Saturday, April 21, 2018

Rangkuman Calon PAS Di 11 negeri


KUALA LUMPUR: PAS bersama Gagasan Sejahtera malam tadi mengumumkan senarai calon yang akan bertanding di 126 kerusi Parlimen dan 323 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di 11 negeri pada pilihan raya umum 9 Mei ini.


Pengumuman itu membabitkan kerusi di Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Terengganu.


Senarai calon bagi 3 negeri – Kelantan, Sabah dan Sarawak – akan diumumkan kelak.


Di KUALA LUMPUR, PAS Wilayah Persekutuan bersama Gagasan Sejahtera meletakkan calonnya di 9 Parlimen Wilayah Persekutuan iaitu Batu, Wangsa Maju, Setiawangsa, Titiwangsa, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai, Segambut, Putrajaya dan Labuan.


Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad ketika mengumumkan senarai itu berkata, beliau akan bertanding di Parlimen Titiwangsa, manakala seorang calon wanita, Dr Rosni Adam, merangkap Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat akan bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak.

Di SEREMBAN, PAS mengumumkan 8 calon akan bertanding di semua kerusi Parlimen di Negeri Sembilan dan 26 calon bagi kerusi DUN, termasuk meletakkan seorang calon Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Yaw Con Seng yang bertanding di DUN Temiang.

Pesuruhjaya PAS negeri, Mustaffa Daharun berkata beliau akan bertanding di Parlimen Jempol dan juga DUN Ampangan, manakala pemimpin wanitanya iaitu Ketua Muslimat PAS negeri Fazilah Abu Samah bertanding di DUN Senaling.

Parti itu turut melancarkan manifestonya bertemakan ‘Negeri Sembilan Sejahtera’ yang menggariskan 5 teras utama bagi menghadapi PRU14 iaitu urus tadbir Islam dan kerajaan negeri; kebajikan masyarakat; hal ehwal tanah; pertanian; dan pendidikan.

Di KANGAR, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin mengumumkan parti itu akan bertanding di semua 3 kerusi Parlimen dan 15 kerusi DUN dengan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Shukri Ramli mempertahankan kerusi DUN Sanglang.
Bagaimanapun pengumuman calon itu hanya menyenaraikan 17 nama, calon bagi Parlimen Arau akan diumumkan kemudian.

Di MARANG, Pesuruhajaya PAS Terengganu, Datuk Hussin Awang mengumumkan PAS Terengganu akan bertanding di kesemua 8 kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN di negeri itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus diberi mandat untuk bertanding di Parlimen Marang, namun melepaskan kerusi DUN Rhu Rendang untuk ditandingi Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.


Abdul Hadi bertanding di DUN Rhu Rendang selama 8 penggal sejak 1982 dan di Parlimen Marang bermula 1986.

Anak Abdul Hadi dan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil diumum bertanding di DUN Batu Buruk.
“PAS menampilkan 15 muka baru bagi kerusi DUN dan 3 Parlimen. Sebanyak 60% daripadanya mempunyai latar belakang pendidikan pengajian Islam dan golongan profesional hampir 22%, selain kombinasi dalam kalangan usahawan,” kata Hussin.

Di KUANTAN, bekas Setiausaha Agung MIC, Datuk S Kumar dan Pengerusi DHPP Malaysia, N Balasubramaniam merupakan antara calon mewakili PAS dan Gagasan Sejahtera bagi negeri Pahang pada PRU14.

Kumar, 45, yang juga presiden Parti Generasi Baru akan bertanding di kerusi DUN Tanah Rata di bawah Parlimen Cameron Highlands, manakala Balasubramaniam, 60, di Parlimen Beserah.

Pengumuman oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar di Padang Awam Cenderawasih malam tadi menyaksikan gabungan itu buat pertama kali bertanding di kesemua 42 kerusi DUN dan 14 kerusi Parlimen di Pahang.
Gabungan itu meletakkan pesara tentera Kapten (B) Ahiatudin Daud, 63, bertanding di Parlimen Pekan, yang disandang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pada majlis itu, hanya 40 bakal calon DUN yang diumumkan dengan 2 lagi akan diumum sebelum hari penamaan calon pada 28 April ini.

Di SHAH ALAM, 2 pemimpin DHPP iaitu Pengarah Pilihanraya DHPP Selangor M Rajan dan Naib Pengerusi DHPP Selangor Kong Tuck Wah diumum antara calon akan bertanding di 19 kerusi Parlimen daripada 22 kerusi di Selangor dan 45 kerusi daripada 56 kerusi DUN Selangor.

Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi turut mengumumkan beliau akan mempertahankan kerusi DUN Sabak dan 3 anggota Exco kerajaan Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga naib presiden PAS, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib kekal bertanding di kawasan masing-masing, iaitu Iskandar di DUN Pandan Indah (Chempaka), Dr Ahmad Yunus (DUN Sijangkang) dan Zaidy (DUN Taman Templer).

Sallehen berkata untuk PRU14, kesemua 11 penyandang kerusi DUN PAS akan mempertahankan kawasan masing-masing yang dimenangi pada PRU13, kecuali penyandang DUN Meru Dr Abd Rani Osman yang bertukar ke kerusi Parlimen Kapar.

Di JOHOR BAHRU, PAS dan Gagasan Sejahtera mengumumkan bakal bertanding di 20 daripada keseluruhan 26 kerusi Parlimen dan 41 kerusi daripada 56 kerusi DUN di Johor.

“Calon pada PRU kali ini terdiri daripada 15% golongan alim ulama, 25% aktivis manakala 60% pula daripada golongan profesional,” kata Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin malam tadi.

Turut disenaraikan ialah seorang calon dari Berjasa, iaitu satu daripada parti dalam Gagasan Sejahtera, Nordin Othman yang bertanding kerusi Parlimen Tanjung Piai.

Abdullah akan mempertahankan kerusi DUN Puteri Wangsa dan bertanding di kerusi Parlimen Tebrau, manakala Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed sekali lagi bertanding di kerusi DUN Gambir dan turut bertanding di kerusi Parlimen Batu Pahat.

Di MELAKA, parti itu bertanding di 5 daripada 6 kerusi Parlimen dan 24 daripada 28 kerusi DUN dengan Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamarudin Sidek mengumumkan bertanding di DUN Duyong.

Beliau turut mengumumkan bekas Timbalan Pengarah Hospital Melaka, Dr Mohd Khalid Kassim bertanding di Parlimen Hang Tuah Jaya, manakala seorang calon wanita yang merupakan ahli perniagaan, Kintan Man bertanding di DUN Rim.

Di ALOR SETAR, PAS Kedah bersama Gagasan Sejahtera mengumumkan akan bertanding di kesemua 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi DUN Kedah.
Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhrudin Sheikh Fakhrurrazi ketika mengumumkan senarai calon itu di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut berkata, gagasan itu mengemukakan sebanyak 70% muka baharu, termasuk 5 calon muslimat di 4 kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen iaitu Kubang Pasu.

Beliau turut mengumumkan calon daripada parti Ikatan Bangsa Malaysia di bawah Gagasan Sejahtera akan bertanding di Parlimen Langkawi menentang Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad. Calon tersebut akan dinamakan kemudian.

PAS Kedah turut mengemukakan legenda bola sepak Kedah Radhi Mat Din untuk bertanding di kerusi Parlimen Pokok Sena menentang penyandang kerusi itu Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar.

Di KEPALA BATAS, PAS dan Gagasan Sejahtera Pulau Pinang mengumumkan akan bertanding di 6 daripada 13 kerusi Parlimen dan 18 daripada 40 kerusi DUN di negeri itu.

Pesuruhjaya PAS negeri Mohd Fauzi Yusoff berkata bagi kerusi Parlimen, PAS akan bertanding di Permatang Pauh, Kepala Batas, Nibong Tebal, Bayan Baru, Balik Pulau dan Tasek Gelugor.

Kerusi DUN pula ialah Penaga, Bertam, Pinang Tunggal, Permatang Berangan, Sungai Dua, Teluk Air Tawar, Seberang Jaya, Permatang Pasir, Penanti, Bukit Tengah, Sungai Bakap, Sungai Acheh, Sungai Pinang, Pantai Jerejak, Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Betong dan Teluk Bahang.

Di TAIPING, PAS Perak mengumumkan akan bertanding di 19 daripada 21 kerusi Parlimen dan kesemua 43 kerusi DUN di negeri itu, yang turut menampilkan 5 calon wanita dan 3 calon bukan Islam daripada DHPP.

Dalam pengumuman yang dibuat Markaz Tarbiyyah PAS Perak, Air Kuning itu, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata beliau akan bertanding di DUN Gunung Semanggol, manakala Naib Presiden PAS, Idris Ahmad kekal bertanding di Parlimen Bukit Gantang.

Gagasan Sejahtera dianggotai PAS bersama-sama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

UNDILAH PAS dalam PRU14 ini. 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular &sekandang dengannya, politik suku agama suku, yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
 
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR. Juga cuba menipu pengundi?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails