Saturday, April 21, 2018

Kerajaan DAP Belanja RM 3 Juta Untuk Pusat Antara Agama Bukan Islam?



Kerajaan Pakatan harapan yang memerintah Pulau Pinang telah menubuhkan portfolio untuk agama-agama selain Islam dan telah memperuntukkan tanah-tanah untuk rumah ibadah selain Islam serta telah membelanjakan sebanyak RM30 juta untuk rumah-rumah ibadah tersebut semenjak 2008. 

Dalam pada itu, baru-baru ini Ketua Menteri Sementara Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah melancarkan pusat harmoni untuk badan-badan agama bukan Islam di negeri itu. 

Menurut laporan oleh The Malay Mail Online, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM3 juta untuk mengubahsuai dan mengembangkan pusat tersebut yang terletak di sebuah rumah banglo seluas 4,300 kaki persegi di Jalan Scotland.

 “Ianya akan menjadi rumah kedua bagi semua badan agama selain Islam di Pulau Pinang,” kata Lim Guan Eng ketika pelancaran. 

Pusat ini bertujuan membolehkan semua badan agama selain Islam melangsungkan aktiviti mereka seperti kelas yoga, sesi meditasi, muzik dan sastera, ceramah keagamaan dan seminar, konvensyen serta mesyuarat. 

Pusat ini akan diuruskan oleh Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab ke atas portfolio agama-agama selain Islam di Pulau Pinang. Setakat pembubaran Dewan Undangan Negeri, jawatan tersebut telah disandang oleh Lim Guan Eng. 

Kata Lim Guan Eng lagi, bangunan baru seluas 2,800 kaki persegi akan dibina bersebelahan bangunan sedia ada dan akan digunakan sebagai dewan orang ramai. Pusat ini dijangka beroperasi pada bulan Februari 2019. (Menara)


1 comment:

Anonymous said...


Kita nak tanya kerajaan DAP mengapa peruntukan untuk sekolah vernakular adalah lebih besar dari peruntukan sekolah Melayu Islam walaupun kaum Melayu Islam adalah rakyat majoriti Penang?

Bukankah ini membuktikan kerajaan DAP mengamalkan dasar perkauman terhadap kaum Melayu Islam? Dan DAP parti ultra kiasu ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails