Thursday, April 19, 2018

DAP Biadab Dahului Agong Umum Bakal Menteri




DALAM keghairahan DAP berkempen menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, parti itu telah tunjuk belang dan misi sebenar yang cuba disorok daripada rakyat dan rakan sekutu politik mereka.

Malangnya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang terpalit dengan skandal korupsi di Pulau Pinang ketika ini, kantoi akhirnya apabila secara tidak sengaja mendedahkan parti itu sebagai ‘tuan’ sebenar Pakatan Harapan (PH).
Pada majlis pengumuman calon di Teluk Intan, Perak kelmarin, beliau dengan bangga berkata bahawa Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong bakal dilantik sebagai anggota menteri pusat.
Tawaran manis berkenaan disuarakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sekiranya blok pembangkang tidak diiktiraf Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tersebut berjaya ‘menakluk’ Putrajaya pada PRU ke-14 pada 9 Mei depan.
Pengumuman Guan Eng itu bukan sahaja pelik kerana mendahului Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dicanang bakal perdana menteri; malah menyerlahkan DAP-lah berkuasa menentukan segala-galanya dalam PH.
Namun dalam keterujaan DAP mengumumkan jemaah Kabinet mereka, menurut penganalisis politik tempatan, Dr. Novandri Hasan Basri, tindakan Guan Eng itu sebenarnya juga biadab dan tidak mengikut protokol perlembagaan.
Umum Calon Jadi Menteri Bukti DAP 'Tuan' PH!
Menulis dalam laman blog beliau iaitu Dr. MiM The Truth, beliau mendedahkan Guan Eng sebetulnya melanggar perundangan apabila pertama, membelakangi status quoPerdana Menteri menasihati Yang di-Pertuan Agong.
Semua maklum pelantikan barisan Kabinet memerlukan perkenan Seri Paduka Baginda. Lebih berat lagi, Guan Eng seperti mendahului kuasa Yang di-Pertuan Agong apabila sendiri mengumumkan pelantikan menteri tersebut.
Novandri merujuk portal propembangkang, Malaysiakini melaporkan kenyataan Guan Eng berceramah di Teluk Intan sebagai berkata: “Jadi, kalau kita (DAP) nak kalahkan dia, kita mesti hantar pemimpin besar yang berwibawa.
“Kita mesti hantar seorang calon yang apabila kita menang di Putrajaya, DAP akan lantik dia juga sebagai menteri.” Ucapan Guan Eng merujuk bakal calon BN di kerusi itu, Datuk Seri Mah Siew Keong yang juga Presiden Gerakan.
Penyandang kerusi tersebut hanya dilantik sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam rombakan Kabinet selepas menang pilihan raya kecil pada 2014 menewaskan calon Melayu DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud.
Sedangkan jelas Novandri lagi, Perlembagaan Malaysia jelas menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong sahaja adalah berhak untuk melantik mana-mana menteri ditetapkan setelah mendapat nasihat daripada perdana menteri.
Jelaslah bahawa Guan Eng dan DAP sendiri memang tidak layak pun untuk melantik menteri waima menang besar! Perkara asas ini termaktub di dalam Bahagian IV Persekutuan Bab 1 Ketua Utama Negara (43) seperti di bawah:

Persoalannya, kenapakah Guan Eng berbuat demikian jika beliau bukan pun calon perdana menteri dari pakatan pembangkang tersebut kecuali jika pemimpin DAP itu memang berhasrat untuk memegang jawatan berkenaan?
Bahkan ujar Novandri, amat memualkan apabila Guan Eng mendakwa Kor Ming sebagai ‘pemimpin berwibawa’ walhal pernah biadab menyiarkan karikatur hina umat Islam yang sedang menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Kor Ming juga terkenal dengan keceloparan mulut dan sikap kurang ajarnya seperti dalam banyak rakaman video; sekali gus membuktikan DAP begitu hina jika orang yang lancang mulut sebegini boleh pula dianggap ‘berwibawa’.
Kedua, menurut Novandri, tindakan kepimpinan DAP yang begitu cepat cuba menutup misi dalaman parti itu untuk merampas jawatan Menteri Besar Perak selepas mereka gagal berbuat demikian pada PRU ke-12 pada 2008 lalu.
Ini terbukti pada 13 April lalu, Dr. Abdul Aziz Bari diumum sebagai calon Melayu DAP di kerusi DUN Tebing Tinggi untuk PRU kali ini. Pengumuman itu dibuat sendiri penyandangnya, Ong Boon Piow dalam satu ceramah di Ipoh.
Lucunya, kepimpinan DAP Pusat begitu cepat nafi dan mendakwa Boon Piow konon sudah langgar disiplin parti dan akan dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib parti. Sehingga kini, tiada sebarang keputusan daripada jawatankuasa itu.
Ini bermaksud, DAP sekadar berlakon sahaja konon mereka benar-benar serius. Hakikatnya ujar Novandri, DAP telah ‘liwat’ rakan-rakan politiknya. Janji mereka untuk tidak rebut kerusi Menteri Besar hanya satu pembohongan.
DAP Tampil Aziz Bari, Calon Melayu DUN Perak
Sejarah juga telah membuktikan betapa ‘gila kuasa’ dan rakus kepimpinan DAP apabila mereka memegang kerusi majoriti di dalam kerajaan pakatan pembangkang sebagai mana pernah berlaku di DUN Perak selepas PRU ke-12.
Ketika itu DAP pegang majoriti 18 kerusi berbanding PKR (7) dan PAS (6). Konflik timbul apabila DAP menamakan ADUN DAP sebagai menteri besar waima pada awalnya bersetuju ia perlu disandang ADUN dari PKR atau PAS.
Ini kerana peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak sejak sebelum negara merdeka dengan tegasnya mewajibkan calon bakal mengisi jawatan ketua kerajaan negeri itu perlu berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Tetapi disebabkan tamak kuasa, DAP tetap mahu meletakkan calon mereka yang bukan pun Melayu Islam. DAP melanggar perjanjian sesama pembangkang, malah mereka bersikap kurang ajar menolak keputusan Sultan Perak.
Lebih biadab lagi apabila ‘otai’ DAP, Lim Kit Siang sendiri menolak pelantikan Nizar Jamaluddin oleh Sultan Perak. Media melaporkan, beberapa jam sebelum majlis pelantikan itu, Kit Siang mengarahkan semua ADUN DAP boikot.
Dua perkara itu tegas Novandri, sudah cukup untuk membuktikan DAP akan langgar apa sahaja termasuk perjanjian sesama pembangkang jika memegang kerusi majoriti dalam kerajaan negeri apatah lagi jika peringkat persekutuan.
Lebih teruk lagi, DAP juga tidak peduli titah Sultan Perak malah baginda sendiri pernah murka serta menganggap DAP sebagai biadab dan menderhaka kerana cuba melanggar titah diraja tentang isu pelantikan menteri besar.
Justeru PRU ke-14 adalah masa terbaik untuk memastikan DAP tidak lagi diberi kuasa dan parti-parti di bawah logo PKR juga tidak patut disokong kerana ia akan memenangkan parti cauvinis DAP itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

1 comment:

Anonymous said...

Superman roket sudah mengumumkan dengan bangga(ng)nya bahawa parti kafir harbi roket telah menggunakan (pengkhianat) Melayu untuk screw (memecah-belahkan dan melemahkan) kaum Melayu Islam.

Maka jelaslah pemimpin Melayu sekular liberal termasuklah mike selfie dada amoi, kak jah liberal dan mahafiraun adalah khadam atau hamba abdi 'lim gonna end'.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails