Sunday, April 15, 2018

PRU14, “Tandakan X Untuk Perubahan &M'sia Yang Bersih” -Bishop Bernard Paul.



Bishop Mahu Uji Sabar Muslim?  
Oleh: Dr Kamarul Zaman Yusoff.

MALAM, 13 April 2018, Bishop of Melaka Johor Diocese, Rt. Rev. Bernard Paul, telah menyebarkan versi Bahasa Malaysia kepada Bishop's Circular BP/2018/015 bertajuk “The GE14 is here” yang beliau sebarkan pada 11 April 2018.

Seperti di dalam versi Bahasa Inggerisnya, versi Bahasa Malaysia pekeliling bernama Pekeliling Uskup BP/2018/015 bertajuk “PRU-14 telah tiba” ini menggesa pembacanya “Tandakan X untuk perubahan dan Malaysia yang bersih”.

Apa yang agak mengejutkan saya adalah kerana keberanian Bishop Bernard Paul:

  1. Menterjemahkan ayat “Give to Caesar that belongs to Caesar; and to God the things that are God’s” menjadi “Berikanlah kepada Kaisar apa yang milik Kaisar dan kepada Allah apa yang milik Allah”.
  2. Menterjemahkan ayat “May God bless you in your choice” menjadi “Semoga Allah memberkati anda dalam pilihan anda”.
  3. Menterjemahkan ayat “Together building His Kingdom” menjadi “Bersama membangun Kerajaan Allah”.
Ini kerana, mengikut Seksyen 9 (2) Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam 1988 Melaka yang mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1990 dan Seksyen 9 (2) Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam 1991 Johor yang mula berkuat kuasa pada 19 Julai 2007, seseorang yang bukan seorang Islam melakukan suatu kesalahan jika ia, dalam apa-apa tulisan yang diterbitkan, menggunakan mana-mana ungkapan yang berunsur Islam, termasuk ungkapan “Allah”, kecuali sebagai petikan atau rujukan.
Imej yang berkaitan
Sangat tidak munasabah jika seorang yang bertugas di Melaka dan Johor seperti Bishop Bernard Paul tidak tahu mengenai kewujudan Seksyen 9 (2) Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam 1988 Melaka dan Seksyen 9 (2) Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam 1991 Johor ini.
Atau apakah mungkin Bishop Bernard Paul sengaja mahu mencetuskan kemarahan umat Islam dan memprovokasi pihak berkuasa agama Melaka dan Johor supaya mengambil tindakan undang-undang ke atas diri beliau untuk sebab tertentu yang beliau sahaja tahu? 

Walau apa pun, penggunaan ungkapan “Kerajaan Allah” oleh Bishop Bernard Paul sangatlah tidak boleh diterima. - HARAKAHDAILY 14/4/2018


PRESIDEN PAS mengutuskan surat buat seluruh rakyat Malaysia dengan harapan seluruhnya turun mengundi pada 9 Mei ini dan melakar perubahan dengan memilih PAS sebagai teraju Kerajaan Malaysia. PRU14 – Inilah harapan PAS buat rakyat Malaysia
Baca selanjutnya.... Dapatkan Harakah Edisi Isnin Bil 2340 di pasaran sekarang!

2 comments:

Anonymous said...

EXCO KERAJAAN KELANTAN ENGGAN MEMULANGKAN KENDERAAN RASMI MILIK KERAJAAN SLPS PEMBUBARAN DUN.

Exco kerajaan Kelantan tidak perlu menyerahkan kenderaan rasmi mereka seperti di Selangor, kata timbalan menteri besar sementara Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. "Beliau berkata ini kerana mereka masih menjalankan tugas sebagai kerajaan sementara."

"Tak perlu serahkan sebab kerajaan masih ada iaitu kerajaan sementara, dan exco masih berhak menggunakan kenderaan ini untuk urusan-urusan rasmi. "Kita masih lagi exco sehingga kerajaan baru ditubuhkan selepas pilihan raya," katanya kepada Malaysiakini, hari ini." Menurut amalan sistem Parlimen Westminster, sebaik pembubaran Parlimen di peringkat pusat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi negeri, kerajaan sedia ada menjadi 'kerajaan sementara' sehinggalah kerajaan baru dibentuk dan ketua eksekutif dilantik."

Azmin serta barisan exco kerajaan Selangor hari ini menyerahkan kembali kereta rasmi kepada kerajaan negeri susulan pembubaran DUN."

Anonymous said...

SELEPAS SELANGOR, EXCO PULAU PINANG MEMULANGKAN KERETA RASMI MILIK KERAJAAN NEGERI.

Guan Eng, exco pulangkan kereta rasmi. Selepas Selangor, pentadbiran Pulau Pinang mengembalikan 12 kereta rasmi kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus semalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails