Friday, April 20, 2018

Disingkir Jadi Calon DAP DUN Skudai Sebab Gesa Kit Siang Berundur – Dr Boo



AIDCNews -18/04/18 –Disingkir daripada kekal menjadi calon DAP bagi DUN Skudai merupakan rentetan dendam lama DAP kebangsaan terhadap Dr Boo Cheng Hau yang pernah menggesa agar Lim Kit Siang berundur daripada parti.


Bercakap kepada kepada Sinchew Daily, beliau berkata gesaan agar Kit Siang berundur daripada parti pernah dibuat parti pada 2000 ketika berjawatan Ketua Pemuda Sosialis Johor.

Menurutnya, Kit Siang merupakan pemimpin supremo DAP, jadi apabila DAP kalah teruk kepada Barisan Nasional (BN) dalam PRU 1999 beliau telah menggesa Setiausaha Agung DAP (Kit Siang) berundur daripada parti.
Pada PRU 1999, pengundi Cina memprotes besar-besaran terhadap DAP kerana tidak bersetuju dengan langkah parti itu bergabung dengan Parti Keadilan dan PAS dalam Barisan Alternatif (BA).

Pengundi Cina telah menghukum tiga pemimpin utama DAP, Kit Siang (Setiausaha Agung DAP), Karpal Singh (Timbalan Pengerusi) dan Dr Chen Man Hin (Pengerusi) dengan mengalahkan mereka dalam PRU tersebut.
Kit Siang dikalahkan di Parlimen Bukit Bendera, Karpal di Jelutong dan Dr Chen di Rasah, Negeri Sembilan.

Ekoran kekalahan itu, Kit Siang telah melakukan ‘drama pengunduran’ dengan meletakkan sebagai Setiausaha Agung DAP, tetapi dalam masa sama mengambil jawatan daripada Dr Chen sebagai Pengerusi DAP.

Sejak itu, Dr Chen dilantik ke jawatan baharu yang tiada dalam struktur parti iaitu Penasihat seumur hidup DAP.

Rentetan gesaan Dr Boo terhadap Kit Siang itu, pada PRU 13 pemimpin supremo DAP bersama konco-konconya, Liew Chin Tong dan Teo Ning Chi berpindah bertanding di Johor.

Kit Siang sendiri, dari Parlimen Ipoh Timur (Perak) bertanding di Gelang Patah. Liew dari Parlimen Bukit Bendera, Pulau Pinang dipindahkan di Kluang dan Teoh dari Parlimen Serdang, Selangor dipindah ke Kulai.

Ketika itu Dr Boo selaku Pengerusi DAP Johor terpaksa menerima kehadiran Kit Siang bersama konco-konconya bertanding di negeri itu walaupun mereka adalah calon luar.

Selepas PRU 13, Dr Boo disingkir daripada jawatan Pengerusi DAP Johor dan penyingkiran pengaruhnya dilakukan secara berperingkat, sehinggalah tidak dicalonkan dalam PRU 14.

Dr Boo Sifatkan Kepimpinan DAP Sebagai ‘Rumah Gila Soviet’

Tiga hari lepas, Dr Boo memberitahu media bahawa beliau telah ditekan hebat oleh kepimpinan DAP supaya keluar dari DUN Skudai yang dimenanginya sejak dua penggal lalu dan bertanding di Parlimen Labis melawan Naib Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong.

Dr Boo menolak tawaran itu yang dianggapnya sebagai cubaan membunuh karier politiknya.

“Saya sebenarnya diberi tekanan pada 12 April dan diberitahu untuk memberi maklum balas pada pukul 12 malam hari berikutnya (13 April) untuk menerima atau menolak tawaran untuk bertanding di Parlimen Labis.
“Atau, saya tidak akan ditawarkan sebarang tempat untuk bertanding,” katanya.

Pada malam Sabtu, kepimpinan DAP mengumumkan penyandang parti Mengkibol Tan Hong Pin sebagai calon kerusi DUN Skudai untuk pilihan raya umum ke-14.

Dr Boo berkata jawapannya adalah konsisten dan jelas bahawa dia tidak berniat untuk bertanding di Labis.

“Lebih baik untuk parti (DAP), terutama pengerusi negeri Sdr. Liew Chin Tong mencari calon yang lebih sesuai dan memulakan kempen ASAP untuk memastikan kemenangan di sana.

“Keputusan saya untuk tidak bertanding di Labis adalah muktamad, sila belajar menghormati keputusan akhir saya,” katanya.

Penolakan Dr Boo bertanding di Parlimen Labis secara automatik menyingkirkan beliau sebagai calon DAP pada PRU 14.


559686_505894539456840_1348145350_n
Lihat..

1 comment:

Anonymous said...

Antara sebab pemimpin dan ahli keluar dari parti roket ialah parti roket diperintah oleh dinasti diktator maka tiada perbezaan antara lim gonna end dan Hitler.

Jika pakartun pimpinan roket memerintah negara kita, kita akan diperintah oleh dinasti diktator yang tidak boleh ditegur oleh rakyat.

Oleh sebab itu, marilah kita semua menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama dalam PRU14.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails