Saturday, October 14, 2017

Tidurlah Hai Rafizi! Akauntan 1/2 Masak. -Sindir Tan Sri Shahrir.



KEMASKINI : Barangkali terkesan dengan sindiran Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad menyifatkannya sebagai akauntan setengah masak, Rafizi Ramli pada Jumaat cuba menegakkan benang basah dengan kenyataan seolah-olah beliau mempunyai cukup bukti mengenai akaun hotel di Bayswater,London
Malah Naib Presiden PKR itu yang juga Ahli Parlimen Pandan mendakwa tidak tidur 48 jam untuk mencari bukti-bukti berkaitan syarikat yang terbabit dengan hotel tersebut serta meminta FELDA menjelaskan mengenai maklumat terbarunya itu.
Berikut jawapan Shahrir berhubung kenyataan terbaru Rafizi mengenai isu tersebut:
“Saya tak tahu samada nak ketawa atau nak menangis bila membaca komen YB Rafizi yang terbaharu terhadap pelaburan FELDA di London.
Kali ini, YB Rafizi berkata dia tidak tidur 48 jam membuat penyelidikan dan penyiasatan termasuk kononnya kaedah “reverse accounting” terhadap akaun FELDA.
“Sebenarnya pada saya, YB Rafizi macam tertidur 3 bulan bukan tidak tidur 48 jam.
“Ini kerana kenyataan terbaharu YB Rafizi semacam dia tidak sedar bahawa tepat 3 bulan dulu, pada 13hb Julai 2017, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyatakan bahawa mereka telah menerima maklumat baharu dan oleh yang demikian akan kembali menyiasat pembelian hotel Grand Plaza Kensington oleh FIC, sebuah syarikat pelaburan milik penuh FELDA.
“Pihak SPRM telah menyatakan kemungkinan besar pembelian hartanah itu dilakukan pada harga melebihi nilai pasaran semasa hingga mengakibatkan kerugian besar kepada FELDA.
“Semenjak kenyataan itu, SPRM telah menahan beberapa orang untuk disoal siasat. Penyiasatan itu tertangguh seketika kerana pihak SPRM perlu ke London juga untuk menyoalsiasat pihak tertentu di kotaraya itu.
“Berbeza dgn SPRM, YB Rafizi telah menyamakan kes pembelian hartanah Kensington ini dengan kes NFC.
“Rafizi juga turut yakin yang Pakatan Harapan akan menang pada PRU 14 dan demikian akan mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri dan pengerusi2 FELDA termasuk saya berasaskan kerja kuatnya tanpa tidur berterusan selama 48 jam.
“Berikutan pengumuman penyiasatan SPRM pada Julai lalu, saya telah menyatakan sokongan saya sebagai Pengerusi FELDA kepada penyiasatan itu dan FELDA akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan penyiasatan tersebut.
“Dalam soal Grand Plaza di Bayswater, YB Rafizi cuba mengujudkan keadaan misteri dgn penyelidikan “setengah masak” atau “half-baked” dengan merujuk kepada hanya sebahagian akaun dan tidak kepada akaun yang sepenuhnya.
“Kali ini pula, kenyataannya mengenai hartanah Kensington jelas menunjukkan tempoh 48 jam beliau menyengkang mata adalah sia-sia sedangkan dia sebenarnya tertidur selama 3 bulan semenjak SPRM memulakan penyiasatan kes pembelian hartanah Kensington.
“Adalah lebih bermanfaat dan berbaloi kepada orang ramai yang menyumbang duit mereka kepada Invoke kalau Rafizi tak tidur semenjak Julai lalu.
“Ini samalah juga seperti keadaan Rafizi tidak sedar yang akaun 2015 FELDA telah disampaikan kepada Parlimen.
“Yang misteri sebenarnya ialah mengapa Rafizi tertidur tiga bulan tapi sanggup tak tidur 48 jam.
“Bagi saya Rafizi juga sudah mudah lupa seperti boss barunya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Invoke beliau tidak sehebat siasatan oleh SPRM.-13/10/2017

Hasil carian imej untuk bangunan felda

Rafizi guna fakta dan rujukan tidak tepat tuduh FELDA - Shahrir
Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Tan Sri Shahrir Abdul Samad menolak dakwaan Rafizi Ramli bahawa badan berkanun itu membiayai pembelian Grand Plaza Serviced Apartments di London melalui pinjaman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Menurut Shahrir, Ahli Parlimen Pandan yang juga merupakan Naib Presiden PKR itu menggunakan fakta dan rujukan yang tidak tepat berhubung pembelian aset tersebut.
"Pada Disember 2009, KWSP telah meluluskan pinjaman berjaminan kerajaan kepada FELDA sebanyak RM6.5 bilion. Tujuan utama pinjaman ini adalah untuk membiayai keperluan program tanam semula peneroka FELDA dan keperluan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) bagi melaksanakan aktiviti pelaburan. Pada masa itu, FGV merupakan sebuah syarikat subsidiari milik penuh FELDA.
"Keputusan untuk mendapatkan pembiayaan daripada KWSP dibuat setelah FELDA meneliti rasional keperluan pembiayaan pada masa itu. FELDA membayar semula
prinsipal dan keuntungan pinjaman KWSP ini mengikut jadual yang ditetapkan oleh KWSP. Pinjaman ini dijadualkan selesai pada tahun 2023," katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, Grand Plaza Serviced Apartments dibeli melalui hasil penyenaraian FGV pada tahun 2012 dan ia telah  dimaklumkan kepada pihak media pada 12 Februari 2017 dan
mendapat liputan akhbar-akhbar utama.
"Dakwaan Rafizi bahawa FELDA akan kerugian RM38 juta akibat jualan Grand Plaza Serviced Apartments juga tidak tepat kerana pembelian ini menggunakan dana dalaman FELDA (FELDA internal funds) dan tidak menanggung sebarang kos bayaran faedah.
"Rafizi tidak sedar bahawa FELDA merupakan sebuah badan berkanun yang mempunyai sumber pendapatan dan kewangannya sendiri tanpa mendapat pembiayaan kos operasi dari kerajaan persekutuan sejak tahun 1996. Ini bermakna perjalanan operasi FELDA tidak langsung ditanggung oleh pembayar cukai mahupun peneroka," katanya.
Ujar Shahrir, komitmen FELDA sebagai agensi kerajaan diteruskan bagi memastikan kesejahteraan peneroka dan aktiviti tanam semula dilaksanakan mengikut perancangan.
Sementara itu, Shahrir berkata, penjualan pangsapuri merupakan antara inisiatif penyusunan semula aset-aset dan langkah penstrukturan bagi mengukuhkan kedudukan kewangan FELDA.
Katanya, keputusan itu juga dilakukan susulan keputusan FELDA untuk menjual aset-aset yang tidak berkaitan dengan operasi teras agensi pembangunan itu.
“Saya yakin bahawa penjualan hotel ini sejajar dengan hala tuju FELDA untuk ‘balik asal’ dan akan memberi impak yang positif kepada kewangan FELDA.
“Ini juga dapat membantu FELDA untuk fokus kepada pengurusan ladang peneroka bagi memastikan pendapatan peneroka yang tinggi, sekali gus memastikan kebajikan dan kesejahteraan peneroka terbela,” katanya.
Sehingga kini, terdapat sebanyak 54 pihak yang menyatakan minat untuk membeli Grand Plaza Serviced Apartment dan kini proses penjualan dalam peringkat terakhir meneliti tawaran yang baik dan munasabah.
Tambahnya,dakwaan Rafizi mengenai perbelanjaan “misteri” operasi berjumlah RM80 juta juga berlandaskan fakta yang tidak berasas kerana komponen utama perbelanjaan pentadbiran hotel itu adalah bayaran kadar pajakan tahunan.
Kadar pajakan tersebut merupakan bayaran sewaan yang perlu dibuat oleh FIC Grand Plaza Ltd, iaitu sebuah syarikat yang mengurus perniagaan bagi pihak syarikat induk, Felda Investment Corporation (FIC) UK Properties Sdn Bhd (syarikat cabang pelaburan Felda).-13/10/2017 (AD)

1 comment:

Anonymous said...

Bagus juga Rafizi 1/2 masak TS Shahrir yg bagus sgt langsung akauntan tak masak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails