Wednesday, April 18, 2018

Gereja Katolik, Perubahan Versi Siapa?



GEREJA Katolik pun seru perubahan 
PRU kali ini, ramai membawa slogan perubahan. Bukan sahaja dari kalangan parti politik, termasuklah juga Bishop Gereja Katolik sendiri telah mengeluarkan pekeliling untuk jentera dan penganut Kristian membuat perubahan dalam PRU14 ini. Penglibatan institusi agama Kristian dalam politik negara semakin menyerlah.

Berubah bermakna tumbangkan BN 

Apabila disebut perubahan, ini bermakna seruan untuk menukar pemimpin sedia ada. BN yang terlalu lama memerintah memikul berbagai-bagai salah laku dan kepincangan yang semakin diketahui umum. Keadaan negara yang semakin merosot dari sudut ekonomi, sosial, pendidikan dan teknologi mendorong angin perubahan bertiup lebih kencang.
Pilih parti mana? 
Di kalangan penyeru kepada perubahan pula, timbul persoalan perubahan ke arah manakah yang mahu dilakukan? Secara lebih objektif, parti manakah yang harus dipilih? Ada beberapa pilihan di hadapan rakyat yang muak dengan BN sekarang. Antaranya PAS-Gagasan dan PH. Antara yang kecil adalah PSM, Warisan dan beberapa parti kecil di Sabah dan Sarawak.
Kenapa semua ini tidak bergabung sekali? Kerana ideologi perjuangan tidak sama. Kerana perubahan yang bakal dibawa tidak sama. Semua mahu jatuhkan BN, tapi tak sepakat dalam menentukan siapa akan naik selepas ini.
Kenapa tolak BN?
Sekiranya kita fokus kepada sebab rakyat menolak BN, rata-ratanya kerana tidak berpuas hati dengan urus tadbir dan korupsi. Justeru perubahan yang dituntut memerlukan mereka mencari parti manakah yang lebih baik daripada BN. Perbandingan harus dibuat berdasarkan kecekapan dan ketelusan urus tadbir.
PH tidak lebih baik dari BN
Apabila perbandingan dibuat, PH bukanlah pilihan yang sesuai. Mereka juga tidak terlepas daripada isu kecekapan dan ketelusan ini. Menurut SPRM, gabungan parti yang baru berusia setahun jagung itu sudah memiliki 21 kes rasuah.
Cukup membimbangkan kerana mereka bukan sahaja parti baru, tetapi kuasa pemerintahan mereka juga masih terhad kepada beberapa negeri sahaja. Bayangkan kalau usia mereka sama seperti BN. Bayangkan kuasa mereka sama seperti BN. Berapalah agaknya pemimpin mereka disiasat SPRM.
Baru memerintah Penang dua penggal, Ketua Menterinya sudah terpalit isu rasuah pembelian Banglo di bawah harga pasaran. Baru dua penggal memerintah Selangor, pemimpin muda PKR sudah berjaya memiliki rumah agam Disneyland di Ampang hingga disita SPRM. Tidak sampai sepenggal menjadi MB, Azmin sudah terpalit isu penyerahan semula tanah Ijok kepada pemaju zaman MB Muhammad Taib.
Mahathir jelaskan lagi rupa sebenar PH
Tambah mengharukan, PH sanggup bersekongkol dengan "Bapak Pelingkup Negara" (menurut bahasa Mat Sabu) iaitu Mahathir. Orang yang terkenal sebagai diktator dan pembela berbagai kroni dari zamannya sehingga kini. Walaupun dia bukan seorang billionaire, tetapi dalam tempoh pemerintahannya selama 22 tahun, beliau berjaya lahirkan empat orang anak bertaraf billionaire. Belum ada lagi rekod mana-mana billionaire yang boleh lahirkan empat anak sebagai billionaire sekali gus!
Kerana masalah-masalah inilah, ramai pemimpin PH meninggalkan pakatan tersebut. Antaranya Che Gu Bard, Otai Reformasi, wakil-wakil rakyat DAP dan ramai lagi. Mereka tidak bersetuju dengan sikap Kapitalis, Nepotis dan Korupsi yang diamalkan parti lama mereka.
PAS tak rela pikul 21 tahi PH 
Maka terjawablah kenapa PAS menolak untuk bersama PH. Selain dari isu prejudis terhadap Islam, ia juga atas isu masalah integriti. Matlamat menumbangkan BN adalah untuk mengatasi korupsi. Tetapi jika menggantikan dengan PH, apa manfaat yang rakyat akan dapat? Sama sahaja, dan mungkin lebih teruk!
Laporan SPRM terbaru menunjukkan PAS sifar kes rasuah. Bayangkan jika waktu itu PAS bersama PH, sudah tentu imej bersih PAS bakal tercalar. PAS terpaksa memikul 21 tahi PH itu bersama. Satu tindakan yang tidak boleh diterima akal.
Jangan diperbodoh nafsu politikus 
Ya, kita semua mahu melihat Malaysia berubah kepada yang lebih baik. Tetapi anda perlu sedar, semata-mata menumbangkan BN tidak bermakna rakyat telah menang. Baca sejarah dan track record setiap parti untuk menilai apakah slogan perubahan yang mereka laungkan benar-benar tulus atau hanya satu pembodohan untuk mempergunakan rakyat demi kepentingan tersendiri.
Ingatkah lagi Langkah Kajang? Bagaimana rakyat diheret untuk turun mengundi semata-mata melampiaskan nafsu Anwar Ibrahim merampas jawatan MB dari Tan Sri Khalid Ibrahim. Sanggup direka fitnah 91 muka surat yang akhirnya meminta maaf selepas kantoi di mahkamah. Langsung tidak ada kaitan dengan kepentingan rakyat.
Ingat lagi kenyataan Mahathir kenapa beliau keluar Umno? Bukan kerana tidak berpuas hati dengan Umno, tetapi kerana bergaduh dengan Najib sahaja. Jelas katanya dulu, beliau mahu selamatkan Umno sahaja. Ini kerana Najib banyak mencantas kroni-kroni dan kaum kerabat beliau. Tetapi slogan membela rakyat dijadikan modal.
PAS tawarkan set kepimpinan negara yang bersih dan wawasan yang jelas 
PAS percaya masalah ekonomi negara dan rakyat akan dapat diselesaikan dengan barisan kepimpinan politik yang bersih. Negara sudah memiliki ramai pegawai dan kakitangan kerajaan yang profesional dan komited dengan tugas. Malangnya ia terhalang apabila datang campur tangan politik atasan. Orang politik hanya fikir projek untuk kroni dan poket sendiri, sehingga mengabaikan segala ketetapan dan idea bernas pegawai tinggi kerajaan untuk rakyat.
PAS cukup menghargai golongan kakitangan dan pegawai di peringkat administratif ini. Jika diberi peluang memerintah, mereka bakal diberi kebebasan mempraktiskan Profesionalismenya tanpa dikongkong oleh kepentingan nafsu politik. Mereka akan dipandu dengan dasar-dasar eksekutif Islam yang bermatlamatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat, bukan poket kroni dan politikus.
Dengan kepimpinan sifar isu rasuah berbanding BN dan PH, PAS percaya inilah tawaran terbaik buat rakyat Malaysia melihat masa depan negara yang lebih baik. Berasaskan rekod SPRM, tiada parti lain boleh tawarkan barisan kepimpinan yang bersih sebegini. Negara bukan berhadapan masalah ketidakcukupan sumber kekayaan, tetapi masalahnya adalah bagaimana mengurus kekayaan dengan jujur dan telus.
Bukan setakat itu, PAS juga telah memiliki kerangka dasar pemerintahan negara yang holistik. Dikenali sebagai Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS2051). Pihak administratif dan birokrat tidak perlu bimbang bagaimana PAS mahu memerintah nanti, kerana semua dokumen yang diperlukan telah disiapkan rapi. Menunggu mandat daripada rakyat sahaja untuk melaksanakannya. Semoga kita membuat pilihan yang tepat.
2 Syaaban 1439 17 April 2018
(ALANG IBN SHUKRIMUN) - HARAKAHDAILY 17/4/2018
482322_629223370428202_763549202_n
Lihat..

11 comments:

Anonymous said...

Dari MyNewsHub

https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/gerakan-kristian-evangelist-dalam-politik/

Gerakan Kristian Evangelist Dalam Politik

MEMAHAMI perkembangan Kristian, mahzab Evangelis kini dilihat paling berpengaruh. Peranan aktifnya bukan sahaja di Malaysia, malah secara global terutama di Barat dan Amerika Syarikat (AS).

Disebut sebagai satu fenomena yang kompleks, perkara ini menjadi lebih mudah, sekiranya tokoh-tokoh penggerak Evangelis Kristian dikenali dengan lebih dekat.

Antara tokoh Evangelist Kristian paling terkenal ialah Hannah Yeoh atau Hannah Yeoh Tseow Suan. Speaker Dewan Undangan Selangor berusia 34 tahun ini, mewakili DAP dan Pakatan Harapan. Seorang wanita yang berbakat, beliau menjadi ‘speaker’ termuda.

Karier politik Hannah Yeoh mula dikaitkan dengan Evangelist apabila bukunya ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’ dikritik secara terbuka. Hannah Yeoh diselar cuba menyebarkan dakyah Kristian melalui buku tersebut dan sekaligus melanggar perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

Benarkah Kristian Evangelist tersebar melalui politik?

Pastor Daniel Ho, paderi Evangelis pernah menyatakan dalam khutbahnya: “Not everything is politics, but everything is political… we must get involved at every level as much as possible, as deep as possible”.

Ho antara penggiat utama Evangelist selain Theresa Kok, ahli Parlimen DAP yang merancang projek yang dinamakan ‘Dream Malaysia Project’. Gabungan 20 pastor Malaysia yang membentuk ‘silent majority’ dengan matlamat memfokuskan pengukuhan Evamgelist.

Datuk Huan Cheng Guan, Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) menyatakan, lebih 50 peratus Ahli Parlimen dan ADUN DAP beragama Kristian. Menurut Cheng Guan, DAP seperti satu kultus Kristian.

Cheng Guan juga menjelaskan, masalah perkauman antara Cina dan Melayu kini menghala ke arah isu keagamaan. Beliau berkata demikian dalam temubualnya siaran Menara.my pada May lalu. – MYNEWSHUB.CC

Anonymous said...

Terbaik dari Ismaweb

https://www.ismaweb.net/2018/04/18/pan-masih-tak-sedar-diperalat-dalam-harapan/

PAN masih tak sedar diperalat dalam Harapan

My WordPress Website

Berita UtamaUtama
PAN masih tak sedar diperalat dalam Harapan

Tidakkah Mat Sabu fikir peluang untuk PAN menang sangat tipis

sitifatimah 18/04/2018 0 93 tempoh bacaan kurang dari 1 minit
Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad


BANGI, 2 SYAABAN 1439H, Rabu – Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu hilang arah apabila mengajak penyokong serta ahli PAS menghukum parti Islam itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), nanti.

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, Presiden PAN sepatutnya memikirkan keadaan partinya terlebih dahulu, daripada memikirkan cara untuk menghentam PAS.

Soalnya, tidakkah Mat Sabu sedar PAN langsung tidak berfungsi dalam gabungan pembangkang Pakatan Harapan.

“Mereka bukan sahaja diberikan kerusi paling sedikit oleh gabungan pembangkang PKR, tetapi turut diletakkan di kawasan tidak selamat berbanding parti-parti lain.

“Kalau kita tengok, kerusi mana yang PAN selamat? Kerusi yang peluang untuk mereka menang antara 60 hingga 70 peratus juga langsung tidak ada. Sedarkah, PAN langsung tidak berfungsi dalam Pakatan Harapan,” katanya seperti dilapor Utusan Online.



Sebelum ini Mat Sabu dalam satu ceramah gabungan pembangkang PKR di Langkawi Kedah mengajak penyokong serta ahli PAS menghukum parti Islam itu dalam PRU14.

Mat Sabu juga menuduh pemimpin-pemimpin tertinggi PAS telah dibeli oleh UMNO iaitu skrip sama yang sentiasa diulang di setiap ceramah-ceramahnya.

Idris yang merupakan calon Parlimen Bukit Gantang pada PRU14 ini berkata, Mat Sabu hanya pandai berkata-kata, apapun tunggu selepas pilihan raya.

“Kita tengoklah pilihan raya nanti, siapa yang rakyat hendak hukum. Tunggu. PAN atau PAS yang akan ditolak,” katanya.

Anonymous said...

Biarlah PAN menjadi Dian kepada DAP. Biar PAN terbakar asalkan DAP bahagia.

AKUR JANJI


TANDATANGAN
Khadam.Toncet

Anonymous said...

Percayalah, Islam itu indah. Kenapa nak takut, kalau pemimpin PAS sendiri yang mempamerkan ciri-ciri Islam? Sebab itu, jangan ikut perangai UMNO. Sekarang kita menentang Kerajaan BN, tumpukan strategi ini...kalau kita berkiblatkan menentang PH, BN akan ketawa berdekah-dekah dan akan lari dari matlamat asal.

Anonymous said...

Anoy 11:13

Kan PAS dah bertunang dengan UMNO, tak tahu lagi ker?

Anonymous said...

Baru perintah dua negeri, pakatan wayang pimpinan sifu evangelis roket sudah terlibat dalam 21 skandal rasuah.

Jika puak penyamun ini memerintah negara, mereka akan menjadi kepala bapak penyamun dengan pelbagai skandal rasuah berskala besar @ besar.

Alamat lingkuplah negara !

Mari kita semua bersatu menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam untuk menyelamatkan agama Islam, umat Islsm, rakyat dan negara.

Anonymous said...

Woi balaco dedak roket 11:48 am masih mabuk daun ketum lagikah? Tulis komen merepek bodoh berlapus-lapis.

Anonymous said...

Kerana DAP anti Islam. PH tu DAP punya

eb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/


KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

Anonymous said...

Sekularisme terbentuk kerana orang-orang Kristian sendiri menentang campurtangan gereja katolik dalam pentadbiran yang telah menyebabkan rakyat Kristian hidup menderita.

Anonymous said...

Saya tak berapa ingat 21 kes rasuah Penang dan Selangor oleh SPRM. Kalau dapat disenaraikan lebih baik.

Anonymous said...

Bukan takat bertunang duit nafkah juta2 pon dah diterima.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails