Wednesday, October 11, 2017

Raba, Peniaga Dipukul Sekumpulan Lelaki Di Pusat Hiburan..


Hasil carian imej untuk pukul ramai-ramai

GEORGE TOWN – Seorang peniaga parah dipukul sekumpulan lelaki di hadapan tandas sebuah pusat hiburan di Lorong Selamat, di sini dipercayai selepas dituduh meraba pelanggan wanita di situ awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis I Daerah Timur Laut, Supt. Izwan Abdul Karim berkata dalam kejadian pukul 2 pagi, lelaki berusia 25 tahun itu dipukul enam lelaki yang menuduh mangsa meraba teman wanita seorang daripada mereka.
“Mangsa ke pusat hiburan itu bersama lima rakannya dan ketika ke tandas seorang diri dia didatangi enam lelaki yang menuduhnya meraba wanita berkenaan, peniaga tersebut menafikannya namun dia terus dipukul dengan botol kaca,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata mangsa yang mengalami kecederaan, dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan menerima 12 jahitan di kepala, dan 16 jahitan di jari telunjuk kiri selain luka serta lebam pada lengan.
Semua lelaki yang memukul mangsa melarikan diri selepas kejadian dan usaha mengesan mereka giat dijalankan, katanya. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bertambah jelas, pusat hiburan di Malaysia adalah pusat maksiat. Kalau nak buat pusat hiburan untuk rakyat, kena carilah alternatif lain, bukan seperti pusat hiburan yang ada sekarang. Shit!

2 comments:

Anonymous said...

Yes lebih kurang sama dgn lobai Tar snake bergambor separuh bogel dlm wasap...hukumnya mekeruh

Anonymous said...

Jahil sungguh anon di atas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails