Friday, April 20, 2018

Ibu Lacur Anak Lebih 1000 Kali. Ini, Jadinya Bila Tak Peduli 'Halal-Haram'.


SEORANG ibu tergamak menjual anak perempuannya sebagai hamba seks dalam tempoh 18 bulan sejak hari jadi ke-15 remaja itu pada 2014. Daily Mail melaporkan, Kasmeer Lata, 36, menjadikan anak perempuannya sebagai hamba seks lebih dari seribu kali. 

Dia didapati bersalah kerana meraih untung dari perkhidmatan seks komersial dari orang bawah umur. Menurut sumber, Kasmeer datang ke New Zealand dari Fiji bersama anaknya pada 2014. Mereka terus tinggal di negara tersebut walaupun selepas tamat tempoh visa.

Ini menyebabkan anaknya tidak dapat bersekolah selain keluarga tersebut tiada punca pendapatan kerana Kasmeer tidak dapat bekerja. Kasmeer yang sebelum ini pernah menjadi pelacur telah memaksa anaknya untuk menjual badan untuk pertama kali kepada lelaki berusia 50-an.

Mangsa juga telah dikurung di dalam rumah selama setahun setengah dan pernah menggugurkan kandungan. Setiap pelanggan akan dikenakan bayaran sebanyak NZ$200 (RM570) dan dianggarkan keuntungan menjual anaknya adalah sebanyak NZ$100,000 (RM285,000).

Wang tersebut digunakan untuk membayar sewa dan bil. Remaja tersebut berjaya melarikan diri pada November 2016.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah jadinya bila kehidupan manusia tidak diatur dengan peraturan dan perundangan. Peraturan dari agama langit, yang berperadapan atau bernilai hak asasi manusia, tetapi bukan hak asasi manusia menurut kayu ukur puak barat sesat.

Di Malaysia negara umat Islam, jika anda mahu pantulan sinar cahaya agama langit, pilihlah parti Islam(PAS). PAS menawarkan sebuah pakej cara hidup Islam melalui Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 yang ditafsir menurut cara yang betul.

Peraturan yang tidak membawa manusia menjadi robot. Asal dapat duit tidak peduli halal-haram lagi seperti kisah di atas. Di sini pun ada, apalagi di kalangan pemimpin-pemimpin yang tak peduli halal-haram 'muntahkedarah' rasuah. 

Seperti penyelewengan beli rumah 'harga rendah' yang dikaitkan dengan jawatan Menteri Besar atau Ketua Menteri. Penyelewengan terowong bawah laut jika berlaku?

Oleh itu..
UNDILAH PAS dalam PRU14 ini. 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular &sekandang dengannya, politik suku agama suku, yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
 
Kini DAP memakai selimut PKR pula. Musang DAP berbulu ayam PKR, DAP Berlogo PKR. Juga cuba menipu pengundi?

1 comment:

Anonymous said...

Apabila manusia menyembah hawa nafsu serakah , matlamat menghalalkan cara menjadi anutan mereka.

Maka kita tidak merasa hairan melihat puak munafik sekular liberal menubuhkan NGO sekular liberal seperti Sisters in Sins, Garbage 25, Jaringan Iblis Liberal dll yang berkerjasama dengan parti kafir harbi menentang, memfitnah, memburuk-burukkan dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

Iblis dan syaitan ketawa tergolek-golek kerana masih ada sebilangan manusia bodoh sudi menemani mereka dalam neraka.

Untuk melindungi agama Islam dan hak umat Islam , marilah kita semua umat Islam bersatu padu menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRU 14.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails