengambil kesempatan apabila menawarkan dirinya untuk berkempen bagi bakal Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil (PKR) di Port Dickson. 

Nazri berkata kenyataan pemimpin DAP itu bahawa sokongan Anwar akan terhakis jika beliau menerima tawaran bekas menteri Umno itu untuk berkempen membantu PKR adalah "semata-mata pendapat" peribadinya.  Katanya, Ramkarpal tidak seharusnya panik kerana dirinya juga sanggup bekerjasama dengan DAP. 

"Kita boleh bekerjasama, saya tidak mengecualikan DAP, saya sentiasa rapat dengan DAP," katanya. 

Nazri adalah teman rapat kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika beliau adalah menteri pelancongan dan Lim pula adalah ketua menteri Pulau Pinang.  Nazri bagaimanapun berkata beliau "tidak akan" meninggalkan Umno. 

Beliau juga tidak melihat alasan mengapa tawarannya untuk berkempen membantu Anwar akan menyaksikan dirinya dikenakan tindakan disiplin, memandangkan Umno juga bekerjasama dengan PAS tanpa membawa perkara itu ke perhimpunan agung parti. 

"Jika mereka mahu mengambil tindakan terhadap saya, mereka harus bertindak ke atas parti terlebih dahulu," katanya. 

Nazri semalam memberitahu Malaysiakini bahawa kerjasama Umno dengan PKR akan menyaksikan parti itu kembali menyertai kerajaan dengan lebih cepat. 

Pada Rabu lalu, Danyal Balagopal Abdullah PKR mengumumkan bahawa beliau akan mengosongkan kerusi Port Dickson untuk membuka laluan kepada Anwar untung bertanding pada pilihan raya itu dan kembali ke Parlimen.

MINDARAKYAT

1 comment:

Puaka Rimba said...

Bukan lah satu kesalahan jenayah kepada sesiapa pun rakyat malaysia yg berimiginasi sambil beronani. Agaknya sekarang ni kalau Abang Non kentut, berebut Lobai dengan Siak kampung nak hidu kentut Abang Non. Ambil berkat.......Hehehekikikihahahakahkahkah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails