Saturday, April 21, 2018

Hospital Wanita Patuh Syariah Pertama Di K'tan, Jadi Contoh!

Hospital wanita patuh syariah pertama di Kelantan Mohd Amar (dua, kanan) diiringi Izani (dua, kiri) dan Wan Zawawi (tengah) melihat model Hospital Wanita dan Kanak-Kanak An-Nisa’ yang akan dibangunkan di Padang Tembak.


KOTA BHARU - Sebuah hospital wanita dan kanak-kanak berkonsepkan patuh syariah pertama di Kelantan akan dibangunkan dengan kos RM100 juta, bermula Januari tahun depan.

Pengerusi Permodalan Kelantan Berhad (PKB), Dr Izani Husin berkata, hospital yang dibina di atas tanah seluas 1.6 hektar di Padang Tembak oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan PKB itu dijangka siap dalam tempoh 36 bulan.

Menurutnya, bangunan hospital berkenaan setinggi lapan tingkat itu mempunyai kapasiti 80 katil bagi menggantikan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak An-Nisa’ sedia ada yang terletak di pusat bandar.

Beliau yakin selepas siap, hospital tersebut bukan sahaja muncul selaku mercu tanda baharu tetapi dalam masa membawa imej patuh syariah serta menjadi contoh kepada hospital lain.

“Tenaga perubatan terdiri pakar-pakar wanita khusus rawatan perbidanan dan sakit puan serta jururawat dan kakitangan sokongan wanita berpengalaman akan memberikan keselesaan kepada pesakit dan keluarga.
“Ini sekali gus akan mewujudkan prasarana kondusif dan komprehensif serta memberikan nilai tambah kepada golongan wanita dan anak-anak dalam perkhidmatan perubatan lengkap serta moden,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak An-Nisa’ yang disempurnakan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di Pengkalan Chepa, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Datuk Dr Wan Zawawi Wan Ismail. (SH)

Hospital wanita patuh syariah pertama di Kelantan - YouTube

https://www.youtube.com/watch?v=wytvz_lqDuk
8 jam lalu - Dimuat naik oleh NewsPortal
Hospital wanita patuh syariah pertama di Kelantan Mohd Amar (dua, kanan) diiringi Izani (dua, kiri) dan ...

Hasil carian imej untuk bendera pas di kelantan

Lihat..

1 comment:

Anonymous said...

Syabas dan tahniah kepada PAS dan rakyat Kelantan kerana mempunyai hospital patuh syariah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails