Wednesday, April 18, 2018

Pemimpin Pembangkang Ditahan Positif Syabu Di Di Kg Tengah Batang Kali.





KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai pemimpin barisan pemuda parti pembangkang di Hulu Selangor ditahan di kediamannya di Kampung Tengah Batang Kali dekat sini pada Sabtu lepas, kerana positif dadah jenis syabu.

Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Hulu Selangor Mohd Ghazali Abdul Rahman berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira 2.15 pagi oleh sepasukan anggota AADK selepas menerima maklumat daripada orang awam.

“Suspek kemudian dibawa ke Pejabat AADK Hulu Selangor untuk saringan awal air kencing sebelum disahkan positif dadah jenis methamphetamine (syabu). Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau sebelum ini,” katanya di sini pada Selasa.

Beliau berkata Mahkamah  Sesyen Kuala Kubu Bharu mengeluarkan perintah reman terhadap suspek selama 14 hari bermula Sabtu lepas sehingga 27 April.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. – Bernama 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Untuk menyelesaikan masalah dadah dan arak di kalangan rakyat Malaysia, anda perlukan sistem perundangan Islam mentadbir anda. Untuk dapatkan tadbiran Islam anda perlu naikkan parti Islam. Di Malaysia ada PAS.
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini. 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan parti sekular, yang tiada kaitan dengan akhirat, politik suku agama suku. Bukan seperti DAP dan kuncu-kuncu sekularnya yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

3 comments:

Anonymous said...

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/04/413821/sayap-pemuda-ppbm-ditahan-kes-syabu

Sayap pemuda PPBM ditahan kes syabu

cnews@nstp.com.my
Share

Tweet

Share
PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Hulu Selangor mengesahkan individu ditahan pihak berkuasa atas kesalahan dadah adalah pemimpin sayap pemuda parti politik berkenaan.

Ketua sayap pemuda parti berusia 30 tahun itu sebelum ini, ditangkap sepasukan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hulu Selangor di rumahnya di Kampung Tengah, Batang Kali di Kuala Kubu Bharu jam 2.15 pagi susulan maklumat awam.

Berita penahanan suspek yang dikaitkan dengan perbuatannya yang didakwa sering mengkritik kepimpinan Perdana Menteri itu turut tular di laman sosial sejak kelmarin.

Anonymous said...

BERITA PANAS:

AMANAH terkejut dengan keputusan Pengarah Pilihan Raya Selangor, Cikgu Jaafar Samsuddin yang meletakkan jawatan dan keluar dari parti itu.

Pengarah Biro Pilihan Raya AMANAH Selangor Jaafar Samsuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Jaafar meletakkan jawatannya berkuatkuasa hari ini.

Adakah ini tanda-tanda parti PAN akan lingkup dalam PRU 14?

Anonymous said...

Sumber: Malaysia dateline

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails