Sunday, September 16, 2018

9 Usul Diterima Muktamar PAS Ke 64.




K/TENGGANU: Sebanyak sembilan usul telah diterima oleh perwakilan dalam Muktamar PAS Pusat Ke-64 dengan tiganya diterima sebulat suara dan enam lagi diterima tanpa bahas.
Usul pertama diterima ialah usul antarabangsa iaitu solidariti Baitul Maqdis dibawakan oleh Jawatankuasa PAS Pusat di mana menyatakan mengenai adanya tangan-tangan yang gigih mencetuskan situasi peperangan secara proksi.
Usul dibentangkan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor tersebut juga menyebut bahawa pihak berkenaan mengambil peluang daripada pemerintahan kuku besi serta zalim di negeri-negeri yang menindas itu.
Maka usul tersebut mengajak seluruh rakyat Malaysia bersolidariti bagi mengembalikan dan memperjuangkan Baitul Maqqdis dan memperhebat usaha boikot, lupus dan sekat terhadap Zionis-Israel.
Daripada PAS Kawasan Kota Raja dan Lenggong pula, usul politik bagi memastikan peranan berkesan PAS dalam gerakan pembangkang di mana hala tuju bagi kepentingan Islam dan rakyat Malaysia dibacakan oleh Yang Dipertua PAS Kota Raja, Mohamed Diah Baharun.
Usul ketiga yang dibentangkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat, melalui wakilnya Ustaz Zulkifli Ismail iaitu berkaitan bantahan Unified Examinations Certificate (UEC) yang dikatakan sebagai tidak menggunakan sukatan pelajaran Malaysia secara menyeluruh.

Manakala enam usul yang telah diterima tanpa bahas oleh perwakilan kali ini ialah, mempertahankan akidah dan kedudukan Islam di dalam negara oleh Dewan Ulamak PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Juga usul penubuhan ‘Task Force’ PAS untuk Malaysia Timur diusulkan oleh PAS Kawasan Labuan, dan usul memantapkan Dewan Himpunan Penyokong PAS daripada Dewan Muslimat PAS Malaysia.
Manakala usul pengiktirafan untuk sekolah agama dibawa oleh PAS Kawasan Lenggong dan usul mengukuhkan Gagasan Sejahtera dan usul kesatuan umat daripada Dewan Pemuda PAS Malaysia. - 16/9/2018

6 comments:

ted manoff said...

Tambah sikit lagii tuan ibnu..usul ke 10 adalah meminta para isteri2 membenarkn suami@walaun tambah cawangan@kahwin 6..mokhtar senik berpesan agar usul nii diluluskan segera..kikiki..

Anonymous said...

kerjaang paktan maseh niaga lagi ka ngan yahudi

Syed Alwi Aljufri said...

Pas yang sebenar-benarnya tali barut Yahudi laknatullah

Anonymous said...

Saudara Shafiek, jika saudara tidak tahu atau sememang blank terus, janganlah seenaknya cakap macam orang mabuk todi, main hentam keromo saja. Kalau dah memang tak tau, cakap saja tak tau. Janganlah nak memandai-mandai buat komen bodoh. Dah lama duduk Malaysia pun masih tak mengenali Parti PAS. Kurangkanlah komen Syok Sendiri saudara tu............

bunbinban said...

Semua org kenal parti PAS. Parti yg xde kerja lain dok maki hamun, kafirkan org yg bkn ahli dia, yg promosikan jadi ahli kompem masuk syurga, setakat jadi penyokong tapi bkn ahli maka ke neraka lah anda. Kalau bkn ahli dan bkn juga penyokong maka ke neraka jahanam lah anda. Kena jadi ahli dan hafal no ahli bila tiba di Padang Masyar. X perlu Syafaat Nabi kot. Tanya ustaz taliban utk pencerahan. Tabik tabik...kahkahkah...musang ke anjing?

Anonymous said...

Itu ajalah yg mmpu ahli PAS buat. Satu usul. Dua usul. Tiga usul. Empat usul. Lima usul. Dh lebih 60 tahun . Brapa juta usul yg dh jadi nyata yeaaaa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails