Monday, April 16, 2018

Majlis Dana PRU Anjuran PH Diiringi Arak, Kencing Syaitan.



BANGI, 28 Rejab 1439H, Ahad – Netizen mengutuk majlis kutipan dana Pilihan Raya Umum (PRU) anjuran Pakatan Harapan semalam, di Golden Empire Palace Restoran Tanjung Lumpur, Kuantan yang disifatkan sebagai tidak menghormati keberadaan umat Islam.
Ia susulan hidangan arak dan makanan tidak halal secara terbuka kepada orang bukan Islam, dipercayai bercampur dengan orang Islam juga dalam majlis itu. Rata-rata netizen mengkritik dan meluahkan rasa kecewa kerana berpendapat majlis seumpama itu tidak sepatutnya menghidangkan arak.
“Maaf, kalau betul orang DAP, mereka sepatutnya hormat kepada orang Islam, dan mereka tak patut minum arak pada majlis kutipan dana sebegitu.
“Kalau dalam majlis macam itu pun mereka tak boleh hormat, macam mana kalau dah berkuasa nanti? Cuba bayangkan dengan ikhlas…nasib agama kita selepas ini,” tulis Azrin Desa.
Nazrul Nazir pula mempersoal tempat kutipan dana yang dibuat di restoran yang menyediakan arak. Katanya, masih banyak kedai makan, mahupun restoran lain sekitar Kuantan boleh digunakan untuk pengumuman calon.
“Walaupun dipisahkan tempat non Muslim di luar dewan, dan Muslim di dalam dewan, pimpinan PH Melayu masih berada di dalam dewan yang menyediakan arak. Apakah mereka reda dengan arak yang dihidangkan dalam dewan yang mereka ada bersama?
“Duit yang didermakan, disumbang dan digunakan untuk jamuan, bagaimana statusnya? Adakah tidak termasuk duit orang Islam di meja yang ada arak? Apa hukumnya? Mana pergi suara PAN dan PKR sebagai parti Islam dalam PH?,” soalnya.
Sementara itu, Abidin Sharif berkata, tidak dinafikan majlis arak boleh melibatkan pimpinan parti dalam Pakatan Harapan.
“Memang inilah pengalaman saya dulu, bila menghadiri jamuan Pakatan Rakyat yang dianjurkan oleh DAP. Itulah kali pertama dan kali terakhir saya hadir dalam majlis mereka. Elok sangat PAS keluar PR,” katanya.
Man Kamis pula berkata, majlis Harapan ni tidak akan mendapat keberkatan, lebih-lebih adanya benda haram.
“Kalau majlis tu bercampur haram takkan adanya keberkatan. Lainlah kalau semua bukan Islam. Lantak lah nak buat apa. Ini baru nak umum calon. Rasanya kalau menang, dah tak boleh bayang apa mereka akan buat,” katanya.
Sebaliknya, Ahli Parlimen PKR, Fuziah Salleh dalam status di Facebooknya mempertahan majlis itu, kononnya ia memisahkan tempat duduk antara orang Islam dan bukan Islam. Katanya, penyediaan makanan kawasan tidak halal diletakkan di dalam dewan, manakala kawasan makanan halal berada di luar dewan.
Namun, netizen beranggapan ia tetap tidak sepatutnya berlaku.
“Fuziah, awak tak penah dengar hadis nabi ke? Walau pun awak tak minum tapi tolong bawak, tolong hidang, tolong sedia sama aje dosanya.
“Awak nak hormat non Muslim, tapi awak tak hormat larangan Allah dan orang Muslim yang ada dalam majlis tu. Ini bukan masalah iman kuat atau tak. Ini masalah cetek pengetahuan agama,” tulis AR Fazal Redza. (Ismaweb)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah bedanya antara parti Allah dengan parti syaitan. Parti syaitan memang wajar disirami arak air kencing syaitan. Adakah pengunjung semuanya terdiri dari syaitan-syaitan, walaupun berupa manusia?
Kerana itulah tiap orang Islam wajib mengundi parti Islam, dan menolak parti sekular. Sepatutnya pilih parti ini.. 
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini. 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan parti sekular, yang tiada kaitan dengan akhirat, politik suku agama suku. Bukan seperti DAP dan kuncu-kuncu sekularnya yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
 
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR..

5 comments:

Anonymous said...

http://v2.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/

“DAP Akan Sambut Kemenangan PAN Dengan Arak Carlsberg, Tiger”

BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.

Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).

Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.

Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.

“Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.

Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.

“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.

“Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.

Anonymous said...

DARI ISMAWEB

http://v2.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

Anonymous said...

http://v2.ismaweb.net/2014/10/khalid-samad-pesta-arak-oktoberfest-tidak-boleh-dihalang/

Khalid Samad: Pesta Arak ‘Oktoberfest’ Tidak Boleh Dihalang

BANGI, 2 Okt – Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.

Sekalipun, arak difahami sebagai ibu segala maksiat bagi ummat Islam dan pesta arak bercanggah dalam Islam, namun penganjuran pesta oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Islam.

“Islam mengiktiraf bahawa arak tidak merupakan sesuatu yang haram mengikut ajaran agama mereka.

Bermula minggu lalu, ISMAweb telah menerbitkan beberapa artikel yang mempersoal penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ yang berasal dari Munich, Jerman. Budaya negatif ini mula dibawa masuk ke Malaysia dan dipromosi secara terang-terangan.

Anonymous said...

https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/pan-kesal-cukai-arak-naik-bakal-beban-peminum/

PAN Kesal Cukai Arak Naik Bakal Beban Peminum

ENTAH di mana silapnya ‘kecerdikan’, seorang wakil PAN hari ini mengatakan cukai minuman keras tidak sepatutnya dinaikkan kerana dikhuatiri membebankan golongan bukan Muslim.

Ahli Parlimen PAN Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud mengatakan perkara demikian ketika membahaskan Bajet 2017 yang diadakan di Dewan Rakyat Hari ini.

“Saya melihat cukai terhadap rokok sedang meningkat. Bagi alkohol pula, ia dibenar untuk bukan Muslim, jadi jika kita naik cukainya ia akan membebankan mereka,” katanya yang dipetik Free Malaysian Today.

“Saya mencadangkan bagi tempoh jangka panjang, minuman beralkohol dan produk tembakau dijual berasingan di premis tertentu,” tambahnya lagi.

Menurutnya, cadangan tersebut adalah bagi memudahkan penguat kuasa menjalankan pemantauan jika kedai menjual minuman keras bukan berada di kawasan majoriti Islam.

Dari sudut normanya, benar, peningkatan cukai minuman keras sememangnya akan membebankan golongan peminum arak yang terdiri daripada golongan bukan Muslim.

Namun jika difikir lebih jauh, cadangannya itu sebenarnya secara tidak langsung memudahkan orang Islam membeli arak dengan harga standard yang murah di pasaran.

Maka golongan belia yang sekadar ingin ‘cuba-cuba’ membeli arak berkemungkinan menjadi peminum tegar disebabkan harganya yang tidak lagi ‘dibebankan’ dengan cukai sedia.

Terdahulu, Siti Mariah dalam ucapannya meminta kerajaan menjelaskan jumlah diterima daripada “cukai dosa”, iaitu termasuk cukai dan duti eksais daripada alkohol, tembakau dan perjudian. – MYNEWSHUB.CC

Anonymous said...

Wah betapa bodoh sombong pemimpi(n)-pemimpi(n) pakatan sekular-
liberal-kafir harbi meletakkan botol arak lebih tinggi dari ajaran Islam.

Maka tidak hairanlah kita melihat mereka dan balaci mereka sibuk menentang, memburuk-burukkan dan menghina RUU355 dan Hudud dll.

Belum menang PRU pun puak sekular liberal dan kafir harbi ini sudah dedahkan tembelang sekular liberal dan kafir harbi mereka.

Belum memerintah negara pun, mereka sudah berani menentang, menghina dan memfitnah ajaran Islam dab menafikan hakunat Islam.

Jika mereka perintah negara ini, apa akan berlaku kepada agama Islam dan umat Islam? Lu fikirlah sendiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails