Saturday, April 21, 2018

Tak Sanggup Jadi Pendusta Untuk Kekal Calon – Dr Tan Seng Giaw




AIDCNews -20/04/18 –Ahli Parlimen Kepong selama lapan penggal Dr Tan Seng Giaw berkata beliau tidak sanggup menjadi pendusta dengan memutarbelitkan kebenaran semata-mata untuk kekal menjadi calon DAP dalam pilihan raya umum (PRU).
Misalnya dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), beliau berkata hasil siasatan mendapati Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak bersalah walaupun ia bertentangan dengan kehendak partinya sendiri.
Dr Tan berkata beliau tidak sanggup melawan kedaulatan undang-undang, sanggup menjadi pendusta dengan menjadi sumber penyebar berita palsu serta menolak kebenaran semata-mata untuk menjatuhkan musuh politik partinya.
“Adakah anda mahu revolusi di Malaysia? Saya tidak mahu. Saya tidak fikir anda mahu revolusi di Malaysia berlaku. Kerana anda tidak mahu revolusi, maka anda perlu mempunyai perjuangan yang damai, yang kita panggil ‘perjuangan perlembagaan’ melalui aturan undang-undang.
“Dalam kedaulatan undang-undang, seseorang itu tidak bersalah sehingga dia terbukti sedemikian oleh pengadilan hukum.
“Apabila laporan Ketua Audit Negara keluar, saya membacanya berkali-kali.
“Laporan itu disimpan di bawah OSA. Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB membuat banyak kesilapan. Kami telah meminta siasatan lanjut untuk mengetahui kebenarannya. Tetapi untuk menyabitkannya dengan orang lain dan mengatakan seseorang itu bersalah, anda tidak boleh berbuat demikian.
“Dalam kedaulatan undang-undang, anda perlu mengeluarkan bukti, maka kita akan tahu kebenarannya,”katanya ketika ditermubual Fernando Fong dari NST.
Beliau turut mengesahkan pendiriannya berkaitan dengan isu IMDB yang tidak sealiran dengan kehendak DAP merupakan salah satu sebab beliau tidak dicalonkan semula dalam PRU.
“Saya telah mendengar perkara ini di media sosial, khususnya daripada orang Mahathir, Matthias Chang.
“Pada masa ini, ramai yang memanggil saya sebagai ‘running dog’, seorang pengkhianat dan juga menghina keturunan bangsa saya.
“Orang-orang Kepong boleh membaca komen-komen ini di media sosial dan mereka boleh menilai sendiri.
“Masa akan menentukan siapa yang bercakap benar,”katanya.Dikir Marilah Undi Bule

1 comment:

Anonymous said...


Orang-orang yang berani bercakap benar tidak dibenarkan menjadi pemimpin dalam parti kafir harbi roket kerana :

1. mereka boleh mengancam status dinasti lim gonna end yang menjadi diktator roket.

2. mereka berani menentang dan mendedahkan pembohongan dan salah laku pucuk pimpinan roket.

Sebilangan ahli dan pemimpin telah keluar dari parti perkauman roket membuktikan parti roket sedang mengalami masalah dan konflik dalaman dan krisis kepercayaan yang serius.

Ini bererti parti roket dan khadam pakatan meloya akan kalah dalam PRU.

Kebenaran ditolak dan kepalsuan diterima pakai oleh sifu evangelis roket dan khadam pakatan wayangnya terbukti apabila mereka menentang AUU anti- berita palsu kerana fitnah adalah senjata pakatan meloya untuk memfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS dll.

Oleh sebab itu, kita tidak merasa hairan melihat balaci pakatan dan roket sibuk menjaja fitnah untuk menghasut orang ramai membenci parti Islam PAS pimpinan ulama Islam kerana sifu evangelis roket dan khadam-khadam dan balaci-balacinya menentang, membenci dan menghina ajaran Islam.

Wahai umat Islam, marilah kita semua bersatu padu menyokong dan memgundi parti Islam PAS dalam PRU14 untuk membela agama Islam dan hak umat Islam yang sedang diancam oleh puak munafik sekular liberal dan kafir harbi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails