Thursday, April 19, 2018

Penang Front Party Bakal Bertanding 13 Kerusi P/Pinang

Pengerusi PFP, Datuk Patrick Ooi umum parti itu akan bertanding pada PRU14
Penang Front Party (PFP) bakal bertanding di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi parlimen di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini, kata Pengerusi PFP Datuk Patrick Ooi.

GEORGE TOWN – Penang Front Party (PFP) bakal bertanding di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi parlimen di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Pengerusi PFP Datuk Patrick Ooi berkata parti itu telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan wakil-wakil persatuan komuniti Cina di Pulau Pinang sebelum memutuskan untuk bertanding pada PRU14.
Beliau berkata wakil-wakil persatuan Cina yang berminat untuk bertanding juga boleh bertanding atas tiket PFP.

“Antara 12 kerusi DUN yang bakal ditandingi PFP ialah Datuk Keramat, Pulau Jerejak, Batu Uban dan beberapa kerusi DUN di tanah besar.
“Bagi kerusi Parlimen, kami akan berkerjasama dengan Parti Cinta Malaysia untuk bertanding di Batu Kawan atau Bagan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, Ooi hadir ke Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk mendapatkan 13 borang pencalonan bagi PRU14.

Beliau berkata calon-calon PFP telah mendapatkan saringan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan mereka yang akan bertanding di bawah lambang parti itu nanti bebas daripada sebarang unsur rasuah.

“Calon-calon kami akan dibarisi oleh anggota parti yang berbilang bangsa dengan purata umur di bawah 40 tahun termasuk dua calon wanita,” katanya.

Beliau berkata PFP dijangka mengumumkan barisan calonnya minggu hadapan sebelum melancarkan manifesto PRU14 parti itu.

Parti PFP ditubuhkan pada tahun 2014 bagi menentang DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor dan PRU14 merupakan penampilan sulung parti itu dalam pilihan raya umum.
— BERNAMA
559686_505894539456840_1348145350_n
Lihat..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails