Monday, September 17, 2018

Belah 2 M/Aqsa, Bermula Lahirnya Anak Lembu Betina Merah. PH..?



BAITULMAQDIS, 6 Muharram 1439H, Ahad – Tatkala Yahudi heboh memperkatakan mengenai kelahiran seekor anak lembu betina berwarna merah di wilayah Israel setelah 2,000 tahun, Pihak Berkuasa Palestin (PA) memberi amaran rejim Zionis merancang membahagi dua Masjid Al-Aqsa.
Sebahagian bagi umat Islam beribadat dan sebahagian yang lain untuk Yahudi, kata Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, hari ini.
Bercakap pada pembukaan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), beliau berkata, sudah ada tanda dan bukti di mana rejim pengganas Israel akan bertindak demikian.
Rejim Zionis itu juga merancang bertindak demikian di Masjid Ibrahimi di Hebron, katanya.
“Setakat yang diketahui, kita sedang berbincang dan mendapatkan pandangan saudara kita di Jordan, bagi mencapai persetujuan bersama-sama membawa kes ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ),” katanya.
Jordan adalah penjaga masjid yang terletak di timur Baitulmaqdis itu, turut menyalurkan dana kepada Jabatan Wakaf iaitu pihak yang mengurus dan mentadbir Masjid Al-Aqsa.
Masjid Al-Aqsa menjadi titik perbalahan dan ketegangan antara rakyat Palestin dan Israel. Yahudi mendakwa Masjidil Aqsa terletak di atas bukit yang menjadi tapak suci mereka iaitu kuil pertama dan kedua.
Rakyat Palestin telah lama bimbang mungkin suatu hari nanti Israel akan berusaha untuk mengenakan kawalan penuh ke atas tapak suci itu.
Walaupun ditadbir Jordan, Masjid Al-Aqsa kekal di bawah kawalan ketat pasukan keselamatan rejim pengganas Israel, yang secara rutin menyekat kemasukan ke masjid berkenaan.
Julai lalu, askar rejim Zionis menggempur pekarangan masjid berkenaan dan melepaskan tembakan peluru hidup ke arah umat Islam yang beribadat di situ.
Orang Yahudi dilarang memasuki pekarangan masjid berkenaan, tetapi pasukan keselamatan Israel biasanya membenarkan ratusan pendatang Yahudi memasukinya.
Ekstremis Yahudi seperti Temple Mount Faithful dan Temple Institute, yang mendapat dana daripada kerajaan rejim Israel, kerap menyuarakan matlamat mereka untuk membina kuil ketiga di kawasan itu dan meruntuhkan Masjid Al-Aqsa.
Malah, kelahiran anak lembu merah yang heboh diperkatakan – kelahiran pertama selepas 2,000 tahun – dijadikan ramalan bahawa dunia sudah hampir kiamat, Dajjal akan muncul, dan pembinaan kuil ketiga di atas runtuhan Masjid Al-Aqsa mesti dipercepatkan.
Bagaimanapun, Temple Institute berkata, mereka akan memeriksa sama ada warna anak lembu itu keseluruhannya merah.
Kumpulan fundamentalis Yahudi percaya jika anak lembu itu didapati bebas daripada sebarang kecacatan dan keseluruhannya berwarna merah, Temple Institute akan mengisytiharkan anak lembu betina itu akan mengembalikan kesucian dan kegemilangan Yahudi di dunia.
Dalam Bible yang digunakan sesetengah penganut Kristian dan Yahudi, anak lembu merah itu berada di tengah-tengah ramalan mengenai Hari Kiamat.
Selepas mengorbankan lembu merah itu, ramalan berkenaan menyatakan pembinaan kuil ketiga boleh dimulakan di Baitulmaqdis.
Pembinaan kuil ketiga di Bukit Moriah (nama yang disebut dalam Book of Genesis) adalah matlamat yang hendak dicapai oleh Temple Institute dan beberapa kumpulan di seluruh dunia, supaya ramalan itu menjadi kenyataan.
Pengarah Antarabangsa Temple Institute, Chain Richman berkata, masanya sudah tiba untuk pembinaan kuil ketiga berikutan kelahiran anak lembu betina merah itu. – Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mungkin kisah inilah yang menyebabkan PH pimpinanan baru Malaysia takaut-takut  untuk menyokong penuh perjuangan rakyat Palestin?

14 comments:

ted manoff said...

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mungkin kisah inilah yang menyebabkan PH pimpinanan baru Malaysia takaut-takut untuk menyokong penuh perjuangan rakyat Palestin?

Kahkahkahh.mandai2 jerr tuan ibnu reka2 crita..dasar malaysia tetap sama seperti dulu..hanya pas jerr yg takut2 nk sokong pasal dh dpt dana dari yahudi utk hadapi pru..


Kajian antarabangsa menunjukkn org arab paling malas didunia..MENGAPA?..

Anonymous said...

Tal dak alasan. bodoh! PH teruk daripada UMNO lagi dalam membela Palertin. Kajian pon bodoh!

Ha ha ha

Anonymous said...

firasat ana, anon9:00 AM ni lah `lembu merah` tu yg akan dikorbankan bila tiba masanya!

cik siti said...

Unta padang pasir lebih rajin dari org pas.unta padang pasir pun tidak suka arab.pemalas.

I said...

Maaf...ada info dlm al quran mengenai anak lembu ini ke....saya jahil tentang ini.....

Anonymous said...

Oi, kalau dah jahil tak payah komen la ,bodoh!
Bukan lu sorang, semua puak lu jahilagama. Anti Islam, babi tunggang lebai kulup.
Bodoh macam madey, jadi mamak lanca balaci kit siang. lihat gambar..

Ha ha ha.

Anonymous said...

Kahkahkah. Dlm ph ada wakil yahudi yg nyata iaitu dap. Dan ada anak didik dap iaitu pan. Jadi kombinasi dua parti ini penyambung dasar israel kat malaysia. Menteri pertahan mat sabun pun dah arah tarik balik tentera malaysia dari bertugas kat a saudi. Mat sabun juga adalah tentera syiah versi melayu. Jadi komplete ph dengan malaysia baru adalah kuman yg merosakkan malaysia.

Anonymous said...

jahat incik ibnu hashim.
kerana nak ramai org baca blog si ibnu sanggup buat fitnah.

Ibnu hasyim said...

Fitnah musuh islam wajib kata hadi,tiada salahnya.

Anonymous said...

ooo tkmungkin tn anon 9.43.

sebb anon 9.00 adalah lembu merah yg cacat akalnya.. hnya utk disembelih ambil kulit buat kasut saja.

Anonymous said...

anon 11.02.. klu tktau jwb sebb lu pun jahil sama.

u un bodoh mcm hadi dn lembu2 dlm pas. klu pndai dh tentu menang pru.. mana lu punya malekat tk bantu semua pru dn prk.

lu puak minum je air perahan serbsn busuk walaun utk terangkn sikit hati tu.

bangang punya walaun

Anonymous said...

wahh nas dpd fatwa hadi ye kau pakai. hadi jg fatwa syiah mazhab dlm islam. sgt sesat walaun ni taksub dgn ayatolol hadi alwalauun..ta.

Anonymous said...

so marilah kita bykkn fitnah pd pas walaun dn hadi. nnti kita dpt byk pahala sbb hadi musuh islam syiah khawarij takfiri dn penunggang agama.

hadi dh mula serap ajaran syiah yg mnghalalkn apa saja terhadap musuh.

bg syiah buatla apa saja kt musuh semua halal. akidah syiah mesti taksub kt imam...yg lain setel.

hafi ajar mcm tulah. taksub apa saja fatwa hadi..maki hamun lucah fitnah bohong lancau semua hadi halalkn pd musuh.

sesatlah para walaun bersama hadi dunia akhirat. antara ajaran nabi saw dn hadi maka hadi lbh utama.

ibnu bg satu nas nabi saw halalkn fitnah pd musuh?

yg bodohnya fitnah yg laknat walaun reka semua tk kena dn mkn diri semula. dn kita dh sedar apa saja walaun tulis adalah fitnah sebb halal bg walaun. tu sbb buat fitnah syiah bantu ph menang pru.

mulai hari ini yakinlah apa saja yg pas tuduh ph adalah fitnah semata2 yg dihalalkn oleh guru sesat mereka ayatolol hadi a wang.

Anonymous said...

info anak lembu kena tnya lembu2 walaun yg diternak hadi.

pasal lembu merah kali ke2 di akhizmn mungkin dlm kitab yahudi atau ditulis oleh rabai2 mereka. kita xpatut percaya.

lembu merah dulu zaman nabi musa ada disebut dlm Quran.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails