Saturday, April 21, 2018

Enggan Jabat Tangan, Wanita Muslim Dinafikan Kerakyatan. Lagi Kezaliman Negara Barat!

Hasil carian imej untuk Paris, Perancis: Seorang wanita Muslim Algeria yang menetap di Perancis dinafikan kerakyatan Perancis selepas enggan berjabat tangan ...

Seorang wanita Muslim Algeria yang menetap di Perancis dinafikan kerakyatan Perancis selepas enggan berjabat tangan dengan para pegawai dalam Majlis Penyerahan Kerakyatan yang berlangsung pada bulan Jun 2016 yang lalu. 

Kerajaan Perancis mendakwa salah satu sebab wanita Muslim tersebut dinafikan kerakyatan adalah kerana perbuatan tersebut menunjukkan dia tidak berasimilasi dalam komuniti Perancis. 

Menurut Free Malaysia Today, keputusan yang baru diputuskan baru-baru ini datang daripada mahkamah pentadbiran tertinggi Perancis walaupun wanita berkenaan telah menyatakan sebab untuk tidak berjabat tangan adalah kerana kepercayaan agamanya melarang berjabat tangan dengan bukan mahram. 

Susulan itu, wanita yang sudah berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Perancis sejak tahun 2010 itu merayu keputusan yang telah dibuat pada April 2017 lalu yang disifatkannya sebagai salah guna kuasa. Dan Majlis Negara, mahkamah rayuan terakhir menyatakan bahawa kerajaan “tidak menggunakan undang-undang dengan sewajarnya”. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah kezaliman negara barat. Di mana hak kebebasan agama atau hak persamaan dan asasi manusia?

Hasil carian imej untuk bendera pas di kelantan

Lihat..

2 comments:

Anonymous said...

Pemimpin-pemimpin politik Barat dan NGO Barat adalah kepala bapak hipokrit yang mendabik dada kononnya merekalah pejuang hak asasi manusia dan kebebasan beragama sambil menindas dan menafikan hak umat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam.

Malangnya terdapat sebilangan orang Melayu sekular liberal yang berlagak lebih dari mat salleh sendiri menjadi talibarut Barat mempertahankan hipokrasi Barat.

Anonymous said...

Bukan itu sahaja, malah ada melayu lebih teruk dari barat sekular.
Barat sekular memisahkan agama dari pemerintahan, barat malaysia menggunakan agama dan bangsa utk meneruskan kerakusan dan kebejatan.
Jahanam UMNO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails