Tuesday, April 17, 2018

Jom Lawat Pasar Filipina Di Sabah, Perniagaan Mereka Mula Merosot..

Peniaga Pasar Filipina rayu premis dinaik taraf
KOTA KINABALU: Arus ekonomi yang mencabar kini banyak memberi impak terutamanya kepada golongan peniaga tempatan di negeri ini. Hasil tinjauan yang dibuat di Pasar Filipina, Kota Kinabalu, penulis sempat mengutip keluhan peniaga tempatan mengenai perniagaan mereka yang dikatakan agak lembap berbanding sebelum ini.

Abshar Ruhil, 26 tahun, peniaga kraftangan di pasar tersebut lebih tujuh tahun menggesa agar kerajaan dapat membawa satu corak perubahan terhadap ekonomi di negeri ini.

"Saya harap kerajaan buat satu perubahan dari segi ekonomi yang mana boleh membantu sekali gus meningkatkan lagi pendapatan kami peniaga tempatan," kata Abshar.

Tambah Abshar, perniagaannya mula merosot apabila pelanggan mula 'berkira' dalam urusan jual beli yang boleh merugikan perniagaan mereka.

"Kesan ekonomi sekarang ini saya rasa kurang baik sebab semua pelanggan saya berkira disebabkan kos sara hidup yang semakin meningkat.


"Jadi apabila mereka ingin membeli mereka menggesa kami (peniaga) menawarkan harga yang rendah di mana ia dapat menjejaskan perniagaan kami," katanya.

Abshar turut menggesa agar kerajaan yang bakal menerajui kepimpinan negeri selepas pilihan raya umum nanti membuka mata dengan menaik taraf tapak perniagaan mereka untuk keselesaan pengunjung.

Pasar Kraftangan Sabah Pasar Kraftangan Sabah

Bagi peniaga Aziz Ariel, 40 tahun, turut meluahkan rasa sama dalam arus ekonomi negara yang semakin mencabar ini.

Beliau yang berniaga makanan laut kering menyeru agar kerajaan negeri memperkenalkan sistem baharu dalam menolong peniaga-peniaga tempatan meningkatkan hasil jualan.

Jelasnya, kerajaan yang akan mentadbir negeri selepas ini digesa untuk menaik taraf tapak perniagaan mereka, terutamanya daripada segi keselamatan dan kebersihan.

"Alhamdulillah, itulah yang kami nak sebenarnya kerana kami lama sudah tertunggu-tunggu ada pihak yang menaik taraf tapak perniagaan ini sebab kami memang betul-betul nak tempat ini berubah.

"Saya harap tapak ini boleh dinaik taraf dari segi keselamatan dan kebersihan untuk keselesaan pengunjung yang datang," katanya.
Pasar Kraftangan Sabah Pasar Kraftangan Sabah
Sementara itu, Mohd Kamarul Omar, 28 tahun, pelancong dari Kuala Lumpur turut menggesa agar pihak yang bertanggungjawab untuk memperbesarkan lagi tapak pasar tersebut bagi kemudahan semua pihak.

"Bagi saya kena besarkan lagilah tempat ini dalam keadaan orang yang ramai dengan pelancong dari luar dan dalam pasti akan datang ke Pasar Filipina.

"Pasar ini juga adalah satu imej kepada negeri Sabah, jadi saya harap pihak yang bertanggungjawab dapat melakukan apa yang sepatutnya," ujarnya.
Pasar Kraftangan Sabah Pasar Kraftangan Sabah

Untuk rekod, Pasar Kraftangan Sabah atau lebih dikenali dalam kalangan warga tempatan terutamanya pelancong sebagai Pasar Filipina menjual pelbagai barangan kraftangan buatan tempatan.

Pasar ini ditubuhkan pada tahun 1980 dengan mempunyai sebanyak 100 tapak perniagaan bagi peniaga tempatan dengan menjadikan pasar ini destinasi wajib bagi pelancong luar dan dalam. (AA)



559686_505894539456840_1348145350_n

Lihat..

3 comments:

Unknown said...

Pandangan Mohammad Agus Yusoff

PRU 14: BERPOLITIKLAH DENGAN ETIKA
Saya ingin tegaskan kenyataan di bawah (di atas) bukanlah kenyataan saya, sama ada melalui lisan atau tulisan.

Kenyataan saya ialah:
(i) PRU 14 akan hanya menyaksikan persaingan sengit antara BN dan PH sahaja,
(ii) PAS adalah parti yang akan kalah teruk dalam PRU ini,
(iii) kerajaan PAS akan jatuh di Kelantan. Alasan kenapa saya berpandangan sedemikian telah saya hujahkan dalam kenyataan saya sebelum ini.

Anonymous said...

Tahun 90an dulu pernah berkerja di Kota Kinabalu. Selalu pergi ke pasar filipina untuk membeli permata dan mutiara. Setiap kali nak balik kampung pasti beli macam2 untuk diberi sebagai cenderahati pada kwn2 di Semenanjung. Beli dari harga sebiji mutiara hitam RM3 menjadi 30 sen sebab dah mengenali ramai penjual disitu. Dah kenal, semua barang jadi murah.

Anonymous said...

Unknown 2:32 mohammad agus yusof berpandangan sebegini sebab dia pemakan dedak kena ikut arahan klu tak kebulurlah kuarga dia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails