Tuesday, April 17, 2018

Kepada Pengundi PRU14: Surat Dari Presiden PAS.



1. SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari mengundi awal pada 5 Mei 2018 dan hari mengundi pada 9 Mei 2018. Mengundi adalah kewajipan bagi rakyat Malaysia yang menjadi salah satu urusan agama dalam Islam. 

Tanggungjawab memilih pemimpin dapat dilihat melalui Peristiwa Thaqifah Bani Saidah apabila para sahabat meninggalkan majlis pengebumian jasad Rasulullah S.A.W semata-mata menghadiri perhimpunan memilih khalifah.

2. Islam menggariskan dalam Al-Quran tentang sifat-sifat seorang pemimpin iaitu Al-Qawiy (kompetensi) dan Al-Amin (amanah). Namun, masalah utama negara kita berdepan dengan pemimpin rasuah. Perkara ini didedahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa 71 orang pemimpin Barisan Nasional (BN) disiasat oleh SPRM dan 21 orang daripada Pakatan Harapan (PH3. Alhamdulillah PAS kosong, tiada seorang pun disiasat atas salah laku rasuah walaupun PAS memerintah Kelantan, Terengganu dan Kedah dalam keadaan disekat peruntukan oleh Kerajaan Pusat. PAS pernah juga menyertai kerajaan yang dipimpin DAP di Pulau Pinang dan PKR di Selangor serta mengetuai Kerajaan Perak. Terbukti betapa bersihnya pemimpin PAS.

4. Inilah tawaran PAS kepada rakyat yang tidak mampu ditunaikan oleh parti politik lain kerana PAS berdasarkan kepada aqidah Islam, tidak memisahkan politik dan agama, dan percaya kepada Hari Akhirat yang ada perkiraan dosa pahala. 

Sebenarnya masih banyak perkara yang boleh diberikan peluang kepada PAS untuk menjadi bukti bahawa Islam boleh menyelesaikan masalah yang telah gagal diurus oleh semua ideologi dan teori ciptaan manusia, jika PAS diberi lebih kebebasan berkuasa.

5. Malaysia bukan negara tiada hasil tetapi masalahnya banyak kebocoran dan ketirisan sehingga rakyat terpaksa menanggung bebanan seperti kenaikan kos sara hidup, pelaksanaan GST dan pengangguran.

6. Di Malaysia, Melayu adalah kaum dominan. Maka kepimpinan utama negara semestinya dilantik daripada kaum bumiputera Melayu Islam yang beriman, budiman dan adil untuk semua, bersama kaum bukan Islam juga dilantik sebagai menteri kabinet atau exco kerajaan negeri.

7. Rakyat perlu menolak parti-parti yang cauvinis dan oportunis yang tidak menghormati Islam sebagai agama persekutuan sehingga berani menentang PAS dalam segala usahanya bagi melaksanakan Islam, walaupun dalam perkara yang tidak ada kaitan dengan penganut bukan Islam. Mereka juga mengambil kalangan penganut Islam yang sanggup menjadi topeng atau bersedia diperalatkan. Umat Islam tidak sepatutnya dipermainkan sehingga dinafikan hak mengamalkan ajaran Islam seluruhnya, sedangkan penganut agama lain berhak beramal agama mereka dengan bebas.

8. PAS tidak boleh bersama BN mahupun PH dalam PRU 14. Kalau masuk BN seumpama memikul biawak hidup kerana PAS pernah menyertainya dahulu. Sekarang BN memerintah negara dengan bebanan masalah dan penyakit, serta masih ada halangan terhadap dasar dan matlamat PAS. PAS tidak boleh bersama kerajaan yang dituduh sehinggalah dibuktikan bersih atau bersalah.

9. PAS tidak boleh menyertai PH kerana bercanggah dengan dasar dan konsepnya. Di dalamnya ada parti dan pemimpin yang terus menerus menentang Islam secara terbuka, bersembunyi atau oportunis. DAP berani mencampuri perkara berkaitan Islam seperti RUU 355 yang tiada kaitan pun dengan kalangan bukan Islam. Di dalamnya juga ada para pemimpin yang dahulu bersekongkol dengan punca masalah negara dan dikenakan tuduhan sama bertali arus.

10. Selain itu, memandangkan tarikh pengundian pada hari Rabu, semua pengundi khususnya di perantauan semestinya berusaha untuk balik mengundi walaupun menghadapi pelbagai halangan, ujian dan kesukaran kerana tiada lagi tanggungjawab paling penting sebagai seorang rakyat melainkan menentukan kepimpinan negara.

11. Akhir sekali, saya menyeru dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, kaum dan bangsa supaya memberi peluang kepada PAS berkuasa dan memerintah dengan tawaran penyelesaian Islam yang adil untuk semua bagi mewujudkan keharmonian, keamanan dan kesejahteraan kepada rakyat dan negara. PAS akan mengemukakan pelbagai latarbelakang calon yang berkaliber dan bersih rasuah untuk memimpin dan mentadbir negeri dan negara.

Sekian, terima kasih. “Sejahtera Bersama Islam
DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 27 Rejab 1439 / 13 April 2018 - HARAKAHDAILY 13/4/2018

559686_505894539456840_1348145350_n

Lihat..










5 comments:

Anonymous said...

http://v2.ismaweb.net/2016/06/haram-umat-islam-bersekongkol-dengan-dap-mufti-pahang/

Haram umat Islam bersekongkol dengan DAP: Mufti Pahang

KUALA LUMPUR, Jumaat – Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan bahawa adalah haram dan berdosa kepada mana-mana umat Islam yang menjalinkan kerjasama dan bersekongkol dengan parti rasis dan cauvinis DAP.

Ini kerana katanya, DAP dengan jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan sebuah negara sekular.

Jadi mereka dalam parti rasis itu adalah tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam.

Beliau berkata, politik kebencian yang diamalkan oleh DAP jika dijalankan secara berterusan dibimbangi boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara.

“Kita dapat lihat DAP begitu menentang pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016. Prinsip mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama d­ngan mereka.

“Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam untuk berbaik-baik dengan golongan bukan Islam. Namun jika mereka yang mahu menentang Islam, kita wajib memeranginya,” katanya memetik Utusan.

Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup menggadaikan prinsipnya sendiri apabila bersekongkol dengan DAP yang nyata menjadi musuh Islam.

Haron menyifatkan tindakan Dr Mahathir mencabuli prinsip yang dipegangnya selama ini akan mengundang banyak perkara negatif.

Justeru, Abdul Rahman meminta Tun Mahathir untuk segera meninggalkan DAP dan kembali ke landasan yang benar apatah lagi tindakan beliau menjurus kepada usaha untuk menjatuhkan sebuah negara Islam.

“PAS dahulu buat kesilapan dengan bersekongkol dengan DAP sebelum mereka menyedari bahawa parti berkenaan memusuhi Islam. Saya harap Tun Mahathir perbanyakkan istighfar dan hentikan jalin kerjasama dengan DAP,” katanya.

Anonymous said...

https://www.ismaweb.net/2018/04/12/haram-undi-calon-bukan-islam-sekiranya-ada-ancaman-agama-mufti-wp/

Haram undi calon bukan Islam sekiranya ada ancaman agama: Mufti WP

BANGI, 25 Rejab 1439H, Khamis – Hukum mengundi calon bukan Islam pada pilihan raya serta melantik mereka sebagai pemimpin adalah harus, selagi tidak mendatangkan sebarang ancaman kepada kemuliaan Islam dan kepakaran dalam melaksana tugas.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, hasil penelitian yang dilakukan mendapati tiada dalil muktamad melarang muslim mengundi calon bukan Islam pada Pilihan Raya Umum (PRU) di Malaysia, termasuk melantik mereka sebagai pemimpin.

“Ayat-ayat al-Qur’an yang dijadikan hujah untuk mengharamkan pemilihan bukan Muslim sebagai wakil rakyat, apabila diteliti sebenarnya merujuk kepada orang-orang kafir yang memusuhi Islam dan penganutnya.

“Adapun bagi golongan bukan Islam yang tidak bermusuh dengan Islam dan patuh kepada Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, maka larangan tersebut tidak terpakai,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, rakyat khususnya umat Islam perlulah memastikan jawatan tertinggi negara seperti Perdana Menteri, portfolio hal ehwal Islam dan pertahanan negara kekal disandang oleh muslim yang berkelayakan sahaja.

“Tanpa menafikan bahawa majoriti ulama silam mengharamkan pelantikan non-Muslim sebagai pemimpin dan keharusan hanya diberikan apabila terdapatnya darurat.

“Ini dapat difahami memandangkan konteks hubungan Muslim dan non-Muslim pada waktu tersebut berbeza dengan sekarang,” katanya.

Beliau menerusi artikel bertajuk Bayan Linnas Siri Ke-129 : Mengundi Calon Bukan Muslim Dalam Pilihanraya berpandangan, pemilihan calon bukan Islam kecuali pimpinan tertinggi perlu dilihat kepada lima faktor.

“Wakil rakyat bukan ketua atau imam. Kuasa wakil rakyat di Malaysia terhad dan terbatas, dikawal serta terikat dengan undang-undang serta Perlembagaan negara.

“Wakil rakyat tidak berkuasa menentukan dasar secara sendirian, kontrak sosial muslim dan bukan Islam, Fiqh implikasi dalam masyarakat majmuk serta uruf masyarakat Malaysia dalam sebuah negara demokratik,” katanya.

Anonymous said...

http://v2.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/


KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

Anonymous said...

http://www.bhplus.com.my/berita/nasional/2018/02/393136/gandingan-ulama-dan-pemimpin-punca-kekuatan-islam-mufti

Gandingan ulama dan pemimpin punca kekuatan Islam: Mufti

IPOH: Kekuatan ulama yang digandingkan dengan iman dan umara (pemimpin) serta disatukan dengan amal adalah gandingan yang menjadi kekuatan umat Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, berkata justeru persaudaraan umat Islam hari ini perlu diperkukuhkan dan dijalinkan melalui kekuatan ulama dan pemimpin kerana aspek itu tidak boleh dipisahkan.

"Semangat persaudaraan Islam pada hari ini masih tetap ada seperti api yang tak kunjung padam, namun ia tidak mudah untuk disemarakkan sekiranya ulama-umara masih bertelagah.

"Maka hadirnya muzakarah ini adalah untuk menggariskan pentingnya umat Islam mencari jawapan yang benar-benar mampu mengatasi masalah kemunduran umat Islam dan mencari jalan terbaik bagi kebangkitan semula peradaban Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Pusat Konvensyen Aman Jaya di sini hari ini.

Perasmian muzakarah berkenaan disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah pagi tadi.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Harussani berkata, muzakarah mengenai kepemimpinan atau kekhalifahan sudah sering diadakan, namun isu berkaitannya belum pernah selesai atau mungkin ia secara halus tidak mahu diselesaikan.

"Namun, apabila gandingan ulama-umara tidak lagi bertaut bahkan sudah pecah tanpa menunggu retak, ketika itulah ummah seolah hilang ibu dan ayah.

"Bak ayam berlaga sekandang, ayam ditambat disambar helang, padi di tangan tumbuh lalang, tamadun Islam jatuh satu persatu," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah berkenaan berkata, untuk itu umat Islam pada hari ini perlu menzahirkan iman dengan pembinaan tamadun yang sejahtera yang mampu melahirkan umat yang jiwanya tenang dan mementingkan ukhrawi.

Harussani turut menzahirkan jutaan terima kasih kepada Sultan Nazrin yang memperkenankan penganjuran muzakarah pada setiap tahun dan penghargaan kepada Zambry yang berjaya mengangkat penganjuran muzakarah berkenaan hingga ke peringkat nusantara.

Anonymous said...

BERDASARKAN KUPASAN2 DIATAS MAKA KITA WAJIB MEMBOIKOT DAP DAN PAKATAN HARAPAN

DAP = ANTI ISLAM
PAKATAN HARAPAN = DAP PUNYA
PKR + PAN + BERSATU = PENGIKUT TEGAR DAP

MAKA KITA SEMUA AKAN TOLAK PAN, PKR BERSATU DAN DAP.

PAKAILAH LOGO PKR, MUNGE ATAU TONCET OREN............ KAMI AKAN TOLAK PH

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails